Thursday, July 29, 2010

Kenapa Neraka Diciptakan?

7 comments

Salam mesra, salam mahabbah..


Artikel yang menyedarkan ini saya baca di sini. Saya sukakan artikel ini. Nak kongsi dengan anda semua..Moga dijadikan peringatan dan iktibar kita bersama..

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?” Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu’alaikum.”

Wednesday, July 28, 2010

Si Merah Rosella

6 comments
Salam ukhuwwah..


Saya lebih mesra memanggil minuman roselle / rosella ( Indonesia) ni sebagai "karkadeh". Masa kat Mesir dulu, selalu minum air karkadeh yang diproses sendiri dari roselle kering yang dibeli di kedai. Banyak khasiat yang terkandung dalam rosella ni...

Wah! Sekarang, roselle dah diiktiraf kerajaan negeri Terengganu sebagai minuman rasmi negeri Terengganu dan akan dihidangkan pada setiap majlis rasmi negeri..apalagi..jom kita selidiki keistimewaan dan nikmat yang Allah kurniakan dalam Si Merah Rosella...

Bunga Roselle atau nama saintifiknya hibiscus sabdariffal, nama ini berbeza di setiap negara seperti bunga rosella (Indonesia), zuring (Belanda), oseile rouge (Perancis) atau karkadeh (Sudan).  Pohon roselle tumbuh daripada biji atau benih yang mempunyai ketinggian sehingga mencapai 3-5 meter dan mengeluarkan bunga hampir setiap tahun. Ia berwarna cerah, kelopak bunga berwarna merah gealp dan agak tebal.  Walaupun berbeza nama tetapi khasiatnya dan manfaatnya tetap sama.    

Berikut antara khasiat yang terdapat pada Roselle:


  • Merawat Demam / Selesema

  • Anti Penuaan / Awet Muda

  • Mencegah Kanser

  • Alahan - Resdung dan Lelah

  • Mencegah Penyakit Kardiovaskular

  • Sukar Tidur - Tekanan


Monday, July 26, 2010

Jesus vs Petir

6 comments
Salam mesra buat semua..

Peristiwa ni sudah berlaku lebih kurang sebulan yang lepas. Saje nak kongsi kat sini. ..Saksikanlah kebesaran Ilahi apabila monumen Tuhan Jesus kebanggaan penganut Kristian di Ohio ini hangus terbakar dipanah petir..

London, 16 Jun : Sebuah patung Jesus (Nabi Isa) setinggi 60 kaki yang juga merupakan salah satu mercu tanda di Ohio, telah terbakar selepas dipanah petir semasa berlakunya ribut petir.

Polis berkata "Tuhan" yang telah dibina sejak 2004 di Solid evangelis Rock Church di sepanjang Interstate 75 di Monroe, di Utara Cincinnati, menurut laporan Telegraph.

Setinggi 62kaki dan 40kaki lebar, arca menunjukkan Jesus dari badan ke atas diberi nama jolokan "Touchdown Jesus" kerana berada dalam keadaan mengangkat tangannya menyerupai seorang pengadil American Football memberi isyarat touchdown di dalam permainan itu.

Ia diperbuat daripada plastik dan kaca gentian yang meliputi satu rangka keluli.

Ketua Polis Mark Neu berkata api merebak dari patung amfiteater yang berhampiran tetapi tiada siapa telah cedera.




Api marak pada patung "King of King " di luar Solid Rock Church di Monroe, Ohio 
pagi awal Selasa, 15 Jun, 2010.


Bekas peniaga kuda, Lawrence Bishop dan isterinya merupakan pengasas bersama 4,000 orang ahli gereja nondenominational.

Lawrence berkata pada 2004 dia hanya berusaha membantu orang ramai, bukannya berbangga dengan patung itu. Isterinya mencadangkan membina patung Jesus sebagai satu harapan dan keselamatan untuk mereka dan telah membelanjakan kira-kira 250,000 dolar untuk pembinaan itu.




Hanya tinggal rangka...

Saturday, July 24, 2010

Setahun Sudah Berlalu

8 comments
Salam mesra, salam ukhuwwah..


Masa begitu cepat berlalu. Tanpa saya sedari, sejak pertama kali blog ini menjengah dunia maya, hari ini genap setahun sudah usianya. Menulis minat saya sejak di bangku sekolah rendah dan sekarang saya puas dapat menulis dalam ruang saya sendiri. Berkongsi ilmu dan pengalaman, coretan suka duka kehidupan, biarpun tidak seberapa..ia sebenarnya cukup bermakna.

Sepanjang satu tahun berblog, banyak yang saya perolehi dan rasai. Ikatan ukhuwwah walau tidak pernah bersua, ilmu dan pengalaman, nasihat dan teguran, jua berkongsi kisah suka mahupun duka dengan teman-teman blogger yang lain..

Saya mengharapkan setiap post yang diutarakan mampu memberi ilmu dan manfaat, menyuntik kesedaran dan motivasi, menjadikan kita hambaNya yang ingat memperingati di antara satu sama lain..Insya Allah semoga sama-sama beroleh keberkatan dan petunjuk.

Jutaan terima kasih buat semua yang mengikuti blog ini, followers yang setia, sahabat-sahabat yang sentiasa meninggalkan titip bicara,  yang sudi memberi anugerah/award, silent readers, dan semualah di luar sana yang sudi singgah dan membaca..syukran jazilan..jazakumullahi khairan khatira..


Semoga terus setia bersamaku..untuk tahun-tahun seterusnya..
jika panjang umur..Insya Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...