Sunday, April 10, 2011

Realiti Insan Bernama Guru


Salam hujung minggu..

Berita tentang sikap kurang ajar pelajar menumbuk hingga patah hidung gurunya menghiasi saluran media. Itulah harga yang perlu dibayar oleh seorang guru di era pendidikan masakini. Berhadapan dengan anak didik yang sakit "rohani", kurang akhlak, kurang didikan dan sentuhan agama. Cukup mencabar! 

Sebagai seorang guru, saya sudah melalui realiti kegetiran ini di hadapan mata hampir setiap hari sejak bertugas di sekolah harian biasa berbanding ketika mengajar di sekolah berasrama di Segamat, Johor dulu. Mencabar guru, bercakap kasar, menengking, menipu, dan lain-lain adalah realiti yang harus dihadapi seorang guru di zaman ini.  


 
Kadang-kadang terkenang semasa kita bergelar pelajar dulu-dulu..sangat menyanjung seorang bergelar guru. Penuh hormat dan gerun, bila bersua seakan berhadapan dengan  seorang wira yang hebat. Bicara disusun penuh sopan, tingkahlaku dijaga bimbang tersilap langkah. Hati guru sentiasa mahu dijaga. Pesan orang tua-tua, dari situlah lahirnya keberkatan ilmu dan kejayaan yang diimpikan. Namun, melihat realiti pelajar hari ini saya sentiasa berfikir, apakah agaknya keadaan anak-anak didik ini 10 - 20 tahun akan datang..? Apakah nilai seorang guru di mata mereka?




Jika anda seorang guru..
Semoga terus thabat dan tekad dalam mendidik dan membimbing permata bangsa..
Jadikan keikhlasan asas utama memikul tugas mulia ini..
Selamat mendidik!


4 comments:

al-lavendari said...

salam.

profesion guru sangat mulia. pemimpin politik atau korporat sekarang adalah hasil didikan seorang guru.

jangan tawar hati .. teruskan mendidik anak bangsa dengan ikhlas.

mungkin entri saya ini boleh sedikit mengubat kecewa:

http://al-lavendari.blogspot.com/2010/05/syabas-cikgu-mazwin.html

aliza said...

tu la cikgu.. membakar diri demi menerangi orang lain.. pg tadi akak bagi kiasan kat budak f4.. awak bersusah payah lagi setahun lebih agar awak senang untuk 40 tahun slepas tu (bersara umo 58) tp respon budak.. kilang banyak, lori banyak nak driver.. dia orang blajar bukan tok pandai tp tok sakitkan hati orang...

Ummu Ammar said...

Salam Tuan al-lavendari..
Terima kasih atas dorongan tuan..entri yang sangat menyentuh hati..kadang2 kita rasa susah dan terbeban..rupa2nya ada lagi insan guru yang lebih getir dugaannya..

Ummu Ammar said...

Salam kakak aimaniman..
Situasi kita sama. Anak2 didik zaman sekarang makin kurang motivasi hidup berbanding kita dulu2...maklumlah mrk dibesarkan penuh kemudahan berbanding kita yg serba kekurangan..kekurangan membuatkan kita menghargai ilmu dan apa yg kita miliki...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...