Dia juga Ummu Ammar. Cuma bezanya, beliau menulis di blog peninggalan arwah anaknya, Muhammad 'Ammar Zulkifli yang meninggal dalam satu kemalangan jalan raya ketika menuntut di Mesir pada tahun 2009. Baca catatan beliau di sini.
Menatap setiap lembaran Ummu Ammar di laman blognya, jiwa saya terusik pilu lebih-lebih lagi tentang kenangan beliau bersama arwah. Klik sini. Sungguh dia insan tabah. Bukan calang-calang peribadi yang mampu menanggung dugaan maha berat ini, lebih-lebih lagi anak harapannya bukan sahaja pintar, soleh, berbudi pekerti mulia malah disenangi ramai . Namun, Allah lebih menyayangi Muhammad 'Ammar lebih dari insan-insan sekelilingnya.
Ingin berkongsi rasa dengan rakan-rakan anaknya, dia menyambung perjuangan arwah anaknya mencatat ilmu, peringatan dan mutiara kata berguna di blog Dalam Jiwa Hamba.
Silalah ke blog beliau. Belajarlah sesuatu sepertimana saya.
~Al-Fatihah dan doa untuk Allahyarham Muhammad 'Ammar bin Zulkifli~
2 comments:
Salam.
Tajuk entri Kak Lat ni bikin saya berdebar-debar. Ingatkan encik abang Kak Lat dah tambah "cawangan" satu lagi tadi ... hehehe. Sori.
:-)
Zaid Akhtar,
Amboi..amboi..dah keluar topik tu..kut2 dia tu yang duk berangan nak buka cawangan baru..:)
Post a Comment