Monday, October 31, 2011

Keajaiban Sujud Dalam Solat

5 comments

Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.
  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia.
  4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  7. Meringankan bahagian pelvis.
  8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
  10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
  12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
  13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
  15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang
Dipetik dari harian-metro-online.com
 

Tentang Inner

4 comments

Sunday, October 23, 2011

Sayangi Surimu

2 comments


Love her …when she sips on your coffee or tea.... She only wants to make sure it tastes just right for you.
Love her…when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).
Love her…when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own.
Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.
Love her…when her cooking is bad. She tries.
Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.
Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.
Love her…when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.
Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.
Love her…when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change. 
Love her…when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay
Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)

Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass
Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway
Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.
Love her…when she argues. She only wants to make things right for both
Love her…she is yours. You don't need any other special reason!!!!

All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.

The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:
• Treat the women well.
• The best of you are those who are the best in the treatment of their wives.


Thursday, October 20, 2011

Nota Hati Ummi Di Hari Lahirmu Yang ke 7

7 comments

Allah berfirman :
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” QS. 31:13

Tiada kata seindah doa dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia kehidupan. Pada anaknya Lukmanul Hakim memberi nasihat, yang sarat makna dan rahsia kehidupan, semoga dijadi kan pegangan dan pedoman oleh anaknya. 



Ummi titipkan kembali pesanan berguna Luqmanul Hakim buatmu permata jiwa, Afiq sempena ulangtahun kelahiranmu yang ke 7 hari ini. Bersama harapan dan doa agar ia menjadi panduanmu kelak. Moga dirimu dewasa dalam dakapan keredhaan dan perlindungan-Nya sentiasa. Sanah Helwah ya bunayya. Kullu sanah waanta toyyib.

Wahai Anakku yang ku sayangi…
Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.

Wahai anakku yang ku sayangi…
Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.

Wahai anakku yang ku sayangi…
Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.

Wahai anakku yang ku sayangi…
Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.

Wahai anakku yang ku sayangi…
Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT

Wahai anakku yang ku sayangi…
Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan.

Wednesday, October 19, 2011

Rabu Tanpa Kata

0 comments

Wah, tingginya! ~ Afiq
Langkawi Cable Car, 15 Oktober 2011.

Monday, October 17, 2011

Who Are We To Say Wait?

5 comments

Saya petik :

“Moreover, we have a beautiful way whereby any civil proceedings which are against Syarak would be adapted according to the Syarak besides bearing in mind that not all civil proceedings are contrary to Syarak. May be, this is rarely found elsewhere. And if it is true, then it is unique to Brunei,” His Majesty said.

“Law is a knowledge and system, which is unique, very beautiful and certainly preferred when understood. If it’s not understood, it would be hated. This is the rational behind the laws of Allah the Almighty.

“But since people do not want to understand it, the law is seen as bad and frightening. Praise to Allah the Almighty, we are guided by Him to see clearly the beauty of the law.

“What else is there to wait for? We already have a magnificent court building, many experts have been produced and that the nation has achieved its independence. What else?” asked His Majesty.


Tahniah Brunei! Malaysia, bila lagi? 

Sunday, October 16, 2011

Bila Upin & Ipin Berbahasa Arab

0 comments

Sebagai guru Bahasa Arab, saya menyokong usaha mewujudkan 
versi Upin dan Ipin dalam bahasa Arab. 
Kanak-kanan mudah meniru, saya harap mereka mula bertutur bahasa Arab bermula dari istilah-istilah mudah. Yang dewasa pun apa salahnya. Jom, budayakan bahasa Al Quran, bahasa syurga!

 
Link video : http://youtu.be/RC9IVT4mxEw

"Pelajarilah bahasa Arab kerana ia merupakan sebahagian dari agamamu"
~ Kata-kata Saidina Umar Al Khattab ~

Wednesday, October 12, 2011

Mahu Cantik?

7 comments
Gambar sekadar hiasan

  1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu'. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.
  2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan do’a.
  3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahumma Kama Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).
  4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
  5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS iaitu selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
  6. Untuk mengindahkan peribadi, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan  dikenali dan disayangi.

Sumber : Internet

Monday, October 10, 2011

Relaks Sekejap!

6 comments
 The Story Of The Old Italian Gardener



An old Italian gentleman lived alone in New  Jersey.  He wanted to plant his annual tomato garden, but it was very difficult work, as the ground was hard.  His only son, Vincent, who used to help him, was in prison. The old man wrote a letter to his son and described his predicament:

 Dear Vincent,  I am feeling pretty sad because it looks like I won’t be able to plant my tomato garden this year. I’m just getting too old to be digging up a garden plot. I know if you were here my troubles would be over. I know you would be happy to dig the plot for me, like in the old days.  Love,  Papa   

A few days later he received a letter from his son. 
Dear Papa,   Don’t dig up that garden. That’ s where the bodies are buried.  
Love,  Vinnie

At 4 a.m. The next morning, FBI agents and local police arrived and dug up the entire area without finding any bodies. They apologized to the old man and left.  That same day the old man received another letter from his son.   

Dear Papa,  Go ahead and plant the tomatoes now.  That’s the best I could do under the circumstances.  Love you, Vinnie

Sumber : Internet

Saturday, October 08, 2011

Solat Itu Nur

8 comments

Jumaat lepas, usai kelas Prof Malek, saya dan rakan mengadakan group discussion. Sesudah itu, oleh kerana waktu Zohor sudah hampir, saya minta ditumpangkan ke Mydin Mall dan meminta suami saya mengambil saya di situ selepas solat Jumaat.  Hanya itu laluan sahabat saya dan lokasi Mydin Mall lebih dekat dan memudahkan suami menjemput saya.

Sekitar jam 1.00 tgh, suasana di dalam Mydin Mall seperti selalunya masih meriah. Acara berjual beli rancak berjalan. Pelanggan masih ramai terutamanya lelaki. Saya yakin berapa kerat sangatlah insan berstatus musafir di situ. Semuanya wajah-wajah lelaki tempatan yang tiada tanda mereka kisah tentang waktu mereka sepatutnya menunaikan kewajipan solat Jumaat. Yang sedihnya, anak-anak dan isteri turut sama beriringan.

Mungkin mereka lupa bahawa itu adalah hari Jumaat?  Lupakah mereka firman Allah subhanahua ta'ala di dalam surah Al-Jumaat ayat 9 yang bermaksud : 

 "Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu)''.

Saya mengambil keputusan menunggu di luar sahaja kerana tidak sanggup melihat situasi berkenaan. Hati merasa sedih dengan umat Islam akhir zaman yang memandang ringan pada ibadat solat. 


Solat. Ibadat yang diringan-ringankan tapi paling berat timbangannya di akhirat kelak. Amalan yang mula-mula sekali ditimbang di Padang Mahsyar ialah solat. 

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)


Semoga sama-sama kita menjaga kesempurnaan solat fardhu dari aspek waktu, bacaan dan amalannya. Ingatlah, solat itu cahaya. Cahaya kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Saturday, October 01, 2011

Berteleku Di Syahbandar

5 comments
Sebelum
Selepas

Cerita ribut melanda pesisir pantai Kuala Terengganu 27 Sept lepas mungkin sudah basi untuk dipaparkan. Ribut sebentar (dikhabarkan selama 5 minit sahaja) meranapkan beberapa monumen kebanggaan di Dataran Syahbandar Kuala Terengganu. Pintu gerbang dataran pun tumbang dan runtuh sekelip mata.

Saya anggap ini adalah peringatan dari Allah buat kelalaian hamba-hambaNya. Renungi firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang yang beriman." (Surah al-Jaathiyah, ayat 3).
 
Sejak beberapa tahun ini, Dataran Syahbandar memang membangun. Indah terhias. Lengkap segala kemudahan. Pelbagai program dilaksanakan di sini. Satu persatu program hiburan dibawa masuk. Konsert dan pesta nyayian bukan lagi asing di tanah yang dulunya aman dan tenang. Pergaulan bebas, pendedahan aurat, pengabaian ibadat fardhu ~ bukankah ini semua bentuk pengorbanan yang harus ditelan apabila budaya hiburan diagungkan.

Semoga kita semua berteleku dan bermuhasabah. Bencana dan bala pasti ada rahsia di sisiNya. Tanda kasih sayang Allah supaya hambaNya berfikir dan berubah sebelum terlambat.

Jeti Syahbandar yang runtuh

 Firman Allah yang bermaksud: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).." (Surah ar-Ruum, ayat 41).
 
 

Reka & Bentuk

4 comments

Salam ukhuwwah,

Nampaknya kesibukan kembali melanda. Beberapa hari yang memenatkan. Tidur yang tidak menentu sehingga terzahir kesannya pada mata dan wajah. Blog sendiri pun sudah jarang berisi. Maaf buat semua kerana paparan yang sama anda tatapi beberapa hari ini. Semuanya kerana penangan PMR yang sudah di muka pintu dan kuliah pengajian yang semakin rancak dengan tugasan.



Khamis dan Jumaat, menghadiri kuliah Interactive Technologies, tidak terasa waktu berjalan selama 9 jam. Sungguh teruja dengan pembelajaran hands on perisian Illustrator CS4 dengan bantuan Prof Malek dan buku ini. 

Buku setebal hampir 3 inci dengan harga RM150 merupakan wadah kami semester ini. Langkah step by step dalam buku ini sangat membantu  dengan practical experience dalam mempelajari selok belok dunia reka bentuk.

Saya bersyukur dapat mempelajari ilmu reka bentuk ini secara langsung. Selain dapat digunakan untuk keperluan sendiri, semua pendedahan ini sangat membantu  kreativiti seorang guru dalam menghasilkan bahan pengajaran yang menarik untuk memancing minat pelajar. 

Jika anda juga berminat, carilah buku ini di mana-mana kedai buku. Sangat mudah untuk diikuti dengan panduan grafik yang menarik dan step by step tutorials.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...