Sunday, November 01, 2009

Rahsia Bunga Evening Primrose


ٍSalam mesra buat sahabat-sahabat semua..

Pastinya anda terutamanya wanita pernah dengar atau tahu akan khasiat bunga primrose ini. Primrose atau lebih dikenali sebagai evening primrose mengandungi pelbagai khasiat terutama untuk wanita. Bunga liar berwarna kuning ini, digunakan sebagai bahan kesihatan sejak dulu lagi. Tumbuhan ini juga dikenali dengan beberapa nama lain termasuk pokok demam, raja mengubati penyakit dan herba willow malam.

Habitat bagi tumbuhan ini boleh dijumpai di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Ia tumbuh di tepi-tepi jalan, tebing landasan, tanah terbuka yang kering, padang rumput dan padang lama. Pokok primrose biasanya hidup selama dua tahun dan tumbuh dengan sendiri.


Primrose mudah hidup di tanah yang disaliri air selain memerlukan sinaran matahari yang banyak untuk hidup. Tumbuhan tersebut agak tinggi iaitu kira-kira 4 hingga 5 kaki. Batang pokok ini sentiasa berdiri tegak, bersaiz gempal, berbulu lembut, kemerahan dan bercabang.

Saiz daunnya pula adalah sebesar 3 hingga 6 inci manakala permukaannya yang kasar dan berbulu mengeluarkan bau limau. Akar tunjang primrose biasanya panjang, bergentian, kekuningan di bahagian luar dan keputihan di tengah-tengah.


Bunganya pula mempunyai duri setinggi 21/2 inci di bahagian cabang, berwarna kuning dan mempunyai empat kelopak. Kelopak bunga primrose akan mekar pada sebelah malam dan kuncup pada sebelah siang. Bunga tersebut yang mengeluarkan bauan yang wangi seperti haruman manis yang sering menarik rama-rama melakukan pendebungaan.

Daun pokok primrose boleh direbus dan dimakan seperti sayur manakala akarnya pula mengeluarkan air manis yang enak seperti kentang apabila direbus. Sementara itu, bunga primrose pula boleh dijadikan manisan tambahan untuk salad manakala lenggainya boleh dikukus. Selain akarnya yang mempunyai pelbagai khasiat, minyak yang terhasil daripada biji primrose dikatakan mengandungi sejenis asid lemak yang sangat berguna.

Asid jenis itu dikatakan jarang dijumpai dalam mana-mana tumbuhan dan mempunyai pelbagai kegunaan utama dalam tubuh manusia. Asid tersebut yang dikenali sebagai asid GLA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. Asid lemak ini dikatakan dapat mengelakkan pembekuan arteri, penyakit jantung, ekzema, sirosis, artritis reumatoid, menopaus, PMS, sklerosis dan tekanan darah tinggi.


Ia juga dikatakan memberi kesan baik terhadap hormon seks termasuk estrogen dan testosteron selain membantu menurunkan kadar kolesterol dalam badan. Penyelidikan yang dilakukan turut mengesahkan bahawa minyak primrose boleh membantu mengurangkan kesakitan dan penyakit radang.

Selain itu, minyak tersebut juga memberi kesan yang positif kepada otot uterine, sistem saraf dan metabolisme. Kulit kayu dan dedaun primrose pula amat berguna untuk merawat masalah usus, batuk dan lelah.

Teh yang diperbuat daripada akar primrose pula digunakan untuk merawat masalah kegemukan. Bagi wanita yang ingin kulit muka kelihatan merah dan cantik, serbuk yang diadun daripada batang berbunga primrose dapat memenuhi impian tersebut. Bagaimanapun, serbuk tersebut hanya boleh diperoleh di pasaran sebagai salah satu daripada produk kosmetik.


Saya sebenarnya pernah mengamalkan EPO dulu iaitu yang saya dapati dari farmasi. Cuma kesangsian saya terhadap status halalnya menyebabkan saya berhenti dari mengambilnya. Sekarang saya sudah berjumpa dengan produk EPO halal keluaran HPA. Setiap botol mengandungi 60 (bovine) softgel iaitu setiap softgel 500gm. Bolehlah cuba amalkan bagi yang berminat. Boleh di dapati di mana-mana stokis HPA seluruh negara.


Antara khasiat minyak EPO:

  • Membantu mengawal atur kitaran haid.
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) - iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
  • Mengurangkan simptom putus haid - panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri - bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit.
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah




9 comments:

Nida n' Hanafi said...

Salam ziarah

Saya juga mengamalkan makan EPO ni sejak lapan bulan yg lalu.. yang paling jelas keberkesanannya ialah migrain (PMS Syndrome) saya berkurangan sikit sakitnya berbanding sebelum...

Dulu masa saya dalam pantang, wlupun sudah 80 hari tetapi darah masih keluar.. jadi doktor suggestkan saya makan EPO. dan Alhamdulillah setelah beberapa hari keadaan balik normal...

gyan MD said...

Salam..

memang banyak, bahkan terlalu banyak khasiat yg ALLAH berikan pd makhluk EPO ni utk kesihatan wanita!. sebenarnya, lelaki pun boleh mkn, tiada masalah & tak akan dtg period! so jgn risau.. hehe..

cuma, EPO yg terbaik ialah EPO yg membekalkan peratusan GLA yg tinggi pada setiap 1000mg nya. GLA yg standard dlm EPO ni ialah 10%, tetapi ada sesetengah produk yg bekalkan sehinggan 50% GLA!! Cuba periksa % ini apabila berkunjung ke farmasi2..

GLA inilah yg akan memberi/menggalakkan fungsi tubuh agar berfungsi/berperanan dgn baik.. MasyaAllah. Begitu hebat ciptaanNYA. tinggal lagi.. beli & istiqamah mengambilnya setiap hari.

Selamat mencuba & terima kasih kpd Tuan Rumah & Tuan Tanah kerana artikel yg menarik.

Ummu Ammar said...

Nida..

Terima kasih kongsi pengalaman kt sini..info yang sangat berguna..

Begitulah unik dan bermanfaatnya ciptaan Allah utk manusia..terutamanya bagi yg mengkaji dan mengambil manfaat..

Moga migrain Nida akan sembuh..Insya Allah..

Ummu Ammar said...

Salam myself..

Banyaknya info yang saya dpt dari en. myself..naluri saya kuat mengatakan mesti en. myself ni seorg doktor..betul tak?..kalo salah betulkan saya ye..

Terima kasih berkongsi dgn kami kt sini..ini membuatkan saya berazam utk istiqamah dgn pengambilan EPO..

Ciptaan Allah memang unik..disediakan manfaat pelbagai buat keperluan manusia..Masya Allah..Allahu Akbar!

gyan MD said...

salam utk ummu ammar..

saya org biasa2 jer.. cuma kalau ada yg boleh sy kongsi bersama, kita sama2 ambil manfaat..

w/pun sy dlm bidang ni tapi x berkesempatan utk menulis artikel2 yg bagus cam ummuammar lakukan. Gud! keep it up!!

p/s: kalau ada apa2 persoalan berkenaan pemakanan/kesihatan & kalau boleh sy kongsikan, jgn segan utk bertanya yer..

Ummu Ammar said...

Salam en. myself

Sudah tentu saya berbesar hati utk berkongsi ilmu dgn en. myself..

Saya sebenarnya suka mengkaji kejadian Allah terutamanya yg berkait dgn kesihatan..dan bukan menulis sepenuhnya pun.. saya cari pelbagai sumber dan saya olah dan adaptasi balik dlm blog ni...

gyan MD said...

salam..

bagus.. bagus..! keep up good works. lillahita'ala

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

ummu ammar..

aa..nur pun baru je amalkan ni sejak diperkenalkan oleh kakak..
nanti nak cedok isi kat sini leh tak kak?

Ummu Ammar said...

Nur..

Mmg bagus utk diamalkan..teruskan..

Boleh. Apa yang boleh dikongsi dan untuk manfaat bersama..akak tak kisaha..sebarkanlah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...