Wednesday, July 07, 2010

Surat Seorang Ibu

Salam mesra, salam ukhuwwah..

Semasa mengajar topik Adab Terhadap Ibu Bapa, saya ada menayangkan beberapa video untuk membuka minda pelajar berfikir tentang kasih sayang ibubapa dan tanggungjawab anak yang perlu dilunasi sebagai membalas jasa-jasa mereka. Bukan apa, setakat teori kadang-kadang mesej itu tidak sampai..bila dihidang secara visual, mungkin lebih mudah untuk diadaptasi dan diaplikasikan..



Salah satu video, filem pendek, " Surat Seorang Ibu" sangat menyentuh hati. Bila habis tayangan cerita ini, suasana hening dan ada terdengar esakan pelajar-pelajar. Sebagai guru, saya mencuba mengontrol sepenuh perasaan agar tidak menangis sama. Walaupun air mata sudah macam ditolak-ditolak untuk keluar..hehehe..malulah kalau menangis depan budak2 ni..

Saya nak kongsi video tu di sini, moga mampu menyentuh rasa, membuka hati dan minda untuk lebih menghargai insan paling penting dalam hidup kita..





11 comments:

myQza said...

video tak boleh buka :))

Helmy said...

Allahu Akbar.syahdunya tengok video ni..teringat mak ayah kat mesia..

rindunya..Ya Allah semoga kau pelihara mereka,kasihani mereka..sepertimana mereka kasihani aku ketika aku kecil..Amin..

yatie chomeyl said...

sedih cideo tu..teringat pulak kat arwah mama huhu

Ummu Ammar said...

si TEDI > Bleh jer buka..cuba lagi..kalau tak bleh jugak, bleh cari kat youtube..

helmy > Ameen..Sejuk hati mak ayah ada anak mcm helmy ni..Insya Allah..pulanglah dengan kejayaan buat mrk..kejayaan dunia bekal ke akhirat..itu cukup memadai..

Ummu Ammar said...

yatie > Akak pun sama..Bila kita sudah merasai kehilangan itu, sedihnya sangat mendalam..

Ibuhani said...

sob3....sedih sgt3...sesibuk mana pun kita.....kena cari masa utk luangkan masa dgn mak n ayah sebelum terlambat...

Ummu Ammar said...

Kak Ani > Betul tu. Bukan harta dan kemewahan yg mrk inginkan tp perhatian dan ksh syg buat menghilang kesunyian..

Tak sabar nak blk hujung mggu ni jumpa ayah..

Makbonda61 said...

Ummu ammar,percaya atau tidak hidup makbonda dikelilingi oleh ibu-ibu tua yang sunyi,dalam bertemu dan bersembang sering terkeluar luahan hati mereka.Semuanya itu adalah tarbiah kepada makbonda.

Ummu Ammar said...

mak bonda > Realitinya, mmg ramai anak2 yg sibuk mengejar dunia shingga mengabaikan ibubapa..yg sengaja hantar rumah org tua pun ramai kan?? Mg kita punya nasib yg lbh baik..

Nadiah Sidek said...

peringatan utk kita semua. sibuk mana pun, kena ada masa utk mak ayah. terima kasih kak atas perkongsian!

teenage party games said...

tahniah….walaupun short film….tapi masejnya sampai….hargai ibu anda….Ya Allah..kasihkanlah mereka seperti mereka kasihkan kami semasa ecil…Kurniakanlah mereka ketenangan di dunia dan akhirat…amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...