Saturday, January 07, 2012

Semurni Impian


Kisah ini adalah perkongsian pengalaman Ustazah Norhafizah Musa, pensyarah UTM yang juga merupakan pendakwah bebas dan tetamu jemputan program Tanyalah Ustazah, TV9. Setelah membacanya di sini, saya berasa perlu untuk berkongsi dengan anda semua. Sungguh menyentuh rasa dan membangkitkan keinsafan. Kadang-kadang hidayah Allah itu datang walau hanya dari impian murni seorang anak...


Suatu hari selepas saya memberikan satu pengisian di dalam slot bersama remaja, datang seorang remaja darjah 6 duduk di tepi meja saya.
“Ustazah, doakan saya supaya dapat 5A dalam UPSR.”
“InsyaAllah, UPSR 5A.”

Selepas saya berkata sedemikian, dia masih tidak berlalu pergi. Dia tetap duduk sahaja dekat dengan meja saya. Katanya lagi,
“Ustazah, ini serius tahu!”

Saya senyum sembil berkata;
“Ya, saya tahu. Memang UPSR 5A dari dahulu hingga sekarang. Atau sudah bukan 5A lagi sekarang?”
“Ustazah ini beriya-iya mahu doa, tetapi tidak pula bertanya siapa nama saya.”

Saya mula merasakan anak ini serius dengan kata-katanya. Saya bertanyakan namanya. Setelah diberitahu nama, dia berkata lagi,
“Ustazah mesti doakan saya dapat 5A ya.”
“Boleh ustazah tahu, mengapa kamu bersungguh-sungguh mahu ustazah doakan?”

Dia menyambung lagi,
“Ustazah, saya meminta untuk didoakan agar dapat 5A dalam UPSR kerana saya mahu menuntut hadiah daripada ibu saya. Ibu tidak tahu lagi, apa hadiah yang saya mahukan.”

Dalam fikiran saya, tentulah hadiah yang dimahukan seperti Basikal, PS2, video game atau yang seumpama dengannya.
“Boleh kamu kongsi dengan ustazah dahulu, hadiah apakah yang kamu mahukan daripada ibu kamu sekiranya kamu mendapat 5A?”
“Ustazah, saya harus dapat 5A. Kerana sekiranya saya dapat 5A, saya mahu tuntut hadiah daripada ibu supaya dia menutup aurat dengan sempurna, memakai tudung.”

Pada ketika itu juga, saya menadah tangan berdoa,
“Wahai Allah, Engkau mendengar luahan hati anak ini. Sekiranya dengan 5A boleh menjadi penyebab ibunya mendapat hidayah-Mu, Engkau berikanlah 5A kepada anak ini wahai Allah.” ~ Ustazah Norhafizah Musa

Semoga kita dikurniakan anak-anak yang soleh/solehah, harta berharga di dunia mahupun akhirat. Insya Allah.

6 comments:

Ibuhani said...

..bergenang airmata saya baca entry ni, ummu ammar! Smoga Allah SWT memperkenankan permintaannya.... :)))

Nida said...

Ya Allah... anak sekecil ini terlalu murni niatnya... Ya Allah moga anak ini berjaya mencapai apa yang dihajatinya... amin

Ummu Ammar said...

Kak Ani,
Insya Allah. Ketulusan hati si anak pasti akan mendapat balasan di sisi Allah.

Ummu Ammar said...

Nida,
Amin. Sama-sama kita doakan semoga impian si anak tercapai. Insya Allah

Ibu Yusuf Maryam said...

Allahu Akbar!! Semoga impian anak itu menjadi nyata. Semoga anak itu akan peroleh kejayaan di dunia juga di akhirat.. Amin

Ummu Ammar said...

Zefa,
Insya Allah. Mudah-mudahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...