Wednesday, July 21, 2010

Kendi Buruk Yang Berharga

Salam mesra, salam ukhuwwah..

Rabi'atul Adawiyah, srikandi Islam silam yang terkenal dengan kewarakan dan kebijaksanaannya. Sang pencinta yang larut dengan cintanya yang tidak berbelah bahagi pada Rabbul Jalali wal Ikram. 

Saya sangat mengagumi peribadi beliau. Teringat zaman sekolah menengah dulu. Saya suka membaca kisah-kisah Rabi'atul Adawiyah dan mengumpul syair-syair  beliau tentang keasyikan cintanya pada Yang Maha Esa. Ada yang saya tulis  balik dalam buku, ada yang diselit bawah alas plastik meja sekolah, tampal kat dinding dan lain-lain..Malah saya pernah cuba untuk menjadi seperti beliau..hhmmm...tapi siapalah saya jika dibandingkan dengan kehebatan peribadi srikandi yang satu ini..

Untuk entry kali ini..saya ingin berkongsi salah satu kisah Rabi'atul Adawiyah dan seorang pencuri..kalau berkesempatan, saya akan kongsi koleksi syair-syair beliau untuk renungan anda semua...Insya Allah.

Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut.

Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini."

Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah. Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku.
"Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.

"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu ini." kata si pencuri berterus-terang.

"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi.

"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga." Jawab si pencuri.



"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.

Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu' menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum ini.

Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu."


4 comments:

Ibuhani said...

Itulah wanita yg bersifat mulia......mampu ke kita bersifat cam tu?

Nadiah Sidek said...

antara tokoh serikandi Islam yg nadiah kagumi..

teenage party games said...

Kadang kala sesuatu yang berharga ada di hadapan mata cuma kebutaan hati yang mengkaburkan pandangan kita...

Ummu Ammar said...

Kak Ani > Jauh sangat bezanya kak..tp apa salahnya kita berusaha ke arah tu...:D

Nadiah > Ya. Yg boleh dijadikan contoh tauladan dlm mencari cinta Ilahi yg hakiki..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...