Wira negara, Lee Chong Wei akhirnya kecundang. Namun semangatnya saya kagumi. Bukan senang menggalas harapan jutaan insan dan dalam masa yang sama berjuang sehabis baik. Selain dari ketahanan fizikal, ia memerlukan kekuatan mental yang bukan sedikit.
Bercakap tentang kekentalan mental dan kejituan semangat, ia adalah keperluan saya detik ini. Minggu ini minggu penting saya. Minggu kepayahan yang saya harap akan berakhir dengan baik. Saya memohon agar Allah memberi kekuatan mengusir rasa bimbang, buntu dan putus asa yang kadang-kadang bertamu tidak diundang.
12 Ogos = Submit tesis..doakan saya..:))
Semoga berjaya dalam apa jua perkara yang sedang kalian usahakan.
Moga dipermudahkan olehNya.
2 comments:
moga dipermudahkan dalam setitap hal yang dilakukan demi Islam dan keluargamu
Iszuanie Illias..
Syukran jazilan atas titipan doa. Moga Allah membantumu jua dalam setiap yang sdg diusahakan...:))
Post a Comment