Sunday, April 03, 2011

Apalah Dosa Si Kecil Ini

Salam mesra,

Dia sebaya dengan anak saya, Afiq. Kanak-kanak di usia 7 tahun, apalah yang dia tahu. Dunianya yang baru bermula penuh warna-warni dan keseronokan, ingin mencuba dan meneroka. Jauh di sudut hati, saya sangat tersentuh dengan pemergian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, yang meninggal dunia pagi tadi selepas koma dipukul  gurunya Jumaat lalu. Apalah salah dan dosa si kecil ini sehingga diperlakukan begitu..Pasti luluh hati ibubapa apabila anak yang ditatang penuh kasih sayang pergi penuh tragis.


Kalau benar bagai dikhabar media, tindakan si guru adalah di luar batas kemanusiaan.  Saiful Syazani..semoga dirimu aman di sana..
Di sisi Tuhan Yang Maha Esa

 

7 comments:

Nadiah Sidek said...

tak berperikemanusiaan betul cikgu mcm tu. tak psl2 nyawa anak kecil melayang. moga saiful syazani tenang di alam sana..

yatie chomeyl said...

tu lah kan kak. yatie pun masa baca berita ni, sedih sgt rasa.kesian kat budak ni. cikgu tu mmg x de hati perut. mesti sakit sgt dia masa kena pukul tu, merayu2 mintak tolong..besar mana sangatkah kesalahan budak berumur 7 tahun ni? huhuhuhu

Alimaz-Kembara Terasing said...

guru sekolah agama pulak tu......

Ummu Ammar said...

Nadiah>
Mungkin tekanan atau tidak mampu mengawal perasaan/baran mungkin punca guru bertindak sedemikian..

Ummu Ammar said...

yatie > Sebagai ibu..rasa cam hancur luluh hati ni bila baca berita ni..mintak jauh la kejadian2 macam ni berlaku dalam kalangan anak2 kita

Alimaz > Betul tu..Sepatutnya suasana islamik di sekolah membentuk jatidiri guru yg islamik juga..

nadhirah said...

tapi, mungkin ada cerita dosebalik kisah itu... cuba baca dilink ini.. =)

http://kalkulus2102.blogspot.com/2011/04/cikgu-ambil-nyawa-murid-apa-cerita.html#more

Ummu Ammar said...

nadhirah..
Syukran atas info yang diberikan...Hanya Allah dan insan terdekat yang tahu cerita sebenar..Semoga ustaz berkenaan akan dilindungi Allah jika benar beliau di tempat yang benar..mungkin ini ujian menguji keimanan beliau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...