Saturday, May 21, 2011

Kunci Sebuah Kejayaan

Salam ukhuwwah..

Mutiara kata insan-insan hebat sebagai motivasi buat diriku sendiri yang dilanda kelemahan semangat. Sememangnya tiada jalan pintas dalam mencari ilmu dan dalam mendamba sebuah kejayaan. Segalanya perlukan pengorbanan dan kesabaran. Motivasi ini untuk yatie chomeyl juga..Chaiyok!


Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik 
dan yang lebih baik menjadi paling baik. 
(Larry Bielat)

Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. 
(Dr. Shukri Abdullah)

Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda. 
(Ron Jenson)

Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat 
mengaku kalah dan mudah putus asa. 
(Lewis Timberlane)

Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan. 
(Henry Truman)

Secara semulajadi semua manusia itu sama, 
tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza.
(Bidalan Cina)

Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesikannya adalah lebih hebat! (H.W Longfellow)

Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja 
kemudian akan senang seumur hidup. 
(Ibnu Yusuf)

Ya ALLAH..permudahkanlah urusan kami..

5 comments:

yatie chomeyl said...

terima kasih utk kata2 ini..dan terima kasih kerana memahami jerit perih ini :)

ibuaiman said...

Salam Ummuammar,
Saya pun bakal menjadi student kembali mulai September nanti, bekerja sambil belajar...:)..Semoga kita sama-sama diberikan kekuatan dan kecemerlangan oleh Allah...pesan seorang Prof, jangan lupa buat sembahyang tahajud...:)

Ummu Ammar said...

yatie..

Sangat memahaminya. Semoga kita dipermudahkan Allah setiap urusan dan sama-sama berjaya menempuh perjuangan menuntut ilmu ini.

Ummu Ammar said...

ibuaiman,

Puan Doktor..

Sangat teruja dengan khabar ini. Saya bangga bila specialist Islam dalam profesyen hebat seperti ibuaiman melakukan anjakan pradigma untuk memajukan diri demi bangsa dan agama. Islam boleh!

Sama-sama kita berjuang! UA pun akan meneruskan sem 4 September ini.

ummu said...

salam U.A
selamat berjuang buat semua sahabat blog yg berada di arena ilmu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...