Seorang rakan bertanyakan saya tentang siapakah sebenarnya Cleopatra yang diagung-agungkan pencinta kecantikan meskipun kewujudan Cleopatra sudah berkubur ribuan tahun dahulu. Kecantikannya diceritakan penulis-penulis dalam tulisan mereka, juga digambarkan dalam filem-filem, opera mahupun drama.
Teringat pula saya pada novelis Ayat-Ayat Cinta : Habibur Rahman El Sharazy dalam novelnya "Pudarnya Pesona Cleopatra" menggambarkan obsessi watak hero dalam cerita tersebut yang tergila-gilakan kecantikan wanita2 Mesir yang persis Cleopatra sehingga menutup mata hatinya pada Raihana sang isteri yang solehah lagi setia dan jelita.Segala-galanya tentang Cleopatra dan kecantikan!
Saya pun tak arif sangat tentang sejarah Cleopatra kerana saya beranggapan ia tidak begitu penting untuk saya mengetahuinya secara mendalam. Meskipun begitu, sedikit sebanyak tahu la jugak melalui pembacaan tentang sejarah Cleopatra. Saya juga pernah melawat beberapa tempat yang berkaitan dengan Cleopatra semasa menuntut di Mesir dulu seperti Ain Cleopatra ( Perigi/Kolam Cleopatra) dan Pantai Cleopatra yang indah sekali di Matrouh, Mesir
Pantai Cleopatra
Cleopatra dinobatkan menjadi ratu pada usia 18 tahun. Dia berkahwin dengan adiknya yang baru berusia 12 tahun, yang kemudian menjadi raja. Konsep incest (menikahi saudara kandung) merupakan kebiasaan pada masa itu dalam budaya Mesir, kerana sebagai Pharaoh mereka dianggap keturunan dewa, dan dewa hanya boleh berkahwin sesama dewa sahaja.
Sewaktu naik takhta, Cleo menerima simbol pharaoh, iaitu tongkat keemasan, cemeti, dan tongkat kerajaan. Dia mengenakan jubah linen dan pakaian kulit rasmi. Pita emas yang disebut uraeus melingkar di kepalanya, memperlihatkan ular kobra – ular penjaga bangsa Mesir.
Cleopatra ialah Ratu Mesir yang digambarkan mempunyai kecantikan tiada tandingan. Selain kecantikan luaran Cleopatra dikatakan mempunyai kecantikan dalaman . Dia dapat berbicara dalam sembilan bahasa. Otaknya tajam. Karismanya kuat. Kebijaksanaannya mengagumkan. Cleo berpendidikan tinggi, dan memiliki keyakinan luar biasa sejak kecil. Gabungan kecantikan luaran dan dalaman inilah yang digunakan untuk menyelamatkan Mesir dari dikuasai oleh kerajaan Romawi. Cleopatra menyebabkan tiga pemimpin Romawi iaitu Julius Caesar, Mark Anthony dan Octavianus bertelingkah dan bermusuhan antara satu sama lain.
Setelah Caesar dibunuh oleh kabinet Romawi, Cleo merasa harus mencari pelindung lain supaya dia terus kekal menjadi ratu di Mesir. Sasarannya ialah Mark Antony, teman seperjuangan Julius Caesar.
Sebagaimana Julius Caesar, Mark Antony cair berhadapan Cleopatra. Ia menjadi kekasih Ratu Mesir itu, dan lebih suka tinggal di istana Cleo daripada mengurus pasukan tenteranya atau berperang untuk menaklukki jajahan baru. Pewaris Caesar, Octavianus, sangat marah, dan bersama tentara Romawi Octavianus berniat menyerang Cleopatra dan Antony di Mesir.
Setelah kematian
Sedikit info ini harap dapat dikongsi bersama dan diambil pengajaran disebaiknya.
I
9 comments:
Salam,
saya pernah terbaca bahawa Cleopatra menggunakan susuk benang emas ke mukanya, sebab itu beliau kelihatan sentiasa anggun. Susuk pada zaman ini diambil daripada sejarah cleopatra..
Ada juga sejarah mengatakan bahawa cleopatra tidak secantik mana, rendah dan gempal, tapi beliau bijak berkata2 yg membuatkan ramai lelaki yg cair padanya... :-)
Begitu al-kisahnya, baru tau..TQ kongsi2 ilmu..
Tak suke sejarah..hehe..tp kena ambk tau jugak sejarah2 yg pntg kan.. :)
Nida..
Good info pasal susuk tu..
Saya juga ada terbaca sumber yg mengatakan Cleo tidak secantik yg digambarkan.
Menurut penulis Yunani, berdasarkan gambar Cleopatra yang terdapat pada sepuluh syiling mata wang yang dibuat pada zaman pemerintahannya, Cleopatra tidaklah cantik mana pun. Lehernya gemuk, hidungnya bengkok, telinganya panjang, dan dagunya lebar. Tinggi tubuhnya pun hanya 1.5 meter ….
Tapi kebijaksanaan dan kuasa bicara tu lah sebenarnya simbol kekuatan Cleopatra
Namun ada juga yg mendakwa gambaran yg mengatakan Cleo ini mempunyai rupa yg buruk adalah dtg dari ahli sejarah Romawi yg jelas merupakan musuh Cleo dan Mesir..dan mpunyai niat yg tdk baik dan btujuan mnunjukkan kebencian pdnya..
mamalieyna..
Saya pun tak minat sejarah. Tp kena tahu sejarah. Kerana sejarahlah kita mengenali siapa kita dan fungsi kita pada psekitaran...
Dr sejarah juga kita belajar, mengambil iktibar dr kesilapan umat tdahulu seterusnya mencipta tamadun mengangkat martabat kemanusiaan agar mulia di sisi Allah..
salam ummu..
pertama kali akk dpt info ttg celeopatra seblm ini tak tahu apa yg akk tahu sbt kerusi jati yg di pgl cleopatra yg ada di rmh akk..akk minat membaca semua buku terutama ttng ilmu..cuma kesempatan yg terhad..tetapi dalm sebulam mesti baca 4 @ 5 buku x kira mljh atau buku..hingga kini msh mencari ilmu dunia dan akhirat...insyaallah..
trm ksh ats info ttg celeopatra tu sekurang2nya kalau org tnya ada bhn utk dijawab..
Kerusi cleopatra tu ye..setahu saya design timur tengah..tak sangka plak kerusi jati pun ada nama cleopatra
Betul tu kak..hidupkan budaya ilmu di mana shj atau dgn apa cara sekalipun krn ilmu Allah SWT sgt luas sebenarnya..
Very nice post! Really impressive.....
Cleopatra was smart in appearance as well as in guile and she had beauty preparations and wore exotic perfumes and also bathed in asses milk.
Boleh saya dapat pengajaran dari cerita ini
Post a Comment