Wednesday, July 06, 2011

Kerana Senyuman




Sahsiah peribadi dan senyuman yang sering terukir diwajah Imam Muda, Hassan Adli Yahaya, berjaya memikat hati mursyid-mursyid juri untuk menobatkannya sebagai juara Imam Muda musim kedua.

“Hassan pernah dua kali dipilih sebagai Imam Muda contoh dan keperibadiannya itu turut diambil kira untuk menjadi seorang Imam Muda yang terbaik.

“Dia suka senyum, itu adalah satu lagi kelebihan Hassan,” kata Mudir Imam Muda tersebut pada sidang akhbar, di sini hari ini - Internet

Saya petik keratan berita dari internet tentang keistimewaan Imam Muda musim ke 2, iaitu seseorang yang tenang dan suka tersenyum sehingga memikat hati-hati insan sekeliling dengan keperibadiannya. 

Berbicara tentang kuasa sebuah senyuman, saya teringat saat mula mengajar di sekolah saya sekarang, selalunya  saya berwajah serius bila masuk mengajar kelas-kelas hujung (pelajar lemah&bermasalah displin). Senyuman pun agak mahal ditambah aksesori rotan pelengkap gaya. Tujuannya, saya mahu ketegasan saya membuatkan mereka fokus pada pelajaran dan tidak main-main.

Sehinggalah suatu hari, semasa memantau pelajar membuat latihan, hati saya tercuit dengan kelucuan salah seorang dari mereka, sehingga saya senyum dan ketawa.
 
Di hujung pendengaran saya, seorang pelajar membisikkan sesuatu kepada rakan sebelahnya. "Kau tau tak.. hari ni, pertama kali aku tengok ustazah senyum." Ucapan pelajar yang terkenal dengan kenakalan itu, kedengarannya cukup ikhlas. Keegoaan saya lebur. Saya terfikir apa salahnya sesekali kita senyum dan membuatkan orang senang dengan kehadiran kita. 

Sejak dari itu, saya masih tegas tapi bertempat. Sesekali bergurau dan cuba menarik perhatian mereka dengan stail tersendiri. Persekitaran pelajar banyak membekalkan pengalaman berguna bagaimana untuk menangani situasi dan senyuman adalah salah satu penawar berharga.

Oleh itu senyumlah..sebagaimana murahnya senyuman IM Hassan Adli. Saya bukan peminat  tegar Hassan Adli tetapi saya amat mengkagumi ibu beliau, Puan Arpah Mohd Nor yang membesarkan 9 anak selepas kematian suami dengan rezeki menoreh getah. Sangat  besar ketabahan dan kesabarannya sehingga Allah menganugerahinya anak sebaik Hassan Adli. Tidak hairannya, anak muda ini sentiasa menitiskan airmata apabila berbicara tentang ibu kesayangannya itu. Saya berharap untuk dikagumi dan dikenangi oleh anak-anak sendiri suatu hari nanti. Insya Allah.

15 comments:

Zaid Akhtar said...

Ramai yang lupa bahawa ujian bertulis IM menawarkan 50%.

Tahniah IM Hassan & Nazrul.

Nadiah Sidek said...

senyuman ada kuasa tersendiri, kan? tgk anak tersenyum je pun rasa tenang hati

ibuaiman said...

Cerita pasal cikgu yang susah senyum, saya teringat cikgu Maths saya masa matrikulasi, memang tak pernah senyum masa mengajar kami...huhu...tension tau UmmuAmmar kalau cikgu serius memanjang...:)...dan yang pasti cikgu yang pandai berseloroh tapi pandai mengajar menjadi pujaan murid-murid...teringat masa belajar2 dulu..:)

yatie chomeyl said...

saya ni bukan setakat senyum ,malah terlebih2 menyengih je sampai tak reti nak kontrol heheheh

alinalan said...

dulu2 masa jadi fasilitator zmn U adik2 suka kata kakak ni suka senyum la... terasa dlm hati mesti budak ni ingat ku syok sendiri & hover...

Sgt mendalam erti senyuman kan pada yg melihatnya...

senyum :)

Anonymous said...

kalau nak cerita pasal senyum ni, saya memang orang yang SANGAT senang untuk tersenyum. hehe. tapi tu time bercakap lah. *ni memang diakui* :)tapi kalau dok diam xbercakap ngan orang, mak aihhhh. kelat semacam la. abang kakak saya selalu ejek, katanya muncung dah bolek ikat dah. haha. dan saya rasa bertuahlah orang yang dianugerahkan Allah dengan muka yang manis seperti IM Hassan. nway, kawan saya ada cakap kau ni masa kecikkecik suka hisap puting ni. then i asked my mom, betul ke? mak cakap, xlah. emmmm, jadi motifnya, bermuka manis lah. :)


regards,
saya sedang berusaha ke arah itu :)

Ilabellanabilah said...

wah betul2 tu ustazah....
im hassan mmg layak dpt terats krn keperibadian yg beliau ad...
im nazrul pn ok, lgpn dia senior sy huhu time dlu sy form 1 di smk munshi ibrahim labis.....mmg tabik mereka berdua.....apa2 pun perjuangn ttp diteruskn hehe

Ummu Ammar said...

Zaid..
Betul tu. Tak ramai yg tahu. Ramai menilai zahir peribadi semata.

Orang Segamat pasti bangga dgn IM Nazrul. :D..tunggu kelahiran IM dr SMKAS pula..

Ummu Ammar said...

Nadiah..

Betul tu. Senyuman anak macam azimat keajaiban. Syukur atas nikmat Tuhan kerana memberi peluang kita merasai nikmat ini

ibuaiman..

Ya. betul tu..seingat saya dulu2 ada juga guru yg semulajadi yg susah senyum. Anyway, saya bukanlah guru yg serius dan masam sentiasa. Sentiasa mengaplikasi pelbagai cara mendekati pelajari..bergurau, buat kelakar, slow talk, puji2 dlln..

Alhamdulillah..Kadang2 saya terharu bila pelajar2 nakal inilah lebih mesra menegur bila berjumpa di luar berbanding pljr2 yg lain..

Ummu Ammar said...

Yatie..

:D..tu sebablah awak chomeyl. Senyum tu sedekah kalau kita ikhlas..Insya Allah.

Ummu Ammar said...

Momma Mia..

Syukran sudi mencatat di sini.

Bukan syok sendiri tu. Mesti diaorang memang terpesona dgn keikhlasan senyuman Momma Mia..

:D tengah senyum ni..kalau la boleh nampak..

Ummu Ammar said...

Anonymous..

Manusia semulajadi dilahirkan berbagai sikap dan tabiat semulajadi. Namun, kita boleh mengubahnya dengan usaha yang berterusan dan niat yang ikhlas. Insya Allah.

So, berlatih untuk sentiasa senyum dan bermanis muka..:D

Ummu Ammar said...

Nabilah..

Pasti orang Segamat & Felda Maokil frust sebab IM Nazrul tak menang. Tapi, jangan lupa IM Nazrul mmg permata bersinar yg pasti menjadi role model buat org Johor khususnya.

Nabilah...dulu saya mengajar awak, susah ke saya ni nak senyum.??.Tak kan..?hehehe

Mommy Ummar said...

sejuk hati ibu yg mengandung kalau anak jd anak soleh mcm ni..semoga anak2 kita juga tergolong dlm solihin..
ameen

Ummu Ammar said...

Umm Ummar..

Insya Allah. Ameen. Doa ibu sangat berkat. Selalulah kita berdoa semoga zuriat kita menjadi zuriat soleh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...