Salam sejahtera buat semua..
Kesempatan ini saya ingin mengucapkan salam takziah buat sahabat, bekas rakan sekerja di SMKAS yang juga penulis terkenal Zaid Akhtar dan isterinya, Icah di atas pemergian anak tercinta semalam. Semoga kalian berdua sabar dan tabah melalui detik yang getir ini kerana hikmah Allah tersembunyi di sebalik setiap mehnah dan ujian yang melanda.
Baru dua tiga hari lepas saya membaca catatannya tentang masalah kandungan isterinya di blog beliau. Malam tadi pula saya menatap berita sedih di profile FBnya, terkedu seketika. Hati saya sangat tersentuh.
Terkenang Icah yang banyak budinya pada saya. Kami berkahwin dan memperolehi cahayamata permata hampir serentak. Bezanya mungkin seminggu dua sahaja. Ketika itu saya berjauhan dengan suami. Saya di Segamat dan suami di K Trg. Tidak mempunyai kereta ketika itu dan agak sukar melalui proses pemeriksaan kehamilan di klinik sehinggalah Icah menghulurkan bantuan.
Setiap kali appointment bulanan dan mingguan di klinik, terutamanya di sebelah pagi, Icah pasti datang menjemput saya dan menghantar kembali ke sekolah sedangkan dia mengajar di sekolah yang lain. Sehinggalah checking bulanan anak pun pergi sama-sama..Terlalu banyak jasanya pada saya dan tetap saya kenang sampai bila-bila..
Doa saya sentiasa bersama kalian. Semoga beroleh ketenangan, kebahagiaan dan rezeki melimpah ruah dalam kehidupan dan jua sentiasa dalam rahmatNya. Takziah dari kami sekeluarga.
9 comments:
sapa dia tu,pah?tahziah ..jg drp saya..
oo yeke..innalillah..iza agak kenal dgn penulisan dia..
setiap yg mati, memang menginsafkan kita
takziah buat zaid akhtar sekeluarga..
Mizah > Penulis novel ISlami terkenal..bleh lwt blog dia..pernah ngajar sama masa kt Sgmt dulu..
Izza > mengingati mati sgt perlu spy kita sedar amanah kita kpd Nya..
NAdiah > Moga mrk sekeluarga tabah dan sabar dgn mehnah ini
salam takziah buat ust yazid sekeluarga.
semoga tabah menghadapi segalanya.
فصبر جميل
slm takziah buat zaid akhtar sekeluarga..
Al Fatehah,
Salam takziah untuk eluarganya.
terima kasih, kak lat
atas entri yang khusus ini.
terima kasih semua.
Zaid > Terima Kasih kembali..salam buat Icah..InsyaAllah semoga Allah mengganti kehilangan ini dgn kurniaan zuriat yang lain..
Post a Comment