Monday, January 18, 2010

Duka 18 Januari



Salam mesra di hari yang penuh ketenangan…

18 Januari kembali lagi. Saya tidak pernah lupa tarikh ini. Pagi tadi sempat saya baca coretan abang saya di blognya. Kami berkongsi rasa yang sama. Tarikh yang penuh duka buat kami setahun yang lalu.  Kehilangan bonda tersayang benar-benar menguji ketabahan seorang insan. Separuh jiwa seakan turut sama di bawa pergi.

Dulu saya pernah mendengar, pemergian ibu mahupun bapa sangat memeritkan. Selain pemergiannya diiringi kesedihan ia turut mengundang kekesalan yang bertamu di hati. Sedih kerana dialah ibu yang mengharungi kesulitan mengandungkanku dan membesarkan diri ini. Kesal kerana tidak dapat membalas sepenuh jasa-jasanya dan tidak dapat menghabiskan sesempurna mungkin waktu bersamanya pada detik-detik terakhir ..

Saya masih ingat ketika pulang di hari-hari terakhir, ibu sudah tidak banyak bicara. Namun dia ada mengangguk bila melihat wajah saya. Kata adik, sudah beberapa hari ibu menyebut nama saya. Ketika itu ibu demam. Sangkaan saya demam ibu demam biasa. Rupanya demam ibu tanda pemergian sudah tiba.

Sehari sebelum ibu pergi, antara khidmat terakhir untuk ibu, saya ada mandikan dia, potong rambutnya yang agak panjang dan menyuap bubur nasi untuknya. Semuanya saya lakukan tanpa respon ibu. Tubuhnya sudah tidak bermaya. Nampak payah benar apa yang ibu sedang lalui.

Kami mengambil keputusan membawa ibu ke hospital pada 17 Januari. Hari yang sama Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu. Banyak insiden yang berlaku sepanjang perjalanan ke hospital kerana banyak laluan ditutup dan jalan jam teruk kerana pilihanraya termasuk laluan utama ke Hospital Besar Kuala Terengganu. Alhamdulillah, Allah permudahkan, kami berjaya melepasi halangan dengan bantuan polis.

Namun, takdirNya, ibu pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya awal pagi 18 Januari. Allah lebih menyayangiNya. Ibu pergi dengan tenang dan saya dapat lihat pada wajahnya. Bersemadilah ibu dengan aman di sana. Jasa ibu tidak dapat saya balas sepenuhnya. Namun saya berusaha untuk  menjadi anak yang sentiasa mendoakan ibu. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW : Apabila mati seseorang, akan terputus amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.

Terima kasih atas kasih sayang dan segala-galanya..Rindu yang tidak pernah akan terhenti buat ibu. Akan selama-lamanya ada di hati saya. Sekarang saya cuba berbakti sebaik mungkin buat ayah yang masih di sisi. Insya Allah..

Buat insan-insan yang masih ada ibu dan bapa dalam hidup anda. Hargailah mereka sebagaimana mereka menghargai kita dan menghadiahkan kehidupan buat kita sejak dari kecil hinggan dewasa. Usah ditangisi pemergian mereka dengan kekesalan lantaran keegoan dan ketidakendahan kita pada mereka. Selamat berbakti!

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari

Kau pergi.. pergi..
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari

Kau pergi.. pergi..

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari

Kau pergi.. pergi..
 

21 comments:

Ibuhani said...

betul tu...berbakti pd kedua ibubapa ketika mrk masih ada dan al-fatihah utk ibu ummu ammar

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Tersentuh dgr citer UA nih...Al-Fatihah utk ibu UA...Semoga kite yg masih ada ibubapa menyayangi dan menghargai setiap pengorbanan mrk!!

Ummu Ammar said...

Syukran Kak Ani..

Masa yg pergi tak boleh diulang kembali..so hargailah masa sekarang dan akan dtg dgn kasih sayang pd mereka yg masih di sisi kita..

Ummu Ammar said...

TQ Lily..

Hidup perlu diteruskan kan?...sbg hambaNya kena redha pada takdir dan ketentuan..kehilangan mengajar kita ketabahan dan menghargai..

yatie chomeyl said...

kita senasib kak...wpon arwah mama dah setahun lebih meninggal, tapi hati tetap di landa rasa sayu setiap kali teringatkannya. sekarang ni yatie menumpang kasih pada ibu mertua saja

Ummu Ammar said...

Yatie..

Ya..kita serupa..Kalau x silap akak ,kisah Yatie lg sedih.. Yatie kehilangan mama ketika kt oversea kan?

Moga Yatie terus tabah..

makbonda said...

Salam Ummu Ammar,kau telah diilhamkan oleh Allah untuk menulis entry ini bagi membangunkan makbonda dari lena agar terus menghargai yang masih ada, sebelum masanya tiba.Belum puas berbakti kepada mereka.Makbonda terus menalifonnya.Ya Allah berilah aku kesempatan untuk berbakti kepada meraka,semasa hayat mereka masih ada.

Semoga Ummu Amar digolongkan dalam golongan anak-anak yang mendapat kerahmatan.

Ummu Ammar said...

makbonda..

Suka coretan makbonda ni..Satu kepuasan kalo coretan saya mampu mberi motivasi buat yg mbacanya..

Saya mmg tulis dr hati saya..krn bg saya setiap pengalaman ada pengajaran yg mampu jd pedoman buat org lain..

Mg makbonda pun tgolongan dlm golongan ank solehah..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Ummu Mishkah said...

Moga bonda tenang di sana dgn doa dari anak2 yang soleh dan solehah!

Azirahman said...

Salam...kehilangan org yg disayang memang memberi kesan mendalam. Azi dah kehlgan bonda masuk thn ke 14. Namun syukur smpt menghabiskan masa di saat2 akhir arwah....walaupun selepas itu hampir setahun azi hilang semangat utk berjuang dlm hidup ini....al fatihah..hidup perlu diteruskan dan didikla anak2 kita menghargai apa yg mereka ada sebelum ianya hilang dpd pandangan mata....

Hamizah said...

Salam, PAh..
sedih kan bila hilang org tersayang. mdh2an dipermudahkan segala urusannya di sana..alfatihah

mamaarifakeemaisy said...

Sebak pulak.. huhu..

peringatan yg baik, berbaktilah sementara ibubapa masih ada..saya jugak sedih bila arwah ayah pergi tanpa sempat kita membalas budi yang tak terkira banyaknya, sbb masa tu, saya stil study! apapun itulah doa anak soleh akan sentiasa menemani mereka di 'SANA'!

Ummu Ammar said...

Che Sue..

Insya Allah. Mudah-mudahan..

Azi,

Rupa2nya kehilangan yg tersayang sgt mendalam sedihnya..namun betul kata azie..hidup perlu diteruskan..

Ummu Ammar said...

Mizah..

InsyaAllah..moga bonda aman di sana..

mamalieyna..

Yang pergi tetap kan pergi..krn Tuhan lebih menyayangi..

Ros Illiyyuun said...

Salam :)
Semoga ruh almarhum ditempatkan di kalangan para solihat...Ameen

Nurul Izza said...

UA: entry ni mengingatkan iza pd mama, selalu berdoa agar dipanjangkan usia untuk iza membalas segala jasa mama, juga utk bawa mam ke mekah (mama is single mom).mama da kami utk menemaininya ke sana.ish, nak menangis pula ingat liku2 dia lalui sebagai single mom, membesarkan anak tanpa suami dengan kudrat sendiri. sedih dan pilu.xpe, dia sebenarnya dipilih oleh Allah utk diuji dugaan dunia.

p.s: moga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman.amin.doa anak adalah senjata bg mereka.

Ummu Ammar said...

Ros Illyyuun..

Syukran..Amin.

Izza..

Mama Izza adalah seorg yg sangat hebat mengharungi dugaan Allah SWT penuh kesabaran. Bertuah dia ada anak spt Izza..so, hargailah dan bahagiakanlah dia dgn sesempurna mungkin..

Nida n' Hanafi said...

Al-Fatihah.. semoga mereka tenang di'sana'...

sayu dan sedih... terkenang juga pada yang telah tiada

Ummu Ammar said...

Nida..

Insya Allah..Hidup dan mati ketentuanNya. Harus la kita terima dgn redha

Nadiah Sidek said...

akak..sabar ye kak. nadiah dulu kehilangan arwah atuk pun dah terasa sedih sangat, inikan pulak orang yang kehilangan mak. mudah2an nadiah dapat jadi anak yang berbakti pada mak ayah nadiah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...