Tuesday, January 31, 2012

Cemburunya Masa

Wahai masa, mengapa begitu cepat berlalu. Menukar hari menjadi minggu. Minggu bertukar bulan. Sedar tak sedar, sudah di pintu Februari kini. Cemburu benar engkau wahai masa, sehinggakan meninggalkan insan seperti saya terkial-kial, terpinga-pinga ..."Subhanallah..dah Februari rupanya.."
 
 
Januari penuh kesibukan. Februari lagi menggasak dengan kesibukannya. Semester 5 yang bermula pertengahan Januari lalu, sudah terasa bahangnya. Saya sudah dihinggapi virus-virus kebimbangan, risau akan masa yang selalu cemburu sehinggakan saya tenggelam antara kerja dan pengajian.
 
Tolonglah masa..jangan cemburu.
 
Firman Allah :
[1] Demi Masa! [2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

 Al-’Asr 103: (1-3)
 

7 comments:

Nida said...

Masa berlalu begitu pantas.. sedar tak sedar kami dah pun 3 tahun di bumi peratntau..:)

Makbonda Hasimah Hj Zailani said...

Assalamualaikum.

Tidak akan datang kiamat sehingga waktu semakin berdekatan , setahun seperti sebulan, sebulan seperti sejum’at, sejum’at seperti sehari, sehari seperti sejam, dan sejam terasa hanya sekejap(Abu Hurairah

Ummu Ammar said...

Nida,
Sekejap je masa berlalu. Moga terus diberi ketabahan dan kekuatan menongkah hidup di bumi orang.

Ummu Ammar said...

makbonda,
Syukran atas peringatan. Begitulah realitinya sekarang. Terasa masa semakin hampir..bersediakah kita?

Norsalmi said...

Ye, begitu cepat masa berlalu. Terasa saat2 berada di sini terlalu singkat..

Norsalmi said...

Ye, begitu cepat masa berlalu. Terasa saat2 utk berada di sini semakin singkat..

Ad-Dien said...

masa itu amat mencemburui kita, namun Allah juga punya sifat cemburu,

jazakillah atas entri :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...