Saya baca ini di FB, perkongsian seorang ustaz yang punyai kenangan tersendiri ..
"Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat. Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani
menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang
sejadah imam.
Tanpa
mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas
sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang
paling istimewa. Ketika beri'tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam.
Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping
datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning
berkenaan. Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan
Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah
empuk tadi.
Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad
hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya
duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang
individu.
Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang
pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang
saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya. Ketika
bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada
saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar 'Sultan' bagi Negeri
Serambi Mekah.
Jika dahulu semasa bergelar 'Raja Muda' baginda
pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah
bergelar 'Sultan' baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh
ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail.
Uniknya, jika dahulu
'Istana Air Mata' pernah mengundang kontroversi di kalangan rakyat
jelata, harini 'Istana Air Mata' telah mencatatkan sejarahnya di mana
ribuan rakyat jelata bersama-sama rajanya telah menitiskan air mata di
suatu malam di bulan yang penuh mulia.
Qiam With Me rakyat jelata bersama DYMM Sultan Kelantan
UA : Tak pernah masuk istana.
Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa. Ketika beri'tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam.
Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan. Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi.
Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu.
Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya. Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar 'Sultan' bagi Negeri Serambi Mekah.
Jika dahulu semasa bergelar 'Raja Muda' baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar 'Sultan' baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail.
Uniknya, jika dahulu 'Istana Air Mata' pernah mengundang kontroversi di kalangan rakyat jelata, harini 'Istana Air Mata' telah mencatatkan sejarahnya di mana ribuan rakyat jelata bersama-sama rajanya telah menitiskan air mata di suatu malam di bulan yang penuh mulia.
UA : Tak pernah masuk istana.