Ya. Hidup ini ada masam dan manisnya. Umpama menikmati salad buah kegemaranku ini. Masam, manis, masin dan kelat, bercampur gaul rasa dari buahan yang dikunyah bagai memberitahu bahawa realiti hidup ini adalah perjuangan yang pelbagai rasa dan rencahnya.
Manusia hanya mahu sisi hidup yang manis-manis sahaja. Bila semuanya manis, pasti kealpaan membisikkan hidup ini tiada akhirnya. Mereka mengeluh bila menempuh "masamnya" dugaan dan ujian. Sedangkan itulah namanya kehidupan. Lupakah pada Kalam Ilahi dalam Al Quranul Karim :“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?”:
Hidup haruslah bermakna dengan pengabdian pada Ilahi, memberi manfaat sesama insan berbudi luhur dan berkasih sayang. Setiap detik harus dilalui dengan kesungguhan, ketabahan, tawakal dan pergantungan sepenuhnya pada Yang Maha Esa. Pasti, dihujungnya ada kelazatan dan keindahan sebuah kejayaan dan perjuangan. Nikmatilah dugaan dengan keindahan sifat sabar. Hargailah kegembiraan dengan kerendahan diri dan syukur.

"Sesiapa yang menghabiskan masanya tanpa menunaikan kewajipannya atau
tidak melaksanakan amalan fardhu atau tidak mewarisi kecemerlangan atau
tidak memperolehi kemuliaan atau tidak menyemaikan kebaikan atau tidak
menimba ilmu pengetahuan, maka sesungguhnya dia menderhaka kepada masa
hidupnya dan menzalimi diri."- Dr Yusuf al-Qardawi
~Selamat Meneruskan Kehidupan..Moga Kita Semua Di Bawah Keredhaan-Nya~
2 comments:
Salam,
Bagus sangat tazkirah ini .. Ada ayat2 yg cukup menyentuh hati LF ..dengan izin UA, LF ingin nak petik beberapa perenggan ini dalam entri LF akan datang
Teruskan perkongsian.
Dato'@LF,
Saya izinkan. Moga mampu memberi manfaat untuk insan-insan di luar sana. TQ.
Post a Comment