Friday, June 18, 2010

Aduhai..

Salam sejahtera buat semua..


Gambar ni ditag dalam FB seorang rakan. Pelik tapi benar. 
Mana perginya ihsan terhadap binatang yang dianjurkan oleh Islam?? 
Malah agama lain di dunia sekalipun..

Ihsan atau berbuat baik kepada binatang adalah dengan memberinya makan jika lapar, mengubatinya jika sakit, tidak membebani dgn muatan yg tidak mampu ditanggungnya, lemah lembut terhadapnya jika bekerja dan mengistirahatkannya jika lelah, memeliharanya dengan baik atau melepaskannya hidup bebas..malah untuk membunuh dan menyembelih binatang pun ada cara-cara yang tertentu. 
 
Begitulah bentuk-bentuk ihsan terhadap binatang. Semoga kita tergolong dalam barisan muhsinin yg dicintai Allah seperti dalam firman Allah “Dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yg berbuat baik.” .
 
"Dari Abu Yakli Sadad bin Usa dari Rasulullah S.A.W katanya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan atas tiap-tiap sesautu apabila kamu membunuh maka elokanlah pembunuhan dan apabila menyembelih maka elokanlah penyembelihan dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan mata pisaunya dan hendaklah ia melapangkan binatang sembelihannya."

6 comments:

zue said...

moleknya lembu tu atas motor..x jatuh lah tu...smpai gitu skali di angkutnya..nengok kepalanya bahya klu kena tayar motor sure mati.

Nadiah Sidek said...

eh..kesiannya lembu tu dibuat gitu

Ummu Ammar said...

Zue > Betul tu..bahaya betul kedudukan lembu tu..sepatutnya carilah kenderaan yg sesuai..

Nadiah > Memang kesian..mesti sakit dan x selesa..bayangkan kalau manusia dibuat cam gitu..mesti meraung..

Bintu Sazali said...

MasyaAllah!...hisyh..ada ke patut...mmg tak patut la org tu,wat kat lembu camtu plak..:(

ini belum lagi tgk video lembu dikisar hidup2 dlm mesin pengisar...
kejam..:(

Ibuhani said...

zalimnya!

Ummu Ammar said...

Kak Ani > Memang zalim..cuma lembu tu tak leh berkata2.kalau tidak ia pasti merayu dilepaskan...kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...