Saturday, February 06, 2010

Menjadi Personaliti Yang Disenangi

Salam mawaddah buat semua..

Dalam kehidupan ini, kita akan bertemu dan berhadapan dengan ramai orang  setiap hari terutamanya bagi yang berkecimpung dalam bidang kerjaya yang memerlukan  situasi sedemikian. Sebagai seorang manusia, kita tidak sunyi dari kelemahan mahupun kesilapan..Tapi bagi saya, belajarlah untuk menghargai dan menghayati perasaan dan nilai diri orang lain sebagaimana kita mahu diri kita dihargai dan dihormati...ini bukannya entry melepas perasaan yer..cuma peringatan bersama..

Tips menjadi seorang yang disukai oleh orang ramai. Ini saya baca di blog Dr Inspirasi. Menurut beliau tips ini, daripada Dale Carnegie’s yang merupakan motivator ulung pada zamannya.  

  1. Jangan mengkritik atau merungut. Tidak semua orang suka dikritik. Hakikatnya, walaupun idea yang diberi itu salah, manusia tetap tidak suka dikritik. Kritikan bagi manusia seumpanya mendedahkan kelemahannya lagi. Oleh itu, belajarlah untuk menolak secara halus. 
  2. Senyum. Senyum adalah komunikasi bukan verbal yang penting. Ianya menghantar isyarat selamat kepada orang disekeliling. Ianya seolah-olah memberi signal atau isyarat kepada orang ramai tanpa sedar bahawa anda seorang yang boleh dihubung.
  3. Buatkan mereka rasa penting. Lakukan perkara itu dengan jujur. Setiap orang inginkan perasaan dihargai. Mereka inginkan perasaan bahawa mereka seorang yang penting. Jadi, jadikan mereka itu penting. Dan lakukanlah dengan jujur dengan mencari kelebihan mereka untuk dibualkan. 
Selamat beramal dengan tips ini dan semoga anda disenangi ramai..berbaloi kan?

 

12 comments:

ummi ida said...

salam ziarah.Tips yg berguna.Hendaklah sentiasa merendah diri dgn orang lain dan hargai mereka tanpa mengira rupa dan darjat.Sentuhan hati lebih bermakna dari seribu perkataan.

Nida n' Hanafi said...

Salam..

Paling suka part 'senyum' tu...ramai orang yg payah sangat nak bagi senyum, nak bagi salam lagilah beratnya.... bukannya kena bayar pun nak buat perkara2 tu semua

Nurul Izza said...

salam UA:

- tak semua org suka dengan apa yg kita buat.walaupun kadang2 benda tu baik

-be yourself

- diam tu lebih baik~~(diam bertempat laaa)(nurul izza, sila sentiasa berdiam diri..)

Ummu Ammar said...

ummi ida.

Sentuhan hati lebih bermakna dari seribu perkataan..hmm..saya suka coretan ni!Dalam maknanya..

Nida..

betul tu Nida..

Senyum umpama terapi buat tukang senyum dan yg menerima senyuman..kata org ubat stress dan awet muda..

Ummu Ammar said...

Izza..

Setuju sangat..nobody's perfect! So..kita tak boleh expect sesuatu yg sempurna dr org lain..kerana kita juga hadir dgn kekurangan yg segala bagai..

Nida n' Hanafi said...

mencelah sekali lagi..

Salah seorang guru di sekolah saya dulu memang amat payah bagi senyuman, even kalau berselisih bahu pun puaslah kita senyum dia memang takkan balas... Cikgu2 selalu pesan pada saya "sarang tebuan jangan dijolok".. kadng2 saya terfikir, ada juga manusia jenis ni dalam dunia ye...

Unknown said...

salam ummuammar,saya pun suka dihargai..w/pun kita tak sehebat mana,at least jgnlah buat seolah diri kita tak wujud..kan kak?

Ummu Ammar said...

Nida..

Akak pun pernah jumpa individu sedemikian..kalau itu krn sifat semulajadi..dia perlu berusaha mngubahnya sedikit demi sedikit..dan kalau krn ego atau angkuh..itu mmg tdk patut..krn kita hidup dlm dunia manusia yg punya hati dan perasaan!

ibunafis..

Akak suka coretan ibunafis ni..krn setiap manusia Allah jdkan punya maruah dan harga diri..so, hargailah yg lain sbgaimana kita mahu dihargai..

Nadiah Sidek said...

kadang2 bila nadiah senyum kat orang tapi orang tu tak balas..tiba2 terus rasa sedih walaupun nadiah tak kenal orang tu..huhu

airis naufal said...

MCM MANE YE NAK BUAT ORG MENYENANGI KITA,....KDG2 KITA SENDIRI X MENYENANGI PERANGAI KITA SENDIRI...

Ummu Ammar said...

Nadiah..

Memang terasa la kalo gitu kan? Pelik juga ngan org yg begitu ..bukannya susah sgt pun nak senyum ..

Ayunaufal..

Kdg2 kita bleh nilai samada org suka atau tidak pada kita kan..

Lg satu..lg senang kalau kita tahu apa yg kita tidak senangi pd diri kita..mudah utk kita ubah kpd yg lebih baik..

Unknown said...

Saya tak suka life saya, orang sekeliling saya benci saya, apa yang buruk tentangvsaya semua dikutuk dikritik, apa yang baik tentang saya semua hanya sekali ingat jaa and then dilupakan, saya nak hidup sempurna macam orang lain. Saya buntu sangat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...