Allah berfirman :
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai
anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya
mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” QS.
31:13
Tiada
kata seindah doa dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah
seorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia
kehidupan. Pada anaknya Lukmanul Hakim memberi nasihat, yang sarat makna
dan rahsia kehidupan, semoga dijadi kan pegangan dan pedoman oleh anaknya.
Ummi titipkan kembali pesanan berguna Luqmanul Hakim buatmu permata jiwa, Afiq sempena ulangtahun kelahiranmu yang ke 7 hari ini. Bersama harapan dan doa agar ia menjadi panduanmu kelak. Moga dirimu dewasa dalam dakapan keredhaan dan perlindungan-Nya sentiasa. Sanah Helwah ya bunayya. Kullu sanah waanta toyyib.
Wahai Anakku yang ku sayangi…
Ketahuilah
sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang
karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu
dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah
tawakkal kepada Allah SWT.
Wahai anakku yang ku sayangi…
Sesungguhnya
orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat,
maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan
sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.
Wahai anakku yang ku sayangi…
Orang
yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat
kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada
Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.
Wahai anakku yang ku sayangi…
Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.
Wahai anakku yang ku sayangi…
Selalu
berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu
tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut,
tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT
Wahai anakku yang ku sayangi…
Seorang
pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang
dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa melamunkan
perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari
tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau
kehormatan.
7 comments:
assalamualaikum wbt,
salam ziarah, selamat hari lahir buat afiq.
selamat ulangtahun kelahiran buat afiq :)
Slmt hr lahir Afiq....smoga jd anak yg solleh........ :)))
sanah helwah ya Afiq :)
Selamat hari lahir afiq.. Moga jadi anak yg soleh.. peroleh kejayaan di dunia da akhirat..
Ps: Afiq sebaya Yusuf.. :D
ismi_nor:
Syukran sudi ziarah dan mencatat di sini
Nadiah:
Syukran Nadiah
Kak Ani..
Terima kasih atad ucapan dan doamu..:)
yatiechomeyl:
Syukran jazilan ya ukhti
Zefa,
Terimakasih atas ucapan dan doa buat Afiq. Moga Yusuf juga akan mnjadi anak soleh untuk ibu dan ayahnya. Ameen.
Post a Comment