Hujan adalah rutin setiap hari di tanah kelahiranku sekarang. Kalau matahari muncul sekalipun, hujan tetap akan turun walaupun sebentar. Bila hujan turun, perut cepat lapar. Tatkala kerajinan datang bertimpa-timpa untuk memasak, layan sahajalah permintaan yang tersayang. Makaroni goreng yang dimasak ini ala kadar menggunakan apa yang ada di dapur sahaja. Banyak bahan yang kurang. Saya masak pun ala-ala mee goreng biasa. Apa-apa pun, yang penting semua makan dengan berselera sekali.
Cara-cara memasak :
- Rebus makaroni dengan sedikit minyak zaitun dan garam. Rebus sehingga lembut dan toskan.
- Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis kisaran bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar, kacau hingga sekata. Masukkan sedikit sos tomato dan sos tiram. Masukkan sedikit air.
- Masukkan daging lembu/ayam kisar dan kacau sehingga hampir masak.
- Masukkan sayur dan makaroni. Kacau hingga sekata.
- Perisakan makaroni anda secukup rasa. Angkat dan siap untuk dihidangkan.
7 comments:
SALAM,
TENGOK GAMBAR, TAK NAMPAK KURANGNYA! MENYELERAKAN !
Ringkas.. tapi nampak sungguh menyelerakan.. :D
mesti best...\
sedap nampak..i follow
luahfikiran,
Terima kasih.
Zefa,
Terima kasih. Belum cuba mana tau sedapnya...hehehe
alimaz...
Jon makan!
yanie,
Terima kasih sudi follow.
Post a Comment