Wednesday, December 28, 2011

Kisah Diet & Kalori

Cuti sekolah memang menyeronokkan. Saya betul-betul dapat berehat tanpa banyak memikirkan tentang kerja. Masa amat bermakna apabila dihabiskan dengan suami dan anak-anak. Jalan-jalan, makan-makan, berjoging dan lain-lain. Entah kenapa, di pertengahan Disember, saya mula memikirkan berat badan yang semakin naik. Maklumlah, cuti dan rehat je..ditambah kenduri-kendara dan acara makan-makan. Maka, perlu ada tindakan bijak untuk menanganinya. Saya memilih untuk memulakan diet sihat dengan mengawal makan. Insya Allah, moga dipermudahkan Allah. 

Untuk anda yang juga dalam situasi sama dengan saya, jom kita amalkan diet sihat dengan mengawal jumlah kalori dalam makanan kita. Maklumat dan panduan mengira kalori di bawah saya petik dari sini.



Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.


Adakah badan perlukan kalori?

Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.


Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.


Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!


Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori


Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.


Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia?


Kategori:Kuih Muih
  1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
  2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
  3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
  4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
  5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
  6. Popia basah (satu) = 95 kalori
  7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
  8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
  9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
  10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
  11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori
Kategori: Lauk Pauk
  1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
  2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
  3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
  4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
  5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
  6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
  7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
  8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
  9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
  10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
  11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
  12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
  13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori
Kategori: Makanan Rutin
  1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
  2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
  3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
  4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
  5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
  6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
  7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
  8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
  9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
  10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
  11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
  12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
  13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
  14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori
Kategori: Makanan Segera
  1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
  2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
  3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
  4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
  5. Burger keju (satu) = 425 kalori
  6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
  7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
  8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori
Kategori: Buah-buahan
  1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
  2. Betik (sepotong) = 45 kalori
  3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
  4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
  5. Limau (sebiji) = 42 kalori
  6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
  7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
  8. Epal (sebiji) = 63 kalori
  9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
  10. Mangga (sebiji) = 103 kalori
Kategori Minuman
  1. minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
  2. minuman kotak 250g = 105 kal
  3. susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
  4. susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
  5. aiskrim 2 skop= 390 kal
  6. susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
  7. yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
  8. mentega 2 sudu teh = 75 kal
  9. keju chedar 1 keping =58 kal
  10. Teh tarik = 120 kal
  11. Kopi susu = 120 kal
  12. Teh O = 20 kal
Bagaimana untuk bakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!

Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8)Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori

Selamat berdiet!

4 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Ibu Yusuf dah beli tali skipping.. harap2 boleh menyahkan lemak2 yg bermaharajalela ni.. :D

Ibuhani said...

k.ani pn rasa berat badan dah naik ni......tp k.ani idam nak beli yg basikal exercise tu.....tp x dpt2 lg ni!!

Ummu Ammar said...

Zefa,
Good idea. Kena pergi beli tali skipping la lepas ni..lepas tu lompat sorang2 dalam bilik..sebab malu kat anak2..:D

Ummu Ammar said...

Kak Ani,
OK juga exercise bike tu..sambil nonton TV pun bleh exercise..apa salahnya sedikit berbelanja untuk kesihatan..kan. kak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...