Thursday, December 03, 2009

My MIL's Singgang Daging


Tajuk entry tu macam tak kena je..tapi takpelah..nak translate singgang daging tak bersesuaian..so jadilah begitu tajuknya..

Cuti-cuti sekolah ni memang saya banyak turun ke dapur. Maklumlah tercapai cita nak jadi surirumah tangga sepenuh masa. Memang memenatkan tapi seronok bila tengok ayah, suami dan anak-anakku berselera makan masakan air tanganku..

Hari ni cuaca agak OK walaupun masih hujan sekejap-kejap.. Mentari pun sudah muncul walaupun masih malu-malu. Kami merancang nak  bawa anak-anak pergi tengok Monsoon Cup yang sedang berlangsung sekarang . Plannya lepas Zohor nak pergi sementara cuaca yang tengah baik ni. Nantikan kalau hujan turun, lain pulak jadinya...

So, saya rancang masak lauk tengahari lebih awal .. Apa yang cepat, mudah dan sedap. Inilah pilihan saya. Mungkin kawan-kawan dah pernah masak atau makan singgang daging. Sebenarnya singgang daging ni macam-macam style dan rasa. Singgang daging Terengganu berbeza dengan singgang daging Kelantan. Lain orang, lain cara dan style masak singgang daging ni. Ada yang letak budu dan ada yang tak suka letak. Terpulang selera dan keselesaan masing-masing. Saya suka singgang daging style ibu mertua saya...mudah, cepat dan sedap. Ni lah resepinya..



Saya kalau masak  singgang ni main agak je...lepas tu campak2..lebih kurang beginilah bahan-bahannya : 1/2 kilo daging lembu, 3 ulas bawang putih, 11/2 inci halia, 1 inci kunyit, 1 inci lengkuas, 1 kpg asam keping, 1 sudu kecil lada hitam, 2 sudu kecil Ketumbar, 3 helai daun limau purut, 1 tangkai cili kering- takde dlm gambar, serbuk perasa ( garam & gula Melaka -nisan ) dan air untuk dijadikan kuah..


Caranya :
Lada hitam dan ketumbar ditumbuk separuh hancur
Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk. Masukkan air.
Masukkan perasa sesedap rasa.
Bila dah agak mendidih masukkan daun limau purut
Kemudian..Masak sampai daging empuk.



Ni lah hasilnya..sorry le visual kurang memuaskan...bolehlah dihias dengan bawang goreng, daun bawang dan hirisan limau nipis..kemudian dimakan bersama nasi dan lauk yang lain..
Ni kalau dapat makan dengan sambal belacan atau budu lagi bagus...memang sedap! Cubalah..


20 comments:

Nadiah Sidek said...

wah..blh cuba nnt ni. singgang daging sy tak pernah buat. ikan pernah la. tp sy tak panggil singgang, kami panggil pindang..ikan masak pindang. sy tak minat daging tp blh la nnt cuba wat utk suami ;)

Nida n' Hanafi said...

Salam:
Mula2 terkejut juga melihat pada tajuknya.. Singgang Daging..

Tak pernah pulak jumpa menu nih.... boleh cuba ni..hehe. TQVM for sharing :-)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

wow...nampak menyelerakan...klu ada masa free blh lah di cuba menu nie... ;)

yatie chomeyl said...

sedapnyerr..sini takde lengkuas bila msk singgang, mcm x cukup perisa je

hazlina said...

nice blog..n salam kenalan.Jom melawat n follow blog sy..;)

QuEeN Of 2 Heroes said...

sll wat singgang ikan je..daging lom cuba lg...leh la try nanti :)

mamaarifakeemaisy said...

waah nmpak menarik nih..daging korban pun byk dlm peti tu..tp tak cukup bahan la pulok nk try tengahari ni..esok2 la nmpak gayanya ni..sedap je nampak.. ^_^

Ummu Ammar said...

Nadiah..

Tak jauh beza singgang dan pindang kan..akak tak pernah masak tp setahu akak pindang ni bezanya letak serai dan halba kan?

Selamat mencuba singgang daging..

Ummu Ammar said...

Nida..

Mudah dan cepat. Selamat mencuba!

Ummu Ammar said...

mummyqistina..

cuba tau!..jangan tak cuba..mesti lebih sedap kalo mummyqistina yang masak..

Ummu Ammar said...

yatie chomeyl..

singgang mesti ada lengkuas...kalo xde memang cacatlah singgang tu..nanti suruh family poskan..hihihi..

Ummu Ammar said...

hazlina...

Selamat datang. Semoga dapat manfaat dari blog saya ni. Nanti saya singgah blog hazlina ek?

Ummu Ammar said...

Nadia..

Selamat mencuba..kalau tak silap orang Dungun letak rempah 4 sekawan dlm singgang daging..ye tak?

Ummu Ammar said...

mamalieyna..

Mesti dicuba..lgpun masak cara rebus ni lebih baik dari dimasak lemak atau digoreng..elok untuk kesihatan..

Al-Atiff said...

salam kak..
saya, suami dan anak memang minat betul singggang ni.. tp slalu masak ikan je.. daging tak pernah cuba.. mesti cuba nih.. nampak sedap je..
mesti anak beranak licin makan nih.. hehe..

Ummu Ammar said...

Awatif..

Kena cuba..mesti diaorang suka..lagi2 la yang masak tu Awatif sendiri..

Hamizah said...

salam pah,
lebih krg je ngan singgang mak saya..cuma kalau org kelantan mmg tak letak kunyit dlm sggang..bestnya..tp sayang, my hubby xsuka

Ummu Ammar said...

Mizah..

Ye ke? Bagi kami kunyit mcm perisa wajib bagi singgang..kalu xde kureng sikit la rasanya..

Azie said...

Bestnyer kalau disinggang tulang lembu yang segar segar tu. kalau di tempat kami di Bachok, hari hari lembu disembelih. Mmg tk jadi masalah utk dpt daging segar

Ummu Ammar said...

Kak Azie,

Setuju. Daging dan tulang lembu yang fresh memang terasa kemanisannya dibuat singgang atau sup berbanding yang frozen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...