Friday, September 23, 2011

Alahai Hantu Bonceng


Salam ukhuwwah,

Biarpun saya bukan peminat filem dan cerita hantu, kebanjiran cerita hantu di kaca TV, filem dan media-media lain adalah fenomena yang menggusarkan. Minda anak-anak bangsa disempitkan dengan perkara-perkara khurafat dan  karut marut. Kononnya, mesej dan pengajaran terselit di sebalik jalan cerita yang disajikan. Percayalah, penonton terutama anak-anak lebih seronok melihat "hantu" dan mengajuk dialog-dialog tertentu daripada menilai mesej cerita yang dipaparkan.

Isu filem Hantu Bonceng yang khabarnya mengaut berjuta-juta ringgit menjengah di minda kita beberapa hari ini. Nampak macam isu remeh temeh. Remeh bagi sesetengah pihak, tapi amat besar bagi yang mereka yang menjaga kesucian agama khususnya lafaz kalimah syahadah.


Saya petik penjelasan Ustaz Azhar Idrus mengenai isu ini  dari blog ini untuk renungan dan panduan kita bersama:

Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan  'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan 'private number' untuk merujuk permasalahan ini.

"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata  'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN"
kata Zizan.

Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap
"Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.

Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus.

Ummu Ammar : Apa guna untung berjuta, kalau kesucian agama dipersendakan.
 

8 comments:

Ibuhani said...

Salam Ummu Ammar.....k.ani x tgk lg filem ni. Tp dgrnya taukeh filem ni byk dpt untung...hmmm....ntahlah org skrg ni, mungkin untung yg lebih difikirkn dr agama....cam tulah jd nya..... :(

@LeenShamsh said...

macm tulah ummu ammar..tgk filem kite cukup menggambarkan tahap minta kelas keberape..indon dah lame keluarkan movie islamik tapi kite tetap dgn hantuy-hantuan..

Hamizah said...

salam pah,
byk sgh cite hantu loni..
agaknya hantu mmg makin byk eh?
sampai menggoncang iman tu yg xtahan..

Unknown said...

salam.. saya terlintas.. bagaimana episod tersebut ini boleh lepas lembaga penapisan filem?

Ummu Ammar said...

Kak Ani..

Welcome back Kak Ani..rindu nk baca blog akak mcm dulu2..

Betul tu Kak Ani, kalau nk kejar keuntungan sekalipun..bab2 agama ni kena ambil berat dan tanya pihak2 yg lbh tau..

Ummu Ammar said...

Ummu Muhammad..

Betul tu. UA setuju. Ternanti2 filem islamik yg mampu memberi tauladan pd masyarakat. Sebenarnya kita banyak karya2 dan novel Islamik yg boleh diangkat sbg filem.

Ummu Ammar said...

Mizah..

Tu la..bila banyak cerita hantu..ramai pulak yg naik hantu ~ perangai & akhlak mcm hantu..

Ummu Ammar said...

mrs-plain june..

Bhagian yg meluluskan babak tu pun kata takde apa2 masalah..entahla..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...