Sunday, August 09, 2009

Info Tentang Mesir

0 comments

Saya pernah demam dengan novel " Ayat - Ayat Cinta " sekejap masa dulu, sebabnya adalah kerana saya banyak terkesan dengan jalan ceritanya apatah lagi suasana Mesir dan dunia "ilmu" yang digambarkan dengan cukup berkesan dan hidup dan saya turut merasa seperti berada di Mesir semula. Hebat betul kreativiti dan bahasa al akh Habiburrahman Al Shirazy sehingga mampu menyentuh imaginasi pembaca seperti saya..

So, penggembaraan kembali ke Mesir saya mulakan dengan info berguna tentang Mesir. MESIR satu-satunya negara Arab terletak di Benua Afrika dengan jumlah penduduk 80 juta orang. Ibu negaranya, Kaherah mempunyai lebih 20 juta penduduk. Jadi, bayangkan kepadatan bandar itu yang siang malam sentiasa ´bernyawa´ dan hon kenderaan terus berbunyi biarpun hampir dinihari. Kepadatannya boleh dirasai apabila kerapkali pengangkutan awam seperti bas, van, sarat dengan muatan.

Bumi para anbiya' ini terletak di Utara Benua Afrika dan bersempadan dengan Laut Meditterranean, antara Libya dan Tebing Gaza dan Laut Merah di utara Sudan .Berkeluasan 1,001,450 km persegi membabitkan kawasan daratan seluas 995,450 km persegi dan kawasan lembangan sungai dan perairan seluas 6,000 km persegi. Beriklim padang pasir yang kering sepanjang musim panas yang agak menyeksakan dengan suhuyang tinggi di siang hari..Selain musim panas, Mesir turut mengalami musim sejuk musim gugur dan musim bungan. Kaya dengan sumber mineral dan sumber asli termasuk petroleum, gas asli dan bijih besi. Agama utama ialah Islam dan sebahagian kecil rakyatnya adalah penganut agama Kristian Koptik (Coptic). Mencapai kemerdekaan daripada Britain pada 28 Februari 1922 tetapi mengalami revolusi pada 23 Julai 1952.

Sejarah Mesir sangat panjang kerana kebanyakan nabi diutuskan Allah SWT berasal dari negara itu atau merantau ke sana untuk menyebarkan Islam. Negara itu terbahagi kepada dua bahagian, Mesir Baru dan Mesir Lama. Satu ketika dulu megah dengan kemunculan ramai tokoh dan pahlawan Islam, namun hakikatnya sekarang Mesir antara negara termiskin di dunia.

Sumber pendapatan utama negara itu adalah pertanian dan pelancongan kerana Mesir semakin terkenal sebagai destinasi ziarah kepada umat Islam sebelum mengerjakan umrah di Makkah.

Mesir sinonim dengan pemerintahan raja Mesir purba yang menggelar dirinya Firaun. Piramid empat Firaun disemadikan kini menjadi mercu tanda utama negara itu.

Antara tinggalan sejarah lain yang patut dihayati di sana ialah masjid dan makam Imam Shafie serta Sungai Nil yang menjadi nadi kehidupan masyarakat Mesir yang tandus itu. Mesir juga terkenal dengan universiti tertuanya, Universiti Al-Azhar (Al-Azhar) yang berusia lebih 1,000 tahun.

Menggunakan mata wang Egyptian Pound (LE) yang ketika ini mempunyai nilai lebih rendah berbanding Ringgit Malaysia. Selain bahasa Arab, kebanyakan penduduk tahu berbahasa Inggeris dan Perancis. Sebagai umat Islam makanan di sini tidak menjadi masalah kerana kebanyakan makanan adalah halal.

Mesir Yang Kurindui

0 comments

Dua tiga hari yang lepas, bertemu sahabat lama semasa belajar di Mesir dahulu membuka kembali lembaran hidup hampir sepuluh tahun yang lepas..Banyak kenangan yang masih berlipat kemas dalam fikiran saya..masih terbayang kesibukan Kaherah sebagai nadi Mesir, universiti, kuliah, doktor dan doktorah yang sarat dengan ilmu, saat manis berjalan kaki ke universiti bersama teman-teman atau sendirian dari Abbas Zaq Zouq, Hayyu Sabi' dan melalui kesibukan Syari' Tayaran diwaktu pagi samaada di musim panas yang membakar atau digigit dingin angin musim sejuk... kelazatan ta'miyyah bilbaid kegemaran saya, dan segala-galanya...termasuklah bagaimana saya mula mengenali " jodoh" saya ....semuanya di Mesir..bumi kenangan yg tak mungkin saya lupa

Banyak yang masih saya ingat dan ada juga sisi yang saya sudah agak lupa ( peralihan usia kut..) Justeru..sebelum menutup mata pada malamnya saya terfikir untuk mencatat kenangan dan perjalanan saya selama 4 tahun di bumi Anbiya, yang saya rindui..sebagai tatapan anak-anak saya sebagai inspirasi mereka di masa hadapan...pernah Ammar semasa membelek album gambar saya dan suami semasa berada di Mesir ada menyuarakan hasrat untuk sama menjejakkan kaki ke ardul kinanah itu...Insya Allah.. Amin..

Saturday, August 08, 2009

KENAPAKAH KITA MESTI MENUTUP AURAT?

0 comments



Ramai juga yang mempersoalkan, apa perlunya menutup aurat? Tambahan pula keadaan sekeliling yang agak panas, rimas dan sebagainya. Timbul lagi persoalan, kalau nak tutup aurat, tutuplah sendiri, kenapa perlu memaksa orang lain pula untuk menutup aurat? Di dalam artikel kali ini, insya Allah sedikit sebanyak artikel yang ditulis oleh “seorang lelaki” untuk kegunaan kaum wanita.


Pertama : Aurat itu menjijikkan mata

Ya, memang benar aurat itu menjijikkan pandangan mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Apatah lagi seorang lelaki yang berada di sebuah pasar, dan tiada seorang wanita pun yang sempurna auratnya ditutup di pasar tersebut. Bukankah ia menyusahkan lelaki tersebut untuk tidak melihat kepada anggota-anggota yang jijik tersebut? Apabila dipalingkan ke kiri, ternampak pula perempuan yang berada di kirinya. Hendak tundukkan melihat lantai, wanita di hadapan memakai skirt pula. Sangat menyusahkan orang! Ke mana lagi hendak dilihat? Hendak dipejamkan mata? Sudah berhempas pulas sang lelaki mengalih pandangannya ke sana sini, tetapi wanita-wanita yang tidak sempurna auratnya ditutup masih buat-buat tidak faham. Difikirkan auratnya yang menjijikkan itu menarik, tetapi meloyakan! Bahkan menggelikan!

Kedua : Aurat itu perlu disembunyikan

Selain itu, aurat adalah anggota yang perlu disembunyikan, kerana ia adalah maruah. Sekiranya semua wanita memikirkan maruahnya, sudah pasti semua wanita di dunia ini menutup aurat mereka. Apa yang terjadi, mereka yang mendedahkan aurat ini telah menjaja maruah mereka untuk diperagakan di hadapan lelaki-lelaki. Mungkin hendak menarik perhatian lelaki-lelaki, tetapi, kenapa perlu menarik perhatian lelaki? Tiada sebab bukan?Cukup sekadar aurat mereka dilihat, sudah menjatuhkan maruahnya! Tidak perlu menanti dizinai untuk dikatakan sebagai jatuh maruah. Tidak malukah apabila anggota sulit kita dilihat orang? Adakah anggota sulit hanya diukur dengan kemaluan sahaja? Tidak! Semua anggota yang dikatakan aurat dikatakan sulit. Mana mungkin sebuah kerajaan dengan sengaja mendedahkan rahsia sulit mereka kepada kerajaan yang lain.

Ketiga : Aurat itu pintu kepada zina!

Dengan menjaja aurat dan maruah di pasar-pasar, dan jalanan, ia boleh membawa kepada zina. Begitu juga rogol. Adakah rogol itu hanya disalahkan kepada lelaki sahaja? Kaum wanita adalah kaum paling kejam sekali apabila mereka mendedahkan aurat mereka untuk dihidangkan kepada kaum lelaki, tetapi apabila dirogol, kaum lelaki juga yang dikenakan hukuman. Timbul juga persoalan, “Perempuan bertudung pun kena juga”. Biasanya yang lontarkan soalan ini adalah orang yang tidak bertudung! Sengaja mencari alasan untuk menghalalkan aurat mereka. Hakikatnya sekiranya mereka mengetahui perempuan bertudung pun turut menjadi mangsa, sepatutnya mereka lebih memakai tudung.

Perempuan bertudung pun kena, apatah lagi tidak. Mungkin boleh dilihat dari pelbagai aspek. Aurat bukan hanya dengan bertudung. Sekiranya tudung dipakai hanya separas atas dada, kemudian mengenakan baju dan seluar ketat, sama sahaja. Itu juga masih dikatakan membuka aurat. Takkanlah menutup aurat sebahagian, dan sebahagian lagi dibuka? Sama sahaja, aurat juga. Dari aspek lain, ingatlah, sekiranya perempuan yang menutup aurat pun menjadi mangsa, maka perhatikanlah. Mereka menjadi mangsa disebabkan perempuan-perempuan lain yang tidak menutup aurat. Perempuan lain yang sengaja mendedahkan aurat mereka menyebabkan perempuan yang suci menjadi mangsa. Lihatlah betapa besarnya dosa tidak menutup aurat, orang lain menjadi mangsa disebabkan kita!

Kesimpulan

Ya, tidak dinafikan, mereka yang merogol orang, yang bermata keranjang dan sebagainya boleh dipersalahkan. Tetapi, apakah punca mereka menjadi seperti itu? Adakah semua kesalahan dan dosa tersebut hanya dipikul oleh mereka? Tidak. Perempuan yang mendedahkan aurat lebih dahulu menanggung dosa kerana menjadikan golongan lelaki seperti itu. Berhati-hatilah dengan aurat anda. Ia akan membunuh anda sekiranya tidak dijaga! Saya yakin, ramai wanita yang mendedahkan aurat benci dengan artikel ini, bahkan melabelkan artikel ini sebagai jumud, mengongkong dan sebagainya.

Tetapi ingatlah, ia ditulis oleh seorang lelaki yang tiada sebarang kepentingan terhadap diri anda! Sekiranya ada yang mengatakan bahawa “Kenapa perlu sibuk tepi kain orang?” Saya menjawab “Orang gila pun akan tegur orang yang berseluar koyak”. Bolehkan orang yang berseluar koyak itu menjawab “Ini seluar aku, aku punya pasallah!” Lihatlah kebodohan orang yang berseluar koyak ini, apabila ditegur tentang keAIBan dirinya, dimarahi pula orang itu.




Sumber: http://usramedic.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...