Tuesday, June 15, 2010

Teman Setia Ayah

Salam mesra buat semua..

Menjadi kewajipan cutiku ialah bersama ayah di kampung. Saya suka perhatikan ayah. Walaupun sudah dimamah usia dan waktunya banyak dihabiskan di rumah, hobinya yang satu ini sangat saya respect. Seawal pagi, sebelum sarapan pagi dihidangkan..dia sudah menyelak dan membaca kitab tafsir lama bertulisan jawi, yang sudah agak kuning dan tua. Mengisi jiwa sebelum menunaikan keperluan jasmani.

Membaca menjadi penawar kesepian ayah. Faktor keuzuran menyebabkan ayah hanya duduk di rumah sahaja. Selalunya bersendirian di siang hari apabila adik saya yang tinggal bersamanya keluar bekerja.

Membaca membuatkan masa dan minda ayah terisi selain dapat mengintai isu-isu semasa  yang terpapar.  Selalunya adik saya akan belikan suratkhabar untuk ayah.. Kadang-kadang terasa ralat tanpa akhbar untuknya. Bertemankan cermin matanya, ayah akan berusaha menghabiskan setiap lembaran akhbar terutama berita setempat dan antarabangsa. 

Semoga ayah sentiasa sejahtera di bawah peliharaan dan rahmatNya. Akan saya contohi, rutin ayah yang satu ini.

Fungsi membaca kepada minda adalah umpama fungsi senaman kepada tubuh badan kita. ~Joseph Addison

9 comments:

Ummu Mishkah said...

same goes to my bonda..
mengisi sisa2 hayat dengan membaca.
moga dinilai Allah...

Ibuhani said...

smoga ayah Ummu Ammar sentiasa dlm rahmat n perlindungan Allah SWT :)

deena farhana said...

moga ayah kakak sentiasa dalam rahmat Allah..

bagus byk membaca ni..

Hamizah said...

rajinnya ayah pah..

Nadiah Sidek said...

teringat arwah atuk nadiah yg belah mak...lebih kurang mcm ayah akk la pesennya..membaca aje :)

Ummu Ammar said...

Che sue..

Agaknya kita kalau tua2 mcm mrk..mesti duk sibuk berblog dan surf internet kut?

Kak Ani n deena..

Harapnya begitulah..mudah2an ayah sentiasa bwh lindungan rahmatNya..risau sgt tgk dia dah makin uzur..

Ummu Ammar said...

Mizah..

Tu je la caranya dia memenuhi masa lapangnya selain rutin yg lain..sekurang2nya menghilangkan kebosanannya

Ummu Ammar said...

Nadiah..

Kebanyakkan org tua camtu agaknya..elok la dr mrk tdk berbuat apa2 kan..?

Nurul Izza said...

entry ni sebijik mcm nenek iza.walaupun xpndi bc rumi tapi ada je ms lapang bc quran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...