Saturday, April 14, 2012

Perjalanan Yang Belum Selesai

Jumaat, tanggal 13 April 2012. Saat skrip jawapan Technology Planning and Management in Education diserahkan, saya dapat melihat wajah-wajah keriangan rakan-rakan. Senyum melebar mula mekar di bibir menzahirkan rasa yang sama. Saat ini adalah detik yang bermakna dalam hidup kami. Terasa sebak seketika. Dengan rahmat dan inayahNya jua, Allah telah memudahkan perjalananku selama ini.

Tamat sudah satu fasa perjalanan pengajianku. Sungguh indah kurniaan Ilahi, saat impian mula terasa di genggaman, bagai ada satu semangat yang menyala. Ya! perjuangan ini akan diteruskan hingga ke titik akhir. 3-4 bulan yang mendatang adalah fasa "menulis" yang tidak kurang cabarannya.

Saat bertukar salam dan ucapan dengan rakan-rakan, saya terkenang saat-saat yang ditinggalkan. Pasti banyak yang akan saya rindui..saat senang mahupun sukar.


Selamat berjuang buat sahabat-sahabatku, semoga kita sama-sama menempuh perjalanan yang belum selesai ini penuh semangat dan azam, untuk sampai ke destinasi yang diimpikan.

4 comments:

mamawana said...

Moga terus sukses...ins'allah

Zaid Akhtar said...

Tahniah, kak.
Namun "proses menulis" nanti adalah medan mujahadah yang sebenarnya. Ramai yang hanyut di situ.

Selamat berjaya.

Ummu Ammar said...

mamawana..

Terima kasih sudi doakan..Insya Allah. saya akan terus berusaha..

Ummu Ammar said...

Zaid Akhtar,

Syukran ya akhi. Terima kasih jua kerana mengingatkan. Insya Allah, akak akan cuba sedaya upaya. Semangat membara ni sebab tgk Zaid Akhtar dah sampai peringkat Phd. Dalam hati pun ada berangan juga..:))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...