Salam mesra..
Semalam, semasa mengunjungi sebuah pasar raya di Kuala Terengganu." Ya Allah.. besar sungguh tanggungjawab ibubapa mendidik anak gadis zaman sekarang, kan bang?." Ujar saya pada suami sambil merujuk kepada sekumpulan anak-anak gadis remaja yang melintasi hadapan kami dengan gaya dan cara berpakaian yang sungguh menyakitkan mata (walaupun sebahagian mereka bertudung). Anda sendiri maklum apa yang saya maksudkan.
"Lagi besar tanggungjawab, lagi banyak pahala kalau ibubapa berjaya mendidik anak sebaiknya menurut acuan Islam sebenarnya." balas suami. Memang benar apa yang dikatakan. Mendidik anak tidak kira lelaki atau perempuan adalah merupakan amanah dari Allah dianggap satu jihad dan tugas yang besar.
Berbalik pada gadis-gadis remaja tadi..Apakah agaknya perasaan ibubapa mereka? Banggakah dengan penampilan anak yang seiring dengan perubahan semasa tapi mendedah diri pada api neraka? Tidakkah ditegur atau dimarahi? Tidakkah
dididik sejak dari kecil tentang aurat dan adab pekerti seorang muslimah??
Tidak takutkah ibubapa menanggung dosa atas semua kegagalan itu?
Kata
orang mendidik anak perempuan lebih sukar dari anak lelaki. Betul ke? Pernah
dengar kiasan berbunyi : Menjaga lembu sekandang lebih mudah dari mendidik anak
perempuan seorang? Pada saya, tanggungjawab mendidik anak lelaki mahupun perempuan tetap sama.
Saya punya dua anak lelaki. Memang
mendidik anak di zaman siber ini sedikit menduga. Cabarannya bukan
sedikit. Tetap ada getar kebimbangan di hati saya apabila mereka semakin meniti
usia. Melepaskan mereka membesar di sekolah dan bersahabat dengan anak-anak
dari latar belakang berbeza memang merisaukan. Namun pokok pangkalnya,
saya tetap yakin bahawa ibubapa adalah sekolah pertama anak-anak mengenal
Islam, mengenal akhlak mulia, mengenal adab, mengenal ibadat dan tanggungjawab.
Anak-anak
perempuan khususnya perlu diasuh dengan kelembutan dan kesantunan dalam aspek bicara,
perlakuan mahupun berpakaian sejak dari kecil lagi. Seorang sahabat saya mempunyai
4 orang anak perempuan. Melihat caranya mendidik anak-anak sangat mengagumkan.
Sejak dari kecil sudah dibiasakan memakai tudung dan pakaian longgar walaupun
berseluar. Mereka sudah diasuh apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dalam
menutup aurat, sehingga mereka membesar dalam acuan yang sangat sejuk mata
memandang. Pokok pangkalnya, ibubapalah yang memain peranannya.
Saya hanya menyentuh aspek berpakaian dan aurat, belum lagi berbicara pasal akhlak, kelakuan dan agama anak-anak gadis remaja. kita. Realitinya, sama ada anda sedar atau tidak, gadis-gadis remaja kita sangat kritikal akhlak mereka sekarang.
Ayuh! Buat ibubapa..melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mendidik haruslah sejak dari bayi lagi. Didiklah puteri-puteri kalian khususnya dengan ajaran agama yang sebetulnya. Usahlah dipakaikan mereka dengan keindahan duniawi dan kemewahan yang hanya sementara. Kelak, kita juga yang akan merana..
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat” ( Surah Al-A’raaf: ayat 26 )
17 comments:
sama je cabarannya sekarang, anak llk or perempuan..bdk lelaki apa kurangnya kalau diukur dr aspek akhlak..tapi sekurang2nya senang dididik aspek aurat..
salam kak UA..
maafkan deena, dah lama xdtg sini..bg deena, soal mendidik anak lelaki atau pmpuan sama je, cuma mungkin pada zahirnya mendidik anak pmpuan agak susah sedikit mungkin sebab pmpuan ni ptama dr segi aurat dan kduanya pmpuan adalah fitnah dunia..moga semua ibubapa terus tabah mendidik anak2 dgn nilai2 Islam..
Salam Ummuammar..
lamanya tak dtg ke sini..huhu..
saya pun turut rasa kebimbangan tu..hrpnya, Allah sentiasa melindungi dan memelihara anak2 kita dr sebarang perbuatan dosa & maksiat..Insyaallah..
apa2pun ianya bergantung sepenuhnya dr Ibubapa kan..harapnya dapatlah menjadi IBUbapa terbaik utk anak2, dr segi dunia & akhirat..Insyaallah..
nadiah rasa pun sama je cabarannya. mmg risau. anak2 tgh kecik, ok lg la sbb ada depan mata kita. nnt dah mula bersekolah, dah mula berkawan...masa tu yg paling risau..entah apa yg dibuat pun tak tahu..
memang mencabar mendidik anak anak di zaman sekarang... harapnya anak-anak kita semua dijauhkan dari perkara yg tak elok
salam akak..lama xbertandang..
bg pendpt iza, mmg didik ank perempuan jauh lbh ssh bebndg anak lelaki terutama bila dh meningkat remaja. tapi semuanya bergantung kepada ibu dan ayah, kata org, bila kt tgk ank nya, cuba tgk mak n ayah nya.
apa2pun iza sendiri ada anak perempuan, skg pun suami mmg dh nampak risau dgn anak dara akan dtg..mg2 kami berjy harungi segalanya..
(ayat belit2,..)
wallahua'alam
Mizah > Betul tu..anak2 perempuan kena lbh ditekankan pjagaan aurat tp jgn lupa ank lelaki kena ditegah dr melihat aurat ppuan..:D
deena > Lama tidak 'bertemu" Deena di sini..hrp2 sihat yer..
moga kita dkurniakan anak2 penyejuk mata dan penawar hati..Insya Allah
mamalieyna > Sebagai ibubapa perasaan bimbang adalah normal memandangkan dunia hari ini yg sgt mencabar buat anak2 kita..tp selagi ibubapa menyediakan asas agama dan akhlak yg kukuh, Insya Allah benteng iman dan jatidiri mrk akan mbantu mrk melayari kehidupan fana ini dgn hidayah dan petunjuk Allah..
Nadiah > Ya. Betul tu..Rakan sebaya yg tdk baik aadalah antara faktor utama mempengaruhi peribadi anak2 mjd tersasar.
Chik Na > Insya Allah, mg Allah melindungi anak2 kita dr perkara2 yg tdk elok dan mg mreka digolongkan di kalangan anak2 soleh dan solehah..
Izza > Lamanya menyepi...hihihi..akak pun sama sebenarnya..busy sikit..
Akak setuju..ibubapa adalah cermin kpd peribadi anak2nya..biasanya ibubapa yg baik&beriman akan melahirkan generasi yg beriman juga..tp kdg2 Allah menguji ibubapa2 yg beriman dgn anak2 yg bermasalah..anggaplah itu sbg satu cabaran penguat keimanan yg perlu ditangani penuh hikmah..
Salam Kak Ummu..
Lama betul Nida tak ke sini, harap semuanya di sana sihat..
Gambar2 yg dipaparkan amat menakutkan.. apatah lagi mereka semua remaja muslim :(
I started an online consignment business about 8 months ago. I have a pretty large inventory with new additions daily.
Nida> Sebagai guru, realiti itu lebih dekat dgn kita..benar dan menyakitkan..
ummu ammar,
memang sgt besar cabaran nak mendidik anak2 remaja/gadis skrg ni..
kakyong pun ade adik perempuan 13 tahun... adoii, selalu la penin kepala dgn gelagat & kerenahnya,,, kalo boleh rasa nak tambat je kaki nya..
Kak yong > Realitinya begitulah..kat sekolah, saya pun pening dgn gelagat bdk2 perempuan zaman skrg..sgt merisaukan..nasihat dan ajaran cikgu pun diaorg tak pakai dah..
Post a Comment