Friday, February 03, 2012

Pada Sepinggan Nasi



"Hidup ini tumpang menumpang... di situlah lahirnya syukur kita kepada Allah. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang diusahakan oleh petani, ada ikan yang dicari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberikan sepinggan nasi kepada kita.. alangkah kerdilnya kita di bumi Allah SWT... maka siapakah kita untuk menolak agama Allah..?" -  Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Pemimpin bertaraf ulama ini memang kaya dengan ilmu dan hikmah. Kata-kata beliau tinggi dengan keindahan ilmu balaghahnya. Menyentuh keimanan dan menyuntik rasa sedar hingga menusuk dalam hati.

Pengalaman bertemu beliau masih kemas tersimpan dalam kamus hidupku. Waktu itu saya di negara orang. Ketika kunjungan beliau ke Mesir, satu program ramah mesra antara beliau dengan seluruh mahasiswi Malaysia Al Azhar telah diatur PMRAM . Bagi saya dan rakan-rakan, ia adalah peluang yang tidak mampu dilepaskan. Oleh kerana rumah berdekatan, saya pergi ke lokasi lebih awal dan dapat duduk bersila di barisan hadapan berhadapan Tuan Guru. Mendengar bicara beliau yang penuh ilmu dan hikmah di hadapan mata sendiri.

5 comments:

Dr. Norziha said...

assalamualaikum puan,

saya juga bangga dengan kerendahan dan budi pekerti TGNA, alhamdulillah namun saya belom pernah jumpa beliau walaupun di satu negeri...:-) salam dari kejauhan

Ummu Ammar said...

Hamba Allah,
Salam ukhuwwah. Syukran sudi mencatat di sini.

TGNA adalah contoh pemimpin tauladan. Bertuahlah anda di bawah pimpinannya. Insya Allah, moga dipertemukan nanti dengan beliau.

Dr. Norziha said...

assalamualaikum puan,

saya bookmark blog puan ni untuk bacaan saya setiap kali online, pastinya merindui titipan dan nasihat, terima kasih.

Ummu Ammar said...

Hamba Allah,
Syukran atas sokongan. Begitu besar makna pada saya. Moga catatan di blog tidak seberapa ini mampu sama-sama kita menyuburkan rasa kehambaan pada pemilik segala kebahagiaan ~ Allah SWT

Sila tinggalkan link utk bloglist UA. Tq :)

Dr. Norziha said...

Assalamualaikum puan,

maaf baru teringat saya tinggalkan komen di sini (selalu baca sahaja), maksud puan, blog saya ke ? Kalo merujuk kepadanya, saya menulis untuk simpan dokumen dan apa yang saya tengah teroka (++ phd, meeting supervisor etc) saje. Saya tidak arif dalam berblog. Tapi suka mencari sesuatu yang bermanfaat untuk dibaca.

wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...