Jumaat lepas, usai kelas Prof Malek, saya dan rakan mengadakan group discussion. Sesudah itu, oleh kerana waktu Zohor sudah hampir, saya minta ditumpangkan ke Mydin Mall dan meminta suami saya mengambil saya di situ selepas solat Jumaat. Hanya itu laluan sahabat saya dan lokasi Mydin Mall lebih dekat dan memudahkan suami menjemput saya.
Sekitar jam 1.00 tgh, suasana di dalam Mydin Mall seperti selalunya masih meriah. Acara berjual beli rancak berjalan. Pelanggan masih ramai terutamanya lelaki. Saya yakin berapa kerat sangatlah insan berstatus musafir di situ. Semuanya wajah-wajah lelaki tempatan yang tiada tanda mereka kisah tentang waktu mereka sepatutnya menunaikan kewajipan solat Jumaat. Yang sedihnya, anak-anak dan isteri turut sama beriringan.
Mungkin mereka lupa bahawa itu adalah hari Jumaat? Lupakah mereka firman
Allah subhanahua ta'ala di dalam surah Al-Jumaat
ayat 9 yang bermaksud :
"Wahai orang-orang
yang beriman, apabila diserukan azan (bang) untuk
mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka
bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati
Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan
tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu)''.
Saya mengambil keputusan menunggu di luar sahaja kerana tidak sanggup melihat situasi berkenaan. Hati merasa sedih dengan umat Islam akhir zaman yang memandang ringan pada ibadat solat.
Solat. Ibadat yang diringan-ringankan
tapi paling berat timbangannya di akhirat kelak. Amalan yang mula-mula
sekali ditimbang di Padang Mahsyar ialah solat.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan dirikanlah
solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan
yang keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih
besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan
apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)
Semoga sama-sama kita menjaga kesempurnaan solat fardhu dari aspek waktu, bacaan dan amalannya. Ingatlah, solat itu cahaya. Cahaya kebahagiaan di dunia dan akhirat.
8 comments:
kadang2 kita terfikir kan kak, diorang ni tak malu ke ? tapi bila fikir2 balik, kalau diorang malu, mesti diorang dah pergi solat jumaat. bukan setakat tak malu pada manusia tapi lansung tak malu pada Allah. nauzubillah
SALAM,
AMBIL PENGAJARAN DRPD N3 INI
Nauzubillahminzallik....sedihkan kalau nmpk org lelaki yg bwk famili lg pd waktu solat Jumaat mcm tu! Walhal masjid tu dekat jer..... :(((((
Semoga keadaan begitu tidak terjadi pada ahli keluarga kita.. nauzubillahhimin zalik.
yatie..
Betul tu. Benar sabda Rasulullah SAW : Apabila kamu tidak malu maka lakukan apa yang kamu suka.’ “
Dalam hadis lain : "Malu itu sebahagian daripada iman"
Bila sudah hilang rasa malu, maka tipislah iman mereka, justeru tidak kisah melakukan dosa sekalipun.
Tuan,
Moga sama-sama mengambil iktibar utk menjadi hambaNya yang lebih baik.
Kak Ani,
Sangat sedih. Dayus lelaki mcm itu pada pandangan saya. Diri sendiri tdk terpimpin, mcmn mahu memimpin anak isteri yg merupakan amanah Allah.
Zefa,
Insya Allah. Semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT. Jauh drpd dosa dan noda.
Post a Comment