Saturday, January 16, 2010

Airmata Seorang Ayah


Salam ukhuwwah pembuka bicara..


Malam tadi semasa mengikuti Buletin Utama di TV3, hati saya amat-amat tersentuh dengan berita tentang seorang bapa Othman Samah, 60 tahun telah ditinggalkan anaknya di Pusat Hemodialisis di Seriab, Kangar Perlis. Berita tentangnya anda boleh klik sini.

Si Ayah yang berkerusi roda kelihatan beberapa kali mengesat airmata di pipi tuanya. Saya tidak mampu lagi menahan airmata bila melihat kesan rawatan yang masih berbalut di dadanya. Ya Allah..sampainya hati seorang anak yang ditatang sejak sebesar tapak tangan membuang ayah dari hidupnya. 

Saya ada juga terfikir mungkin si anak  tidak menghargai ayahnya kerana kurang kasih sayang sang ayah sejak mereka kecil. Namun, walau apapun alasan si anak, perbuatannya itu amat keji kerana ia bertentangan dengan ajaran agama Islam kita. Baik atau buruk seorang ayah, dia tetap insan penting yang perlu dihormati selepas ibu.


Selasa lalu, kita sudah dikejutkan dengan kisah seorang anak membuang bapanya dengan sebuah beg pakaian di tepi jalan. Ceritanya sangat menyentuh hati. Boleh klik sini, untuk mengetahuinya lebih lanjut. Ini baru dua kisah yang terbongkar, sebenarnya kita tidak tahu ada berapa banyak lagi kisah sebegini dalam masyarakat kita. Mungkin lebih dari apa yang kita bayangkan kerana di dunia masakini, kekayaan dan kesenangan adalah keutamaan. Bukan lagi kemanusiaan dan kasih sayang walaupun darah daging sendiri.


Moga coretan kehidupan ayah yang dibuang anak ini menjadi pengajaran buat kita. Seorang anak mestilah menghormati dan menjaga ayahnya hingga hujung nyawa mereka. Seorang ayah pula perlulah menyayangi anaknya dan mendidik mereka dengan didikan agama agar mereka menghargai dan menjaga kita bila sudah tua.

Setiap anak wajib berbakti kepada ayah jua ibu, lebih-lebih lagi bagi orang Islam yang sangat dituntut untuk berbuat baik terhadap orang tuanya. Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 36, daripada surah an-Nisa’ yang bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa).”

Penegasan ini disusuli dengan sabda Rasulullah s.a.w sebagaimana dinyatakan oleh at-Tabrani, maksudnya: “Berbaktilah kamu kepada dua ibu bapa kamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu.”

Sedarilah yang bergelar anak-anak semua..Ada banyak contoh yang menunjukkan pengajaran betapa azabnya derita yang ditanggung derhaka di dunia. Seksa ini datang dalam bentuk penderitaan sakit, baik rohani atau jasmani, sukar mencari nafkah, gagal mendapatkan pekerjaan dan tiada ketenteraman dalam kehidupan.

Kisah Wail bin Khattab pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, satu peristiwa yang boleh dijadikan teladan. Disebabkan terlalu cintakan isteri, Wail selalu mencaci ibunya, mem percayai segala yang dilaporkan isterinya berkaitan ibunya.

Waktu Wail menghadapi kematian, dia mengalami penderitaan sakit yang tidak terhingga. Dia menggelupur sehingga keluar keringat dingin membasahi seluruh badan. Mati tidak, sembuh pun tidak ada harapan.

Selama berpuluh hari dia berada dalam keadaan demikian. Matanya merah menyala, mulutnya terbuka lebar tetapi kerongkongnya tersumbat sehingga tidak terdengar jeritan, manakala kaki dan tangannya kaku.

Sahabat menunggu kematiannya, namun tidak tiba. Mereka berasa terharu melihat penderitaan yang dihadapi Wail. Mereka bersilih ganti mengajarkan Wail mengucap kalimah syahadah, namun semuanya buntu. Wail cuba sedaya upaya mengucap dua kalimah syahadah tetapi yang kedengaran daripada mulutnya hanya perkataan “oh, oh, oh, oh”. Keadaan semakin mengerikan.

Akhirnya seorang sahabat Ali bin Abi Talib menemui nabi bagi menceritakan keadaan Wail. Nabi Muhammad meminta ibu Wail dijemput menemui beliau. Nabi mahu mengetahui bagaimana keadaan dan perlakuan Wail terhadap ibunya sebelum sakit.

Apabila ditanya, ibu Wail menyatakan anaknya sentiasa mencaci lantaran hasutan isterinya. Dia percaya dan me ngikut apa saja yang dilaporkan isterinya tanpa usul periksa. Ini menyebabkan ibunya berasa sakit hati kepadanya. Nabi Muhammad s.a.w memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa anaknya yang derhaka. Tetapi perempuan itu berkeras tidak mahu memenuhinya. Dia berkata, air matanya belum kering lantaran perbuatan Wail yang me nyakitkan hatinya.

Melihat keadaan itu, nabi termenung seketika. Kemudian, baginda memerintahkan sahabat mengumpul kayu api. Wail akan dibakar hidup-hidup. Nabi Muhammad menyatakan, jika ibu Wail tidak mahu memaafkan dosa anaknya, Wail akan derita menghadapi maut dalam jangka masa yang tidak pasti.

Mendengar kata-kata nabi itu, ibu Wail segera berkata: “Wahai Rasulullah, jangan dibakar dia. Wail anakku. Aku telah ampuni dia. Kesalahannya aku telah maafkan.” Menurut sahabat, sebaik saja Wail diampuni ibunya, wajahnya mula berubah. Akhirnya dia dapat mengucap syahadah dan menghembuskan nafas terakhir.



Satu
Kasih nan abadi,  
Tiada tandingi
Dia Yang Satu

Dua
Sayang berpanjangan 
Membawa ke syurga 
Kasihnya ibu

Tiga
Lapar dan dahaga 
Rela berpayahan 
Setianya ayah

Empat
Mudah kau ketemu
Berhati selalu
Beza antara 
Kasih dan kekasih

Ibu
Ku ingat dahulu 
Menyisir rambutku 
Kemas selalu

Ayah
Menghantar ke sekolah 
Bergunalah ilmu
Bila dewasa

Sayang
Dengar lagu ini 
Untuk kau sandarkan
Buat pedoman

Jangan
Manis terus ditelan
Pahit terus dibuang
Itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai
Kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan
Untuk selamanya

Andai
Kau dalam sengsara
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Hidup ini sementara



13 comments:

Ibuhani said...

sebg seorg anak....biar mcm mana pun sifat n masa silam si ayah...anak harus sedia menerima hakikat bahawa ayah tetap ayah n menjaga kedua ibu n ayah adalah tanggungjawab anak tambahan anak lelaki.

....n janji Allah SWT pd manusia baik dbalas dgn kebaikan n jahat dibalas dgn kejahatan maka semua manusia yg bergelar ayah, ibu, anak, n apa jua gelaran di unia ini akan menerima pembalasan atas semua perbuatan diri sendiri.....maka renung2kn lah buat pedoman kita dlm dunia yg sementara ini

wallahuallam......semoga kita semua dlm perlindungan Allah SWT n berbuat baik n gembirakanlah hati kedua ibubapa sementara mrk masih hidup :)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

semoga kisah ini akan menjadi pengajaran buat kite...sbg seorg anak ...wlu bgmana pon sifat ayah... kite haruslah menerima seadanya krn merekalah kita ada di bumi ini...ibubapa adalah tanggungjawab kita...

stiap perbuatan tu mesti ada balasannya...hari ini dia buat ayah dia mcm nih...suatu hari nnt x mustahil anak dia akan buat spt apa yg dia tlh lakukan..

Semoga kita mahupon anak2 kite akn menjadi anak yg taat kpd kedua org tua..AMIN!!

mamaarifakeemaisy said...

Memang menyentuh hati dan perasaan, tak tertahan airmata bila kisah2 macam ni timbul..Masyaallah..sampainya hati seorang anak berbuat mcm tu dengan ayah sndiri, terfikir ke tidak, suatu hari dia mungkin menerima nasib yg sama sbb berbuat mcm tu kt ayah sendiri, walau mcmana teruk dan menyusahkan sekalipun seorang ayah tu, dia tetap ayah kita..Masyaallah..memang saya tak faham, knpa masih ada orang mcm tu dlm masyarakat kita hari ni..langsung takde belas ehsan walaupun dgn darah daging sendiri..

Moga2 anak2 kita dpt dibimbing untuk sentiasa menghormati dan mengingati setiap pengorbanan ibubapa!! aminn..

Sangat sedih dan sayu dengan berita2 macam ni.. :(

Nida n' Hanafi said...

Salam UA...

Kisah si tanggang berulang kembali. Dahlah si ayah tengah sakit, tergamak si anak biarkan ayahnya melarat tepi jalan. Kalau ye pun ayahnya tu ada buat salah, dia tetap ayah dan yg paling penting, ayahnya sedang menderita kesakitan...

Hamizah said...

salam Pah,
Itulah anak yang sedar diri, kan..dia terlupa hidup ni ibarat roda..suatu hari dia akan terima nasib yang sama bila dah tua..

anna said...

salam...mintak izin copy lagu akak ye nak letak dalam blog anna..temi kasih...

Ummu Ammar said...

Kak Ani..

Betul tu..baik atau buruk ibubapa kita berbakti dan jagailah mrk dengan baik..Bersabarlah dengan sedikit kesulitan kalau ada kerana mereka penuh kesabaran menangani kerenah kita sejak kecil!

Ummu Ammar said...

Lily..

Entahlah..manusia bila hati sudah dikuasai nafsu, akal sudah tidak mampu memandu hati ke arah keinsafan dan kebaikan..

Mamalieyna..

Sesak dada kan dgn kisah-kisah macam ni..moga2 kita mampu mnjd anak yg baik buat ibubapa kita dan menjd ibubapa yg baik buat anak2 kita..

Ummu Ammar said...

Nida..

Suami yg 'buta' hati dan fikiran kerana terlampau ikutkan isteri dan sanggup membuang ayah sendiri..dayus kan?

Ummu Ammar said...

Mizah..

Kalau mereka ada kesedaran tentang realiti roda kehidupan, pasti mrk akan selalu beringat..cuma tak ramai yg sedar..

Ummu Ammar said...

Anna..

Silakan..akak pun cari kt google.Lagu tu akak suka sejak zaman sekolah2 dulu. Ada pengajarannya.

Nurul Izza said...

kali kedua bc entry menyayat hati.apa2pun, buruk baik, dia mmg seorang ayah.mg iza MAMPU menjadi anak yg baik disisi ayah.menghargai segalanya

Nadiah Sidek said...

memang kesian kat pakcik tu. sampai hati anak dia tinggalkan dia. binatang pun tahu sayang anak :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...