Wednesday, November 30, 2011

Bacalah!


Salam ukhuwwah,
Wajib dimiliki. Itu pendapat saya tentang buku ini. Jika kita mampu memiliki pelbagai buku dengan harga yang mungkin lebih mahal, apa salahnya kita memiliki buku ini sebagai panduan ke arah solat yang lebih sempurna. Sangat berbaloi.
 
 
Saya petik :
 
Merupakan sebuah ENSIKLOPEDIA SOLAT yang amat sesuai dijadikan sebagai sumber rujukan di sekolah, masjid, surau, madrasah pengajian agama, institusi pengajian tinggi malahan juga amat sesuai dijadikan panduan dan kegunaan buat seisi rumah sesebuah keluarga.

Keistimewaan ensiklopedia ini adalah ;
  1. Mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek fekah, falsafah, sejarah dan saintifik.
  2. Setiap isi kandungan disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu yang amat sesuai dan bertepatan dari segi kontemporari atau semasa.
  3. Disusun dengan pendekatan mesra pembaca.
  4. Setiap kandungan disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual sebagai memudahkan kefahaman penjelasan kepada pembaca. Turut memuatkan petikan hadis yang disertai dengan matan, sanad dan nombor hadits bagi memudahkan rujukan pembaca.

Antara tokoh istimewa yang menyumbangkan tenaga dalam melengkapkan dan menyiapkan ensiklopedia ini adalah Konsultan Syariah bersama Prof. Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi bin Abdul Majid. Datuk Hj. Md. Hashim Yahaya dan Ustaz Abdul Ghani Samsudin dengan kerjasama Team Penulis, Ustaz Rohidzir Rais, Fuad Ismail dan Haji Mohammad Wahid Abd Hanif .
 
Sumber : Telaga Biru Sdn Bhd 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...