Wednesday, March 16, 2011

Aku Anak Petani

Salam ukhuwwah..

Semalam, kami ke Bandar Permaisuri untuk mencari sedikit keperluan dapur. Melalui sawah padi Kg Banggol memang sangat mendamaikan. Panoramanya sungguh mengasyikkan, lebih-lebih lagi di musim padi tumbuh menghijau. Anak-anak minta berhenti melihat aktiviti seorang petani membajak sawahnya. Burung-burung ini pula menarik perhatian saya. Layan saja la rakaman gambar dari jurugambar yang tidak bertauliah..







Jurugambar tak bertauliah..

Sawah padi banyak mengimbau kenangan menusuk perasaan. Sawah padi adalah tempat ayah dan ibu bergelumang mencari sesuap rezeki buat kami anak-anak. Masih tebal di ingatan, saat riang berlari-larian di batas-batas sawah dan bermain pondok-pondok dari jerami padi ketika menanti ayah ibu menyudahkan tugas-tugas mereka. Bila agak dewasa, kami mula membantu apa yang termampu dan peristiwa digigit lintah adalah kenangan pahit tetapi indah untuk dikenang. Sungguh saya amat rindukan semua itu.

Selagi hayat dikandung badan, saya akan menghargai setiap titis keringat ayah dan ibu yang mengalir..ketika bersusah payah mencari rezeki membesarkan dan memberi pelajaran kepada kami. Sama sekali saya tidak akan lupa kesusahan yang telah mendidik saya untuk tegar dan tabah menempuh kehidupan di muka bumi Allah ini..dan saya bangga untuk mengakui bahawa...aku anak petani..!

3 comments:

cik dah ganu kiter said...

sawah padi kat mana ni?org dah ngetam padi doh ker?

idah anak peneroka klpa sawit........

Trx said...

teringt time blaja kat pulau pinang dulu..tiap ptg mst tgok sawah padi..rasa tenang je..kat kg saya kebun getah je ada T_T

Ummu Ammar said...

Cik dah > Sawah padi kt Kg Banggol, Setiu.Dok ngetam padi lagi..baru bajak untuk semai benih..

Syuk > Ya, betul tu..Sawah padi hamparan panorama yg mengasyikkan dan memberi ketenangan. kebun getah pun Ok ape..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...