So, penggembaraan kembali ke Mesir saya mulakan dengan info berguna tentang Mesir. MESIR satu-satunya negara Arab terletak di Benua Afrika dengan jumlah penduduk 80 juta orang. Ibu negaranya, Kaherah mempunyai lebih 20 juta penduduk. Jadi, bayangkan kepadatan bandar itu yang siang malam sentiasa ´bernyawa´ dan hon kenderaan terus berbunyi biarpun hampir dinihari. Kepadatannya boleh dirasai apabila kerapkali pengangkutan awam seperti bas, van, sarat dengan muatan.
Bumi para anbiya' ini terletak di Utara Benua Afrika dan bersempadan dengan Laut Meditterranean, antara Libya dan Tebing Gaza dan Laut Merah di utara Sudan .Berkeluasan 1,001,450 km persegi membabitkan kawasan daratan seluas 995,450 km persegi dan kawasan lembangan sungai dan perairan seluas 6,000 km persegi. Beriklim padang pasir yang kering sepanjang musim panas yang agak menyeksakan dengan suhuyang tinggi di siang hari..Selain musim panas, Mesir turut mengalami musim sejuk musim gugur dan musim bungan. Kaya dengan sumber mineral dan sumber asli termasuk petroleum, gas asli dan bijih besi. Agama utama ialah Islam dan sebahagian kecil rakyatnya adalah penganut agama Kristian Koptik (Coptic). Mencapai kemerdekaan daripada Britain pada 28 Februari 1922 tetapi mengalami revolusi pada 23 Julai 1952.
Sejarah Mesir sangat panjang kerana kebanyakan nabi diutuskan Allah SWT berasal dari negara itu atau merantau ke sana untuk menyebarkan Islam. Negara itu terbahagi kepada dua bahagian, Mesir Baru dan Mesir Lama. Satu ketika dulu megah dengan kemunculan ramai tokoh dan pahlawan Islam, namun hakikatnya sekarang Mesir antara negara termiskin di dunia.
Sumber pendapatan utama negara itu adalah pertanian dan pelancongan kerana Mesir semakin terkenal sebagai destinasi ziarah kepada umat Islam sebelum mengerjakan umrah di Makkah.
Mesir sinonim dengan pemerintahan raja Mesir purba yang menggelar dirinya Firaun. Piramid empat Firaun disemadikan kini menjadi mercu tanda utama negara itu.
Antara tinggalan sejarah lain yang patut dihayati di sana ialah masjid dan makam Imam Shafie serta Sungai Nil yang menjadi nadi kehidupan masyarakat Mesir yang tandus itu. Mesir juga terkenal dengan universiti tertuanya, Universiti Al-Azhar (Al-Azhar) yang berusia lebih 1,000 tahun.
0 comments:
Post a Comment