Tuesday, May 03, 2011

Di Sini Ku Kenal Diriku

Salam mesra buat semua yang sudi membaca..


Entah kenapa selepas bertemu dan berbual secara kebetulan dengan Cikgu Anis Hamid, the best English teacher I ever had..merangkap bekas guru kelasku..segala kenangan zaman persekolahan di SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, K. Trg. berbelas tahun dulu muncul satu persatu.

Sungguh!
Tiada kata yang mampu saya tuturkan untuk menyatakan kecintaan saya pada bumi bertuah  ini..
Tiada harta yang mampu menggantikan kenangan indah waktu zaman persekolahan. 
Tiada permata yang lebih bernilai melainkan di sinilah ilmu dan tarbiah mendidikku sehingga saya mampu berdiri seperti sekarang.

Di sinilah saya mengenal tarbiah jiwa dan akhlak, meneguk ilmu  dunia dan akhirat, merasai manisnya ikatan ukhuwwah, membentuk diri dan kepimpinan, menerima tarbiah dan belajar memberi tarbiah dan lebih penting disinilah saya telah berhijrah kepada "diri" saya yang baru..yang lebih baik dari sebelum saya menjejakkan kaki ke bumi Suzaidean ini..


Ya Allah!
Rindu sekali pada suasana pagi SMAASZA yang damai dan tenang, lantunan zikir Asmaul Husna mengiringi langkah-langkah kami ke kelas.
Rindu pada mutiara-mutiara ilmu yang diterima dari guru-guru yang hebat.
Rindu pada biah solehah yang telah membentuk jati diri dan akhlak mulia
Rindu pada ikatan ukhuwwah yang terjalin, kemanisannya masih terasa walaupun kami terpisah oleh masa dan tempat.

Terima kasih SMAASZA. Terima kasih buat guru-guruku.
Semoga SMAASZA terus maju. 
Melahirkan permata-permata ummah yang gemilang.

1 comments:

Trx said...

(^_^)

bersedia untuk cabaran seterusnya~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...