Ujian dan cabaran sesuatu yang normal kita hadapi dalam kehidupan seharian.Betul
lah kata orang, kadangkala kita rasa ujian yang Tuhan berikan pada kita sudah
terlalu berat, rupanya ada lagi ujian yang lebih berat diturunkan kepada hambaNya
yang lain.
Contohnya, setiap hari paparan kehidupan insan yang berdepan dugaan hebat kita tatap dalam dada-dada akhbar. Antara yang amat menyayat hati, seorang bapa , Samsuri Maulana, 46, yang kehilangan empat orang anak sekali gus di hadapan matanya sendiri termasuk sepasang kembar di tali air di ladang kelapa sawit di Kota Shahbandar, Rompin pada pukul 1.30 petang 7 Disember yang lepas. Empat anak Samsuri yang mati lemas ialah anak kembarnya yang berusia 15 tahun, Mohd. Shukri dan Syafiqah, Mohd. Syafik, 12, serta Nursyakirah, 7.
Contohnya, setiap hari paparan kehidupan insan yang berdepan dugaan hebat kita tatap dalam dada-dada akhbar. Antara yang amat menyayat hati, seorang bapa , Samsuri Maulana, 46, yang kehilangan empat orang anak sekali gus di hadapan matanya sendiri termasuk sepasang kembar di tali air di ladang kelapa sawit di Kota Shahbandar, Rompin pada pukul 1.30 petang 7 Disember yang lepas. Empat anak Samsuri yang mati lemas ialah anak kembarnya yang berusia 15 tahun, Mohd. Shukri dan Syafiqah, Mohd. Syafik, 12, serta Nursyakirah, 7.
Beberapa hari lepas juga, tragedi pengantin baru, Allahyarham Mohd Ariff Abdul Kadir maut bersama kedua ibubapa dan seorang rakan selepas hanya 3 jam bergelar suami. Saya tidak mengenali isteri Allahyarham, Teh Afifah Syahirah, tapi sebagai seorang perempuan tersentuh jiwa saya dengan ujian yang menimpa Teh Afifah. Bak kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..
Dari kelembutan wajahnya, Teh Afifah punya jiwa yang kuat. Catatan Teh dalam laman friendsternya : Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempunakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami…[18:10] sudah mengambarkan sedemikian. Justeru, Mampukah saya setabah dia apabila berdepan dugaan sedemikian?
Pernahkah anda semua berdepan ujian yang dahsyat seperti En Samsuri mahupun Teh Afiffah?
Semua yang bergelar insan pastinya telah, pernah, dan akan berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian, cabaran, masalah, kesulitan, atau kegagalan. Itulah hakikat insan yang hidupnya pasti berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran. Bahkan Allah SWT sendiri menjelaskan hal ini melalui firmanNya dalam AlQuran:
“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
Dan dalam ayat yang lain Allah menerangkan:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?”
Setiap insan akan diuji dengan ujian dan cabaran yang berbeza. Bentuk-bentuk ujian ni ada macam-macam :
1. Ada yang diuji dengan
kegagalan, kemiskinan, sakit, penindasan dan kehilangan, masalah
2.
Ada yang diuji
dengan kebaikan, kekayaan, kejayaan dan lain-lain
3. Ada juga yang diuji dengan kesalahan, dosa-dosa, dan
sebagainya.
4. Ada ujian bagi orang perseorangan
5. Ada ujian ke atas kumpulan, masyarakat, negara atau
jemaah
Bagaimana seharusnya apabila kita berdepan dengan ujian dan dugaan dari Allah SWT?
Redha dengan ketentuan dan takdir dari Allah SWT
Allah SWT tidak pernah
bersikap zalim terhadap hamba Nya. Bahkan Dia Maha Adil
dalam segala sesuatu. Sebaliknya manusialah yang mempunyai sifat gopoh. Mereka
selalu menghadapi Qadha’ Allah dengan rasa kesal dan tidak reda, lebih-lebih
lagi kalau yang menimpanya itu sesuatu yang pahit. Dia mengira kalau dia
mendapat kesenangan itu membuktikan bahawa Allah reda kepadanya. Sebagaimana
dia mengira bahawa Allah benci kepadanya jika ia mendapat bencana.Inilah
gambaran akal manusia yang sangat terbatas.
Sedangkan Allah menafikan sekeras kerasnya anggapan yang salah dan keliru tersebut di dalam firman-Nya:
“Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberikan-Nya kesenangan, maka dia berkata: Tuhanku telah memuliakanku. Adapun apabila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: Tuhanku menghinakanku. Sekali-kali tidak (demikian).
Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk menuntut kita untuk menjadi yang lebih baik.
Rasulullah
SAW menjelaskan:
“Sungguh mengkagumkan keadaan seorang mukmin, keadaan mereka sentiasa dalam kebaikan. Tidak terjadi hal yang demikian itu melainkan bagi seorang mukmin. Jika mendapat kesenangan ia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan. Dan jika ia tertimpa kesusahania bersabar dan itu juga merupakan kebaikan baginya”.
Sentiasa memohon pertolongan Allah dalam segenap hal dan bertawakal kepada Allah.
Dari Abdullah Bin Mas”ud RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa
yang selalu ditimpa kesedihan/kegundahan maka hendaklah dia membaca: “Ya
Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, dan anak abdi-Mu, dan anak-anak-Mu,
dan (berada) didalam genggaman-mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, dan berlaku keatas
(diri) ku hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepadaMu dengan
semua nama milik-Mu, (samada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang
Engkau turunkan dia di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di
alam ghaib disisi-Mu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur
hatiku, dan sebagai penawar kesedihanku dan kedukaanku”.
Tidak seorang hambapun yang membaca doa tersebut melainkan Allah hilangkan kedukaannya dan diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan.
Dan
dalam firman Allah menjelaskan:
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau
(Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku
menjawab seruan sesiapa yang berdo`a kepadaKu apabila dia berdo`a. Maka
hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu
mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”.
Bersabar dan Bersikap pro aktif serta tidak reaktif apabila menghadapi cabaran dan ujian.
Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan tersebut dan bukannya dengan bereaksi dengan emosi dan hawa nafsu. Ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Sabda Nabi s.a.w kepada
Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil: Maksudnya:
Wahai anak kecil!
Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah
(jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya)
nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila
engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan
minta tolonglah daripada Allah.
Amat pasti, manusia adalah milik Allah, dan setiap inci tubuhnya berada dalam genggamanNya. Namun kenyataan bahwa segala sesuatu itu pasti kembali kepada pemiliknya, Allah swt, jarang sekali untuk dihayati dan bersedia.
Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan
sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan
berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang
yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Innaa lillahi wa innaa
ilaihi raaji'uun". (QS. 2:155-156)
Insya Allah, dengan membiasakan meresapi hikmat kalimat Inna lillahi wainna ilahi roji’un ini, kita menjadi lapang dada dalam menghadapi setiap peristiwa, seburuk apapun, yang sudah menjadi takdir kita. Semakin dalam seseorang menghayati zikir ini semakin ringan dia menghadapi kehidupan yang berat ini, tanpa harus berdepan dengan stres mahupun putus asa.
28 comments:
salam...ukhwah,
sangat sedih..dan beratnya ujian yang allah bagi pada Puan Teh.
semoga dia tabah dan banyakkan sabar menempuhi ujian ini.
alfatihah..
salam ummu ammar.....ujian yg Allah bg adalah utk menguatkn lg iman kita krn sesungguhnya hanya Allah yg maha mengetahui :)
Salam... time dpt berita n baca peper rasa di hati sebak x terkata...ujian pada habanya..pada Pn. Teh tabah dgn dugaan ini..kita doakan yg tiada itu di tempatkan dlm golongan org2 yg beriman Al Fatihah Amin
salam.suka entry ni..utk saling ingat mengingati....thanks
Salam Ummu Ammar..
Kadang2 kita sering mengeluh apabila ditimpa musibah, kadang2 kita lupa bahawa Allah memberi ujian kerana Dia masih menyayangi kita.. moga setiap ujian yang menimpa membuatkan kita lebih tabah dan perbetulkan kesilapan diri.... aminnnn
Allahyarham Mohd Ariff Abdul Kadir sepatutnya lapor diri pada 16hb 12 nih di UiTM arau sebagai pensyarah muda.....Allah lebih menyayanginya....semoga roh mereka dicucuri rahmat olehnya...
mmg kesian btul kan akak yg pengantin baru tu...tiap kali tgk gmbr inai di jari dia, rasa sebak sgt2 mengenangkan nasib dia
Sebak bila baca kisah2 duka dan dugaan maha hebat utk org2 terpilih ni..Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kan.. Masyallah..
mmg sedih dgr berita tu tp setiap dpd kita tak terlps dpd ujianNya, kan kak? bentuk ujian je yg berbeza. tp lebih ramai org yg gagal bila diuji dgn kesenangan & kemewahan. mdh2an kita dpt melepasi semua ujianNya dgn baik..
Salam.. Memang berat ujian kehilangan orang tersayang.. K.Tie pernah mengalami arwah ayah pergi buat selamanya.. Kini sudah 10 tahun pemergiannya..Memang perit menerimanya, tapi ketabahan dan kesabaran menerima hakikat perlu disemat didada.. Kini hanya doa diiring buat arwah
anaklaut..
Kita sama2 doakan agar Allah kurniakan ketenangan dan kekuatan buat Teh Afifah..
Ibuhani..
Memang betul..justeru kita kena redha wpun berat ujian tsebut krn semua itu aturan Allah yg terselit hikmah tersendiri..
Sheila..
Memang mengharukan..menitis airmata saya masa tgk kt buletin utama ari tu..moga mrk ditempatkan dikalangan org yg beriman..
nadia..
Santapan rohani buat semua..Moga sama2 dpt mengambil manfaat...
Nida..
Memang betul..kita lebih byk mengeluh & merungut apabila ditimpa ujian dari bsikap redha dan mengambil iktibar..
Alimaz..
Belum sempat berbakti tp Allah lebih menyayanginya..
Yatie..
Memang sedih sgt tgk dia..tp akak rasa dia agak tenang menerima musibah ni..kita doakan moga dia tabah dan dpt menempuh kehidupan spt biasa..
mamalieyna..
Ujian paling besar ialah ujian kesenangan, kekayaan dan kejayaan krn kdg2 manusia lupa bsyukur dan lupa siapa dirinya disisi Tuhan Yang Esa..
Nadiah...
Sentiasa muhasabah diri, menyempurnakan ibadat dan bersikap redha & qanaah mampu mnjadi benteng apabila bhadapan ujian..
K Tie..
Kehilangan org tsyg ibarat separuh nyawa melayang..Kehilangan ibu tersayang 17Januari lalu adlh ujian plg getir saya lalui..namun sy redha dan pasrah krn yg hidup pasti akan mati jua..
salam ukhwah..
baru singgah di sini dan syukran, dapat ilmu yang bermanfaat..
apa yang kita ada bukan milik abadi. saudari Teh Afifah adalah insan terpilih.. moga dia tabah mengharungi dugaan yang ditentukan.. dan semoga roh yang terkorban dirahmati Allah..
Salam ukhuwwah buat Cik Iz's..
Ahlan wasahlan..tepat sekali coretan Cik Iz's..kepunyaan kita di dunia ini bkn hak milik kekal tp akan kembali pd Pencipta Yang Maha Esa jua..
Jika diuji dengan kebaikan, kekayaan, kejayaan dan lain-lain ...itu yg membuat manusia bertambah lupa..
salam Pah,
ujian tanda kasih sayang Allah kepada kita..sebagai mukmin kita pasti akan diuji.setiap ujian sepadan dengan keupayaan kita..sabarlah..
Chik..
Betul tu..kita merasa selesa dgn nikmat yg kita dpt sehingga menafikan kewajipan bsyukur..
Betul tu Mizah..ujian Allah pd kita adlh kerana Dia mahu kita kembali padaNya..sbb kbanyakkan manusia ni bila bahagia dia akan lalai tp bila diuji br dia akan sedar dan btaubat..
Salam..ni tak de kaitan dgn tajuk entry...macammana nak buat label cloud yea...dah puas kodek tak reti..TQ
Salam caiyang semua
Semoga yg patah tumbuh yang hilang berganti dan semoga Allah swt melimpahruahkan kesabaran, ketabahan dan rezeki mrk yg sedang diuji. Amin.
salam Ummu Ammar
dugaan mereka amat berat...
hanya allah yang maha tahu betapa remuk hati mereka.namun pasti ada hikmah kejadian ini...
Salam ummu Ammar,bolehkah saya nak ambil entry ini sebahagiannya untuk rujuan saya di posting saya nanti, khas ingin syaa tujukan buat seorang follower blog saya yang sedg dilanda musibah.
ummu..
Persilakan. Moga dapat manfaat bersama dan semoga usaha kecil kita ini mampu menyelesaikan kesukaran orang lain..
salam ummu ammar
Jazakillah hu kairan katsira.:)
Assalamualaikum...
Ummu Ammar... entah kenapa walau terlewat membaca entri 'tatkala diri diuji'... ia amat terkesan... menyedarkan diri sendiri yg kadangkala bersangka buruk padaNYA... Terima Kasih ;-)
Post a Comment