Monday, May 23, 2011

Khabar Duka Dari Hulu Langat

Salam ukhuwwah,

Apabila berbicara tentang kematian, sebagai hambaNya kita  hendaklah redha dengan segala ketentuanNya. Siapalah kita untuk menghalang sebuah pemergian melainkan yang berhak hanya Dia Yang Maha Kuasa. Namun pemergian penuh tragis dan menyayat hati, meruntun hati-hati kita yang menatap khabar duka dari Hulu Langat ini, petang Sabtu lepas. Berat mata memandang, hiba hati merasa, berat lagi bahu yang memikul, hancur luluh hati yang menanggung..

Saya paling tersentuh dan hiba dengan kasih seorang abang, Mohd Awie (gambar) yang cuba menyelamatkan adiknya yang tertimbus. Kerana keadaan tidak mengizinkan, dia hanya mampu menyaksikan tragedi dahsyat itu meragut nyawa adik kesayangannya di hadapan matanya sendiri. Anda boleh baca kisahnya di sini.

Tragedi duka ini ada mesej tersendiri. Iktibar buat kita yang masih hidup. Kembalinya kita kepada pencipta, adalah suatu kepastian. Cuma waktu tidak diketahui, entahkan esok, entahkan bila. Beringatlah sentiasa. Hargai kehidupan dengan menghayati keindahan nikmat iman, islam dan taqwa dalam setiap sisi kehidupan. Moga bahagia kita tidak hanya di dunia, tapi di akhirat yang kekal abadi.


Takziah buat anggota keluarga mangsa tanah runtuh di Madrasah At Taqwa, Hulu Langat, Selangor. Semoga mereka ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Al-Fatihah.

4 comments:

cik dah ganu kiter said...

sedih sgt bila melihat berita,baca srt kaba psl tragedi ni..salah sorg mangsa jiran kakak ipar kat situ...

Makbonda said...

Semoga keluarga mangsa-mangsa terlibat bersabar dan redha dengan kejadian ini. Semoga roh mangsa yang terkorban di tempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Ummu Ammar said...

Cik Dah..

Takziah buat jiran kakak ipar cik dah tu..memang sangat menyayat hati tragedi yg telah berlaku ini..moga semua keluarga mangsa redha dan tabah..

Ummu Ammar said...

Mak bonda...

Insya Allah. Moga ketabahan dan redho milik keluarga mereka...Al Fatihah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...