Kalau tidak kerana tsunami yang menimpa Jepun, pasti duka Chernobyl akan lenyap begitu sahaja bersama sejarahnya yang tercipta sebagai antara kecelakaan terdahsyat dalam sejarah manusia.Saya sendiri pun tidak begitu tahu mengenai peristiwa ini kerana ketika kejadian saya masih bersekolah rendah.
Menurut sejarah, udara
bandar ini tercemar pada 26 April 1986 akibat kebocoran Loji Nuklear Chernobyl
yang terletak 14.5 km di selatan. Pencemaran nuklearnya 100 kali ganda melebihi
bom nuklear Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia II tahun 1945. Sekarang
zon sekitar 19 km tidak berpenghuni lagi dan digelar sebagai ghost town (bandar hantu). Dari 1992-2004 terdapat 4000 kes kanser
tiroid dikesan di negara Rusia, Ukraine dan Belarus. Ini adalah kejadian
industri terbesar di dunia dan merupakan bencara kemalangan nuklear terdahsyat.
Hampir 50% dari luas wilayah Ukraine merasakan kesannya. Lebih dari
200,000 orang terpaksa dipindahkan ke tempat tinggal sementara, 1.7 juta
orang yang secara langsung terkena kesan bencana. Kematian dikaitkan
dengan Chernobyl, termasuk orang-orang yang mati kerana kanser pada
beberapa tahun kemudian, dianggarkan seramai 125,000. Kos pemulihan termasuk
pembersihan, pemindahan, dan kompensasi kepada mangsa bencara
dianggarkan sekitar RM200 juta. Punca kejadian dikaitkan dengan kesalahan operasi yang melanggar prosedur dan standard keselamatan. Sumber :malaysiasensasi.net & wikipedia
Moga menjadi iktibar dan pengajaran buat kita. Kemajuan yang membelakangi syariat dan sunnatullah pasti akan membawa kehancuran dan kecelakaan. Bencana alam tetap akan berlaku disebabkan sikap dan
perbuatan manusia itu sendiri.
Al-Quran telah menerangkan kepada kita bahawa
kemusnahan dan kerosakan yang berlaku di muka bumi ini adalah disebabkan oleh
perbuatan tangan-tangan manusia sebagaimana dalam firman-Nya dalam surah
ar-Ruum, ayat 41 yang bermaksud:
“Telah timbul
berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab-sebab apa
yang telah dilakukan oleh tangan: (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak
merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka
telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”
Lagi gambar tentang Chernobyl..boleh dilihat di sini.
11 comments:
saya baru tahu kisah ini..btw, terima kasih sudi berkongsi ustazah! ^_^
apa kurangnya di negara kita?
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2010%2F6%2F13%2Fnation%2F6444922&sec=nation&sms_ss=facebook&at_xt=4d86ffa33eff1870%2C1
Semoga Allah membalas usaha baik anda mengongsikan sesuatu yang sangat bermunafaat ini.
semalam ceramah agama di masjid pun, penceramah tu ckp benda yg smam. keroskan di muka bumi ini terjadi kerana tangan manusia. sama2 kita ambil iktibar nya
ya allah jangan ada loji nuklear kat malaysia ni...
Salam..
Radioaktif memang sangat banyak gunanya pada manusia.. namun inilah akibatnya andai manusia itu cuai mengendalikannya.. seratus tahun pun belum tentu hilang kesannya
Farhah > Sharing is caring..
Zaid> Terima kasih berkongsi info dengan kami...
makbonda > Semoga sama-sama mendapat manfaat..bumi ini makin "marah" dengan kerakusan manusia mengejar kemajuan...
yatie> Macam mana keadaan Yatie n family di Jepun sana?..harap2 jauh dan terselamat dari radiasi yg diperkatakan itu...
Alimaz > Boleh baca link yg diberi Zaid Akhtar..sejarah di Bukit Merah..sekarang ni kt Gebeng, Kuantan sebuah syarikat Australia pun nak bina kilang rare earth..Pemprosesan ‘rare earth’ menghasilkan sisa radioaktif dan sisa radioaktif ini amat berbahaya bukan sahaja kepada manusia tetapi seluruh ekosistem.
Nida > Betul tu..nak mengejar kemajuan dan kemodenan, kesejahteraan alam dan manusia diabaikan..
Post a Comment