Salam mesra buat semua..
Wajahnya yang comel dan mulus benar-benar meruntun hati. Apalah salah si kecil yang hanya berusia 3 tahun sehingga diperlakukan sedemikian. Lagikan binatang sayangkan anak. Inikan pula manusia. Namun manusia yang ini lebih keji dari binatang. Sesak dada berhadapan kisah-kisah sebegini. Inilah akibatnya bila nafsu merajai diri, nyawa yang tidak berdosa menjadi galang gantinya..
Saya termenung seketika bila menatap cerita-cerita penderaan arwah Syafia di dada - dada akhbar. Bermula dari cara arwah dibunuh - disepak, dipijak dan ditendang macam bola..( bleh baca kt sini ) sehingga meleret kisah bapa, ibu, teman lelaki ibunya sampailah kes perebutan hak pengebumian.
Saya terfikir..Allah lebih menyayangi si cilik yang sudah banyak menderita ini. Kemungkinan hidupnya bakal berdepan penuh onak ranjau. Bayangkan! Membesar berayahkan seorang pembunuh yang sedang menjalani hukuman di penjara dan beribukan seorang perempuan yang bersekedudukan dengan teman lelakinya selama 6 tahun ( sehingga mendapat cahaya mata 1tahun 6 bulan ) walaupun masih bergelar isteri!
Syafia Humairah.. pemergiannya cukup tragis dan menyayat hati untuk dikenang. Mungkinkah ada lagi pemilik nasib sebegini? Cukuplah..tak sanggup lagi untuk menatap kisah-kisah sebegini..
Peringatan buat semua..Kembalilah pada jalan Allah. Kembalilah pada ajaranNya. Hayatilah kehidupan melalui nilai-nilai islami. Bajailah hati dengan iman dan taqwa bukannya nafsu serakah dan noda-noda hitam.Jagalah permata hati dengan didikan agama dan pakaian akhlak mulia. Kenalkan mereka dengan cinta ilahi. Insya Allah..hidup jauh dari kekalutan dan dirajai nafsu..
Bersemadilah dengan aman wahai Syafia Humairah..Kuiringi doa mewangi..
25 comments:
Salam..
Teringat saya kisah Nurul Huda yg dirogol dan dibunuh dengan kejam, kisah Nurin Jazlin.. mayatnya mati dengan cukup terseksa... malah selepas itu ramai kanak2 yg hilang tanpa khabar berita sehingga kini... kenapa?mengapa ini semua berlaku pada insan yg tidak berdaya..
Berilah mereka peluang untuk lebih lama melihat alam.. untuk mengecapi kebahagiaan... Ya Allah semoga roh mereka aman di sana..aminnn :'-(
ishh...nak menitik air mata alif baca benda2 mcm ni..isk..apa lah nak jadi dunia sekarang...terima kasih untuk sharing artikel ni..oh ya
SALAM KENAL,
smart la page ni..tu pasal la saya follow..hehe..byk info lak tu..kalau nak download free software atau apa2..jemput la
SYokNYAdownload.blogspot.com ,saya
baru bukak blog.mai la follow me back serta download dan komen skit pasal page..saya budak baru belajar,thanks.
salam kak, sy link entry akak kat entry sy k :)
skg ni mcm2..manusia tapi akal mcm binatang, binatang pun syg anak.. huhuhu
6 tahun bersekedudukan ok lagi, ada tu di berita harian, 10 tahun bersekedudukan, 9 kali gugur anak sehinggakan rahim rosak, terpaksa stop making baby.even dh bersuami dan niat nk lari dr suami yg selalu memukul, tapi bertambah lg dosa.
nauzubillah..
yaAllah lindungi kami dari musibah.
al-fatihah utk syafia humairah......Allah SWT lebih menyayanginya kiranya itu lebih baik dr dia terus menderita....
ada baiknya arwah 'pergi' dpd terus-terusan didera & hidup dlm persekitaran yg penuh maksiat mcm tu. mmg Allah lebih menyayanginya
Pilu..tak tercapai dek akal. tak sangka ye ada manusia yang sifatnya lebih teruk dari haiwan.. Mudahan dapat balasan setimpal..
rasa jelik pd manusia brtopengkn haiwan ni...berbaur pulak dgn rasa simpati pd pasangan yg x tahu akan kejahatannya...
semoga Allah lindungi kita dari musibah2 sebegini...:(
Mg Allah merahmatinya. Sedih jua bila lihat anak saya sendiri yang membesar tanpa kasih uminya akibat dari pertikaian yang kecil.
smoge allah mencucuri rahmatnya..smoge bg pengajaran bg org2 yg zalim..
Nida..
Mmg sedih dan geram memikirkan kejadian2 yg berlaku pd anak2 kecil..Moga Allah melindungi anak2 kita, keluarga dan kaum mukmin dr peristiwa sedemikian.
Alif..
Syukran sudi bg coretan kt blog akak dan jd follower sekali..akak pun br belajar sebenarnya..
Nanti kalo free, akak singgah and follow alif plak..
Catlinafly..
Tak jadi masalah..akak suka je..Thanks!
Izza..
Dah mcm perkara2 pelik berlaku dlm masyarakat kita hari ini..semuanya krn mereka berpaling dari landasan agama yg suc..kalau Allah turunkan bala, barulah semua sedar dan mengelabah..
Kak Ani..
Sebenarnya apa yg berlaku ada hikmah dan pengajaran..Allah bukakan aib keluarga Syafia supaya jd pengajaran buat yg lain..
Nadiah..
Allah lebih menyayanginya..sayangkan anak secomel itu..belum menikmati hidup di bumi Tuhan,diperlakukan sekejam itu..
wfaiziah..
Manusia skrg bertindak di luar norma pemikiran yg waras bila ajaran agama bukan lg pegangan hidup..
Ummihanie..
Sebenarnya Allah sedang berbicara..supaya mengambil iktibar atas apa yg berlaku..
Firdaus Ismail..
Tumpang simpati atas apa yg berlaku..harap ayahnya ini mampu memberi kasih sayang sepenuhnya buat si kecil..dan moga dia akan bertemu bakal penganti uminya yg bleh memberinya kasih syg ibu sejati..
ibunafis..
Kalau terlepas undang2 di dunia..azab dan laknat Allah yg dahsyat sedang menanti di akhirat..
kesian si kecil nie..tapi betul la,pah..Allah lebih sayang dia.Kalu dia membesar dlm keadaan maksiat yg berterusan, mungkin dia terpengaruh dgn persekitarannya..
Mizah..
Betul tu..persekitaran dan kondisi keluarga mempengaruhi pembesaran dan akhlak anak2..kdg2 terfikir juga..apakah kita berjaya mdidik anak2 sebaiknya..
x boleh nak bayangkan kesakitan yang ditanggung si kecil ini... aman la Syafia di sana.. al-fatihah
fa10..
Hmmm..pasti menyeksakan..kalau kita diperlaku begitu pun dah tak tertahan sakitnya apa lagi budak kecil berusia 3thn..
fa10..
Hmmm..pasti menyeksakan..kalau kita diperlaku begitu pun dah tak tertahan sakitnya apa lagi budak kecil berusia 3thn..
ape la nak jadi ngan dunia sekarang ni.... :(
In Feb. i am on 5th steps in the Feb TC list..
Nadia..
Kiamat sudah hampir agaknya..dan kita akan kembali padaNya..bersediakah?
teenage party games,
Congrats! Thanks a lot for always being here and left some notes for us..keep in tpuch!
Post a Comment