Hujung minggu lepas, saya menziarahi ayah setelah beberapa minggu dihambat kesibukan. Damai singgah di hati tatkala menatap wajah dan mendengar bicaranya. Terima kasih buat kakakku yang menjaga dan melayan ayah dengan baik. Terima kasih kakak..kerana membuatkanku dan anak-anak ayah yang lain tenang dan lega apabila memikirkan keselesaan ayah dibawah jagaanmu.Jazakillahi khairan khatira.
Saya pernah berbicara dengan anak-anak, kalau tiba saat saya tua seperti ayah, apakah mereka mahu menjagaku sebagaimana yang ibu saudara mereka lakukan? Mereka mengangguk mahu, meskipun saya tahu mereka masih muda untuk memahami situasi itu. Namun, harapan di hati ini tetap berbunga agar mereka mampu menjadi sandaranku kelak. Insya Allah.
Saya kongsi satu puisi dari laman youtube. Surat ayah dan ibu untuk anaknya. Sangat menyentuh hati.
Anakku ...ketika aku semakin tua,
Aku berharap kamu memahami,dan memiliki kesabaran untukku Saat ketika aku memecahkan piring, atau menumpahkan sup di atas meja Lantaran penglihatanku yang kian pudar, aku berharap kamu tidak memarahiku Ketahuilah orang tua sepertiku sensitif jiwanya, selalu merasa bersalah jika kamu membentak
Ketika pendengaranku semakin hilang
Dan aku tidak bisa mendengar apa yang kamu
katakan Aku berharap kamu tidak memanggilku TULI. Mohon diulangi apa yang kamu katakan atau tuliskan
untukku Maaf, anakku . . aku semakin tua
Ketika lututku mulai lemah, aku berharap kau miliki kesabaran
Untuk membantuku
berdiri, sebagaimana aku selalu membantumu,
Sewaktu kamu masih kecil dan bertatih
Aku mohon jangan pernah bosan denganku, ketika aku terus mengulangi apa yang aku katakan
umpama kaset yang rosak, Aku berharap kamu terus mendengar bicaraku Jangan sesekali mengejekku atau bosan tuk mendengarkan
suaraku ... Apakah kamu ingat waktu kamu masih kecil dan kamu
inginkan sebiji belon ??? Kamu ulangi permintaanmu berulang-ulang kali, sehingga kamu dapat apa yang kamu inginkan
Maafkan juga bauku ..bau insan yang sudah tua Aku mohon jangan memaksaku untuk mandi..tubuhku
lemah sekali Orang tua sepertiku mudah sakit kerana alah pada
kedinginan Aku jua berharap aku tidak jijik di matamu Apakah kamu ingat ketika kamu masih kecil ??? Aku selalu mengejarmu kerana kamu enggan mandi, Anakku, aku menagih kesabaranmu terhadapku ...
Aku harap kamu bersabar ketika aku selalu lemah ...lantaran fitrah seorang
tua .. Kamu akan pasti mengerti jika kamu melaluinya
kelak
Jika kamu memiliki waktu luang, aku berharap kita
bisa berbicara Walau hanya beberapa minit Kerana aku kesunyian sepanjang waktuku, tiada teman untuk berbicara, Aku tahu kesibukanmu dengan kerjaya Jika kamu tidak berminat dengan bicaraku sekalipun
Aku mohon luangkan waktumu bersamaku ... Apakah kamu ingat waktu kamu masih kecil ... Aku selalu mendengar apapun bicaramu, tentang segala
alat mainanmu ...
Maaf, ketika saatnya tiba ...saat aku hanya terbaring
kesakitan Ketika aku tidak mampu mengurus diriku Aku berharap kamu memiliki kesabaran untuk menjagaku.. Untuk saat-saat terakhir dalam hidupku
Aku mungkin tidak akan hidup lebih lama ... Ketika kematian menjemputku, aku berharap kamu selalu bersamaku,
Dan memberikan kekuatan untukku menghadapinya
Dan jangan kamu bimbang wahai anakku ... Pada Sang Pencipta ...aku akan memohon
Kepada-Nya .. Agar sentiasa memberkatimu
Kami menyayangimu, Terima kasih atas segala perhatianmu
... Kami selalu mencintaimu sepenuh kasih sayang
yang mendalam
Salam. Buat Kak Ummu Amar, saya mohon izin kongsi entri di blog. Saya akan kredit dan linkkan ke blog. Terima kasih banyak kerana berkongsi.. Menitik air mata bila melihat video ini.
assalamualaikum kak UA subhanallah,dekatnya di hati sentuhan nurani akak kebetulan ibu saya baru jalani pembedahan dan dia amsih tak berdaya adik lelaki saya yang menjaganya seperti mana Nur, saya mohon izinkan link ke blog saya entry ini ya kak UA.
Saya ingin link ke blog pendidikan saya,inshaallah nanti saya tinggalkan di blog akak ya
yatie, Ya, betul tu. Mungkin itu juga luahan kita utk anak-anak suatu hari nanti..sebelum masanya tiba, kita harus menunaikannya utk org tua kita jika mereka msh hidup.
ummu, Semoga ibumu sejahtera dan sembuh secepat mungkin.hargai dan jagailah dia dengan baik kerana itu akan menentukan kebahagiaan jiwa kita jika dia meninggalkan kita kelak.
Salam. Kak Ummu Ammar, Terima kasih banyak kak atas kesudian akak berkongsi. Nur dah linkkan entri akak ni dan kreditkan nama blog ni. Salam perkenalan dari JB.
13 comments:
Salam. Buat Kak Ummu Amar, saya mohon izin kongsi entri di blog. Saya akan kredit dan linkkan ke blog. Terima kasih banyak kerana berkongsi.. Menitik air mata bila melihat video ini.
sedihnya puisi tu, tapi itulah sememangnya luahan ikhlas seorg ibu/ayah di usia tua mereka kan kak
assalamualaikum kak UA
subhanallah,dekatnya di hati
sentuhan nurani akak
kebetulan ibu saya baru jalani pembedahan dan dia amsih tak berdaya
adik lelaki saya yang menjaganya
seperti mana Nur, saya mohon izinkan link ke blog saya entry ini ya kak UA.
Saya ingin link ke blog pendidikan saya,inshaallah nanti saya tinggalkan di blog akak ya
nur,
Silakan berkongsi. Semoga mampu memberi manfaat dan peringatan buat yang lain juga.
yatie,
Ya, betul tu. Mungkin itu juga luahan kita utk anak-anak suatu hari nanti..sebelum masanya tiba, kita harus menunaikannya utk org tua kita jika mereka msh hidup.
ummu,
Semoga ibumu sejahtera dan sembuh secepat mungkin.hargai dan jagailah dia dengan baik kerana itu akan menentukan kebahagiaan jiwa kita jika dia meninggalkan kita kelak.
Silakan berkongsi untuk manfaat org lain juga.
Salam. Kak Ummu Ammar, Terima kasih banyak kak atas kesudian akak berkongsi. Nur dah linkkan entri akak ni dan kreditkan nama blog ni. Salam perkenalan dari JB.
entri memg terbaik...penyusunan ayat memang bergelora.....tapi orgnya macam mana ya?
Nur,
Syukran jazilan. Salam perkenalan dari UA juga. :)
neph,
Orangnya memanglah baik. Keturunan baik2...hehehe.. UA rasa neph cukup arif tentang family UA...ye dok?
xtau la pula.... tidak diberitahu.hanya tahu sebagai hubungan kekeluargaan sahaja.... :-)
Ntah...ambe jika rayer haji rayer kuala bekah....melih lembu jew n g kubur tok
acara2x lain ia datang bergolek2x
Salam ziarah kembali dan selamat hari raya aidil adha...
hazila,
TQ sebab sudi singgah blog saya dan mencatat di sini.
Post a Comment