Wednesday, August 01, 2012

Makaroni 2 Gaya

Kebiasaannya seorang isteri dan ibu akan sibuk di dapur pada bulan Ramadhan. Melayani selera anak-anak dan suami untuk berbuka puasa. Memasak sendiri adalah pilihan terbaik kerana air tangan seorang ibu dan isteri itu adalah keajaiban ~ mampu mengikat kasih sayang dan menambat hati yang tersayang.

Bila Ramadhan, selera anak-anak pun berubah. Nasi yang selalu menjadi pilihan utama sudah tidak disentuh bila selera sudah bertukar "western". Selain chicken chop dan spaghetti, makaroni 2 gaya ini adalah hidangan yang sempat saya usahakan untuk mereka. 

2 hidangan berbeza, 2 hari yang berlainan tetapi 1 paket makaroni yang sama.

Creamy Macaroni

Makaroni Carbonara

Saya memang peminat makaroni dan pasta, namun kepakaran memasaknya tidaklah sehebat mana. Dua hidangan makaroni di atas adalah inspirasi dan  adaptasi dari blogger yang saya kagumi kepakarannya dalam memasak dan lain-lain ~  Azie Kitchen.

Kunjungi blog beliau dan anda akan menimba banyak ilmu masakan dengan langkah-langkah mudah disediakan. Selamat memasak dengan penuh kasih sayang...:))

2 comments:

Azie said...

As salam Ummu, terima kasih atas penghargaan. Tinggi sgt pujian tu, Yang. Cuba Ummu letakkan link kat word Azie Kitchen tu. http://aziejaya.blogspot.com jadi bila klik link terus ke blog Azie Kitchen.

Ummu Ammar said...

Thanks kak Azie sebab sudi singgah sini. Pujian pada yang berhak..:))

Pasal link, saya dah tukarkan. TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...