Salam mesra buat semua..
Sejak sekolah mula dibuka pada Ahad lalu, saya agak busy dengan kerja-kerja awal tahun di sekolah. Setelah di'peram' hampir 3 hari, hari ini baru saya berkesempatan mencoret entry tentang anak bujang saya, Ammar yang memulakan sesi persekolahan rendahnya di Tahun 1.
Alhamdulillah. Ammar sangat teruja untuk ke sekolah. Oleh kerana Ammar bersekolah di sekolah abinya di Kuala Terengganu dia perlu bangun seawal jam 5.30pagi untuk bersiap sedia untuk ke sekolah. Namun sedikit pun Ammar tidak merungut mahupun meragam. Raut wajahnya sentiasa tersenyum. Tersengih-sengih jer..Sungguh teruja dan bersemangat sekali untuk mula belajar.
Walaupun sudah 2 tahun belajar di prasekolah di sekolah yg sama, nampaknya masuk Tahun 1 umpama menempuh fasa baru baginya. Saya ada memujuknya supaya bersekolah sahaja di SK Saujana bersebelahan sekolah saya. Namun Ammar enggan sama sekali. Dia tidak kisah menempuhi perjalanan dr Setiu ke Kuala Terengganu yang agak jauh setiap hari (11/2jam perjalanan). Lagaknya dia sudah biasa dan selesa di SK Bukit Tunggal. Saya akur dan dalam masa yang sama saya berasa lega kerana tidak perlu resah kerana perkembangannya boleh dipantau abinya sepanjang waktu persekolahan.
Alhamdulillah. Ammar sangat teruja untuk ke sekolah. Oleh kerana Ammar bersekolah di sekolah abinya di Kuala Terengganu dia perlu bangun seawal jam 5.30pagi untuk bersiap sedia untuk ke sekolah. Namun sedikit pun Ammar tidak merungut mahupun meragam. Raut wajahnya sentiasa tersenyum. Tersengih-sengih jer..Sungguh teruja dan bersemangat sekali untuk mula belajar.
Walaupun abang nampak montel jer..tp abg tetap handsome bg ummi
Selain anak yang excited dengan alam barunya, ummi dan abi pun apa kurangnya. Terutama saya. Bila Ammar pulang dari sekolah, tak sabar-sabar saya mahu mendengar cerita hari pertama Ammar. Tapi sayang, dek keletihan Ammar tidur sepanjang perjalanan pulang dan sambung lagi kat rumah. Saya biarkan dia berehat. Menempuh hari pertama persekolahan setelah hampir sebulan setengah bercuti pasti memenatkan buat si montel saya ini..
Penat punya pasal..
Bila bangun dari tidur petang itu, macam-macam cerita yang keluar dari mulutnya. yang memang gemar bercakap. Saya mendengar dengan setia. Terasa lucu pun ada. Sekali sekala bertanya dan menyelitkan nasihat. Satu pengalaman baru yang saya kira amat bermakna dan berharga buat Ammar. Jauh di lubuk hati saya, saya panjatkan doa agar Allah terangkan hatinya, elokkan pekertinya, dan kukuhkan semangatnya dalam menempuh alam persekolahan yang baru bermula - satu fasa baru buat Ammar!
17 comments:
comey pulak tgk ank bujang tu, gk time tidur rs kesian sgt enat sgt agknya..
alhamdulillah senang aje dia ye ke sekolah wpun terpaksa bgn awal pg. setgh bdk menangis2 bila masuk darjah 1
jauhnya Ammar sekolah.....tp cari ilmu x per...smoga perjln hari2 kesekolah di lindungi Allah SWT...smoga Ammar jd anak yg baik, bijak, soleh n berguna dunia akhirat :)
Izza..
Penat sangat la tu..dia kalau petang susah nak tido..ada jer benda nak buat..
Nadiah...
Ni thn ke 3 dia sekolah...alhamdulillah dah matang dah. Masa prasekolah umur 5 tahun, hari2 menangis..kadang2 kena pikul msk bilik air..
Kak Ani..
Suami sy mengajar kt K Trg. Saya ni transit jer kt sekolah skrg lps dpt transfer dr Johor thn 2008. Tgh usaha nk transfer K Trg gak..
Pasal perjalanan jauh memang risau dibuatnya..tkt la suami mmengantuk ke ..penat ker..tawakal dan doa jer la..mudah2han xde apa-apa..Amin
ala...sian nya tengok Ammar keletihan balik sekolah ...tambah tambah pulak bangun awal pagi
waahh bersemangat sungguh ammar ke sekolah ye..bgn 5.30pagi pun sanggup, bagus la tuuu...smpai kepenatan sungguh petangnye ye.. ^_^
salam perkenalan....first tahniah buat ammar yang dah mula sekolah darjah satu.
akak ade tak petua atau ayat yang boleh diamalkan jika anak tak berapa lancar bercakap...tlg ye akak sebab anak saya umur 3 tahun tapi baru boleh cakap sikit2 saya bimbang sangat akak...
Chik Na..
Naluri ibu memang sedih tgk dia keletihan..tp semangat dia yg sesemangat tubuhnya menjadikan saya rasa yakin dgn dirinya..
Kalau dia jenis kecil dan sukar nak adaptasi keadaan bgn awal pg dan perjalanan jauh..mesti saya paksa sek kt rumah jer..
mamalieyna..
Dah seminggu sek mmg sentiasa bersemangat jer nk pergi sek..hrp2 berterusanlah..
Anna..
Salam perkenalan..selamat datang ke blog akak..Insya Allah..nanti akak cuba usahakan dan bgtau kat Anna..
Jgn risau..Ammar dulu lambat gak..dekat 2 tahun tapi bila dpt mulut terus x berhenti2 bercakap..Buat masa ni, Anna banyakkan doa..Insya Allah..Allah permudahkan..
Good Luck Ammar !
Comel pakai tie...
Che Sue..
Thanks! Good luck untuk mishkah and exspecially untuk Fajar juga..
thanks akak nanti akak flower anna kat blog anna-jueanna.blogspot.com
Alaaaaa... ciannya, pagi2 muka penuh semangat.. balik jer terus melepek... Ni mesti kes penat angkat beg sebab beg sekolah di Malaysia berat yg amat takpun penat mendaki mata anak tangga untuk ke kelas :)
Anna..
Akak dh jd follower Anna pun...tp akak x nak jd flower tau..hihihi..gurau jer
Nida..
Byk betul buku budak sekarang yer..kesian tgk..tu yg wajibkan Ammar pakai beg troli..kelas dia kt bwh jer..kalau panjat tangga pun xpe la..kasi slim sikit..huhuhu
Post a Comment