Saturday, October 01, 2011

Berteleku Di Syahbandar

Sebelum
Selepas

Cerita ribut melanda pesisir pantai Kuala Terengganu 27 Sept lepas mungkin sudah basi untuk dipaparkan. Ribut sebentar (dikhabarkan selama 5 minit sahaja) meranapkan beberapa monumen kebanggaan di Dataran Syahbandar Kuala Terengganu. Pintu gerbang dataran pun tumbang dan runtuh sekelip mata.

Saya anggap ini adalah peringatan dari Allah buat kelalaian hamba-hambaNya. Renungi firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang yang beriman." (Surah al-Jaathiyah, ayat 3).
 
Sejak beberapa tahun ini, Dataran Syahbandar memang membangun. Indah terhias. Lengkap segala kemudahan. Pelbagai program dilaksanakan di sini. Satu persatu program hiburan dibawa masuk. Konsert dan pesta nyayian bukan lagi asing di tanah yang dulunya aman dan tenang. Pergaulan bebas, pendedahan aurat, pengabaian ibadat fardhu ~ bukankah ini semua bentuk pengorbanan yang harus ditelan apabila budaya hiburan diagungkan.

Semoga kita semua berteleku dan bermuhasabah. Bencana dan bala pasti ada rahsia di sisiNya. Tanda kasih sayang Allah supaya hambaNya berfikir dan berubah sebelum terlambat.

Jeti Syahbandar yang runtuh

 Firman Allah yang bermaksud: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).." (Surah ar-Ruum, ayat 41).
 
 

5 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Ni yg depan bukit puteri tu ke UA?

Nadiah Sidek said...

betul. bala bencana yang Allah turunkan pasti ada sebabnya

Ibuhani said...

sekadar berkongsi doa ini:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا، وَخَيْرَ ماَ فِيْهَا، وَخَيْرَ ماَ أُرْسِلَتْ بِهِ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا، وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ

Allaahumma innii as-aluka khairahaa wa khairamaa fiihaa wa khaira maa arsilta bihi wa a'uudzubika min syarrahaa wa syarra maa arsilta bihi

Ya Allah, aku mohon kepada-Mu kebaikannya (angin) dan kebaikan yang dibawanya dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang dibawanya

Ummu Ammar said...

Zefa,

Ya. Jeti Syahbandar itu betul2 dpn Bkt Puteri. Dataran Syahbandar tak jauh dari situ. Sebelah stesen bas lama.

Nadiah.

Betul. Moga kita mengambil pengajaran di atas peringatan Allah ini.

Ummu Ammar said...

Kak ANi.

Terima kasih atas perkongsian doa. Moga sama-sama kita amalkan. Insya Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...