Salam mesra buat sahabat-sahabat semua..
Berfikir sebelum makan! Saranan saya untuk entry kali ini..Makan adalah keperluan diri. Membekalkan tenaga untuk bekerja, beribadat, menunaikan tanggungjawab dan lain-lain..tapi AWAS! Makan juga boleh menjerumuskan kita kepada penyakit dan tabiat buruk.
Saya nak kongsi tips dan fakta tentang tabiat makan dari Dr Fadzilah Kamsah.
- Orang
yang makan sampai habis tidak tinggal sedikit pun makanan walau sebutir nasi di
pinggannya
= cermat, tertib, tidak boros.
-
Orang
yang makan tetapi di pinggannya masih terdapat sisa makanan dan banyak
makanannya yang tidak habis dimakan
= boros, tidak berapa peka, kurang teliti. -
Orang
yang suka makan daging putih (ayam dll)
= sabar, tidak suka marah. - Orang
yang suka makan daging merah (kambing, lembu dll)
=suka marah, tidak dapat mengawal diri. -
80%
penyakit berpunca daripada makan.
-
Orang
perempuan lebih peka soal makan berbanding lelaki. Atas faktor itu, perempuan
lebih panjang umur berbanding lelaki (asbab)
- Nabi
kunyah 40 kali ketika makan.
- Makanan
boleh jadi racun dan boleh jadi ubat. Makan sesuatu makanan hendaklah
berpada-pada.
- Makan
yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.
- Jangan
makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut adalah 1/3 sahaja. Perut
perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.
- Tidak
baik jika makan tengah malam. Nabi jika lapar tengah malam, nabi minum susu
panas.
- Jangan
makan buah selepas makan. Makan buah sebelum makan kerana dapat membantu
penghadaman.
- Makan
sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang.
- Elok
makan berjemaah kerana hidayah Tuhan turun mencurah-curah.
- Di
tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman. Jadi makanlah menggunakan
tangan.
- Minum
sejam sebelum makan dan sejam selepas makan.
- Makan
hanya 1 lauk saja. Jika makan ikan, ikan saja. Jangan campur ikan, daging, ayam dsb.
10 comments:
nadiah la tu yg tak suka mkn..ehe. tapi bkn la mksdnya tak mkn lgsg. cuma..bkn jenis terliur tgk mknn la kot. dulu nadiah pernah kena marah dgn ex-housemate sbb tak mkn walaupun nadiah yg masak ms tu. bkn kena marah sbb perabiskan makanan..kena marah sbb tak mkn :p
hmmm..saya suka makan..hehehe
Makboda hairan tengok ada setengah anak-anak tak mahu makan,sebab anak-anak makbonda semua kaki makan,sampai di buat sekatan.
ohh.. kakyong yg no1.. kedekut... ;)
sbb tu kakyong lebih suka suap anak drp mereka makan berjemaah.. kdg2 depa makan berjemaah 3 org.. main jer lebih..
ohoh...deena suka mkn kak...tu yg tembam..hee
Nadiah > Patut la kurus maintain je nadiah ni..kalau la akak mcm Nadiah OK gak..huhuhu..ini pantang nampak makanan...
Mizah > Saya tau..awak pun tahu saya suka makan..hahaha
makbonda > Anak sulung saya mcm anak2 makbonda..terpaksa dicatu makanan dan dibuat sekatan sbb terlampau kuat makan..yg no 2 tu mantain jer..
Kak Yong > Saya pun pantang tgk makanan tak habis ..dan lbh suka ajar anak ambil sikit2..makan berjemaah OK juga dgn syarat kena licinkan dulang tu..
deena > Jom kita tubuhkan kelab! Kelab Suka Makan..sapa nak join? Hahaha
hehehe.iza jenis suka makan. tapi xleh tgk makanan xhbs, walaupun perut kenyang mesti rs nk hbskan makanan yg xhbs..sebab ms kecik2 dulu mama selalu ckp..'makan hbs kalau x nasi menangis..sian dia'
jadi krn kesian tu duk hbskan juga makanan.plus. kata mama kalau makanan hbs, tu barakah.hehe
Post a Comment