Thursday, March 29, 2012

Ammar : 9 Tahun

8 comments

Sanah Helwah ya Bunayya..

Kupanjatkan doa dan harapan pada Allah Yang Maha Esa, sebagaimana doa Nabi Ibrahim..semoga dirimu anakku membesar menjadi hambaNya yang soleh, taat beribadah jua baik akhlak pekerti..Insya Allah.
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh: Surah Assaafat ayat 100

Monday, March 26, 2012

Harapan

5 comments

Alhamdulilah. 
Manifestasi kesyukuranku atas segala-galanya.
Masa berlalu tanpa dirasa.
Kesibukan menuntut ilmu di saat menggalas beban kerjaya
Hadir bersama kesulitan jua kepayahan
Di sanalah terbitnya keindahan sabar dan kekuatan tawakkal
Di situlah terikatnya ukhuwwah dan persahabatan
 
Kuliah terakhir semester 5. 
Masih berbaki perjuangan (final exam) di awal April.
Moga segalanya dipermudahkan.
Doakan saya.
 

Tuesday, March 20, 2012

Jangan Ada Benci

1 comments
Terbaca ini di FB, suka untuk berkongsi dengan anda semua. Renung-renungkan. Maafkan kesilapan insan sekeliling kita, kerana hakikatnya tiada insan yang sempurna. Kekhilafan dan kelemahan yang ada adalah tanda kerdilnya kita sebagai hambaNya. 



Sunday, March 18, 2012

Tentang Visceral

3 comments

Saya pernah berkongsi tentang Kisah Diet & Kalori, ia membuktikan keazaman diriku yang kuat untuk menurunkan berat badan. Alhamdulillah, hampir dua bulan meminggirkan nasi 5-6 hari seminggu dan mementingkan makanan berkhasiat, memberi impak lumayan bila berat sudah tidak mencecah angka 60kg. Kesibukan dan tekanan sedikit mengoyahkan, apabila rutin kian diabaikan. Untuk memugar kembali azam yang kian pudar, cerita tentang lemak visceral mungkin boleh membantu..saya dan anda?


Lemak visceral berbeza dari lemak tubuh lainnya (lemak subkutan-lemak di bawah kulit). Lemak Visceral juga disebut lemak intra-abdomen, iaitu lembaran lemak yang mengelilingi organ internal tubuh manusia yang ditunjukkan dalam ukuran ketebalannya. Sedangkan lemak subkutan berada di sisi lain, adalah lemak tubuh yang berada dekat dengan permukaan kulit dan dianggap kurang berbahaya, dan lebih mudah dihilangkan berbanding lemak visceral.

Kajian telah menunjukkan bahawa manusia dengan lemak visceral lebih berisiko tinggi terhadap penyakit jantung, stroke, diabetes, darah tinggi dan lain-lain. Orang yang jarang bergerak, perokok dan peminum memiliki lebih banyak lemak intra-abdomen atau lemak visceral daripada orang yang aktif yang bukan perokok dan non-peminum. Stress mungkin juga menjadi faktor dalam pembentukan lemak visceral di dalam tubuh.

Menghilangkan lemak visceral lebih sukar daripada lemak subkutan kerana lemak tersebut lebih kuat tertanam/menempel di dalam tubuh manusia.
Pakar perubatan mengesyorkan tiada cara lain yang dapat menyingkirkan “visceral body fat“, melainkan melalui senaman secara berterusan. Siapa sangka, senaman seperti berjalan kaki di taman sebanyak 3 kali seminggu mampu mengatasi peningkatan jumlah “visceral body fat“. Selain itu pemakanan yang sihat juga membantu mengurangkan lemak visceral dalam badan kita.

Sumber : Internet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...