Saturday, March 13, 2010

Terima Kasih : Lafaz Yang Sukar Diucapkan!

Salam mesra buat semua yang sudi membaca coretanku..

Cuti pertengahan penggal persekolahan sudah bermula. Nampaknya hujan membuka tirai cuti kami kali ini. Sudah 3 hari nikmat Allah ini mencurah-curah membasahi bumi yang seketika kontang sebelum ini. Syukur! Nyaman sekali rasa tenang yang bertamu di hati pabila hujan turun. Bunyinya yang mengasyikkan dan bau hujan yang sudah dirindui sekian lama. Syukur atas nikmatMu ya Allah..

Belum merancang ke mana-mana. Selain terlibat dengan kelas tambahan, ada beberapa tugasan yang perlu saya siapkan. Suami pula bergelumang dengan skrip jawapan pelajar yang menimbun tu. Nampaknya cuti kali ni, turut dimeriahkan dengan kerja...kerja..dan kerja.. Anak-anak pula menuntut janji pergi ke Zoo Kemaman. Mungkin itulah destinasi kali ini. Sebabnya..dah penat mendengar pujuk rayu dan ungkitan mulut-mulut comel ini..

Khamis yang lepas, keputusan SPM meninggalkan sejuta kenangan pahit manis dalam kehidupan pelajar-pelajar dan guru-guru yang terlibat dengan peperiksaan ini pada tahun 2009. Ada suka, ada duka, ada tawa, ada sendu, ada bangga, ada kecewa dan macam-macam rasa yang tercalit di kanvas hati masing-masing. 

Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah buat pelajar-pelajar SPM 2009 di sekolahku yang mendapat keputusan yang cemerlang khususnya buat kebanggaan sekolah kami - Nik Nur Eva yang mendapat 10A 1B. Jua, buat bekas-bekas pelajarku di SMKAS , Segamat dan teman-teman guru kerana mendapat keputusan SPM yang membanggakan..

Sebagai seorang guru, pengalaman menunggu keputusan peperiksaan sangat mendebarkan. Macam-macam persoalan bermain di sudut rasa. Tertunaikah tanggungjawab mendidik dan mengajar mereka? Berbaloikah penat lelah dalam usaha memastikan pelajar mendapat kejayaan yang diimpikan.?


Sedarkah pelajar, apabila mereka berjaya dan mendapat kejayaan yang cemerlang, guru turut menangis kegembiraan, walaupun mungkin tidak dizahirkan.. Penat lelah dan usaha keras akhirnya membuahkan hasil. Dicanang sana sini kejayaan anak murid tercinta. Puas! Satu perasaan yang sangat sukar untuk diluahkan..

Guru tidak minta dipuji. Tidak juga minta hadiah pelbagai. Cukup satu ungkapan yang sangat membahagiakan. Terima Kasih Cikgu! Realitinya, ucapan keramat ini bukan lagi menjadi keutamaan apabila menerima keputusan dan menempa kejayaan kecuali pada segelintir pelajar yang betul-betul memahami adabnya sebagai seorang pelajar.

Buat yang bergelar pelajar, nyatakan penghargaan kalian..cukup dengan ucapan terima kasih buat guru anda, kerana ia sudah cukup bermakna..

11 comments:

Chik Na said...

kita selalu terlupa part of kejayaan yg dicapai dlm hidup bermula dengan hasil didikan para guru..terima kasih cikgu...

Ibuhani said...

kak ani pun pernah buat N3 pasal guru yg kdg2 ibubapa jugak lupa peranan guru dlm kehidupan anak2.....keberkatan/restu guru penting dlm penerimaan ilmu oleh anak2......jasa mu guru, dikenang sepjg hayat. Bangga sbb dua anakku yg juga bakal guru :)

fa10 said...

Cikgu yang kekal diingatan ialah cikgu2 semasa sekolah rendah, cikgu sekolah menengah ingat setengah2 je, cikgu universiti pun ingat sesetengah je.... sedih kan? ape2 pun jasamu dikenang

Nida said...

Salam Kak Ummu..

Inilah nasib guru, bila pelajar dapat keputusan cemerlang, ibubapa pandai mendidik, kelas tuisyen pandai mengajar... guru?????

Cukuplah dengan perktaan "terima kasih:.. ianya sudah cukup buat seorang guru rasa dihargai..

Ummu Ammar said...

Chik Na..

Betul tu..kebanyakkan pelajar2 zaman skrg tak pandang sangat guru2 ni..tp ada jugak yg menghargai..

Kak Ani..

Setuju sgt..tp ada gak parents yg bekerja sbg guru tidak menghormati peranan guru anak2 mrk..lbh utamakan cerita anak dr selidik cerita yg betul

Huda dan Fara bakal guru ke? Hmmm..mmg darah "pendidik" yg mengalir dlm diri anak2 Kak Ani ni..

Ummu Ammar said...

fa10..

Guru2 yg kekal diingatan pelajar2 ialah guru2 yg memang memberi makna tertentu dalam hidup mereka..Kita? Isshh..Segan plak rasanya...

Ummu Ammar said...

Nida..

Setuju sangat..lps result keluar..kdg2 cikgu2 ni macam tunggul kayu jer..macam tak nampak dah bila dpt result gempak..

Pengalaman akak..Peristiwa ni berlaku kt guru2 PMR lps result PMR ..cikgu2 terasa la ble pljr2 langsung xde ucap TQ wpun pljr2 cemerlang..bila kaunselor 'basuh' diaorg..ada yg menangis dtg ucap maaf dan terima kasih..

Sbnrnya bukanlah nak sgt ucapan tu..tp sekurang2nya hilanglah penat lelah selama ni..kan?

deena farhana said...

salam...

guru adalah insan termulia..tiada kejayaan tanpa tunjuk ajar seorang guru..

dlm islam pun ada ckp ttg martabat guru..jadi, terpulang pd kita nak kenang jasa guru atau tak...

kak UA guru ye? :)

Ummu Ammar said...

deena..

Akak setuju ngan coretan Deena..

Ya, akak mmg seorg guru..dan coretan ini atas dasar pengalaman utk dikongsi bersama..

ibuaiman said...

salam ummuammar...
saya pun baru balik kemaman cuti sekolah ni...tengok rumput-rumput banyak yang kering, dah lama tak hujan.tetapi macam biasa, suami dan anak-anak saya enjoy mandi pantai kat chendor..ummuammar dah bawak family pergi zoo kemaman?saya belum lagi sampai.tak sangka dah ada zoo kat kemaman sekarang..masa saya kecik2 dulu belum ada zoo ni...:)

Ummu Ammar said...

ibuaiman..

Bestnya dpt blk kg kan..Kemaman adlh destinasi pilihan, tp belum bkesempatan ke sana termasuk la ke Mini Zoo..ada saje halangan dan urusan yg mendtg..Insya Allah, mgkin di lain waktu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...