Tuesday, May 08, 2012

Bahana Cikaro



Cikaro. Entah bila kalimah ini wujud saya pun tidak pasti. Yang saya bimbangkan adalah keruntuhan moral yang seakan sudah tidak terkawal dalam masyarakat kita. Bayangkan seawal usia 10-11 tahun sudah terjebak. Kenyataan yang sungguh pedih untuk ditelan. Karenah anak-anak remaja yang kutatap setiap hari di sekolah sudah cukup mengambarkan senario kepincangan ini.

Apabila ibubapa tidak peduli asuhan agama anaknya, tidak hirau didikan akhlak dan adab, tidak menyarungkan mereka dengan pakaian taqwa,  tidak mengajar mereka mencintai Allah dan RasulNya, tidak memberi mereka kasih sayang, tidak menjadi contoh terbaik buat mereka, jadilah mereka kain putih yang asalnya suci menjadi kotor dengan noda dan dosa.

Apabila kerajaan menghalalkan hiburan secara berleluasa - program realiti hiburan, konsert-konsert, filem-filem tidak bermoral, dunia terbuka luas tanpa sempadan, artis disanjung dijulang, pendedahan aurat di mana-mana, pembangunan fizikal lebih diutamakan dari pembangunan rohani dan 1001 kepincangan lain...maka lahirlah generasi yang rosak dan songsang akhlak dan agamanya. Fikirkan..pilihlah untuk berubah dan membuat perubahan...Islam adalah cara hidup dan penyelesaian terbaik...


عَنْ ‏ ‏أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ‏ ‏قَالَ ‏: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏: ‏((إِنَّ ‏ ‏مِنْ ‏ ‏أَشْرَاطِ السَّاعَةِ ‏‏أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ، وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ، وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ، وَيَظْهَرَ الزِّنَا)). رواه البخاري ومسلم

Maksudnya: “Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat itu ialah; diangkat ilmu (agama), tersebar kejahilan (terhadap agama), arak diminum (secara berleluasa), dan zahirnya zina (secara terang-terangan)”. [HR: Al-Bukhari no. 78, Muslim no. 4824]


11 comments:

Nadiah Sidek said...

menakutkanlah Malaysia sekarang ni. macam-macam perkara yang tak terjangkau dek fikiran berlaku. na'uzubillah..mohon dijauhkan daripada perkara-perkara tersebut daripada zuriat keturunan sendiri.

Nida said...

Terlalu menakutkan zaman sekarang ni... kadang-kadang org kita lebih barat dari negara barat... nau'zubillah.

rafaliah said...

betul tu..memang scary kat malaysia nih..itu belum lagi kes jenayah sana sini..eish eish..

yatie chomeyl said...

betul tu kak. kdg2 saya ras amacam xnak balik malaysia memikirkan apa yang nak2 kena hadap di msia nanti. at least kat sini wpon negara bukan islam, tak ada pulak gejala macam ni depan mata huhuhuhu

Lenggang Kangkung said...

sedih..

Hamba Allah said...

assalamualaikum UA,

tidak terucap. semoga masih ada ruang dan peluang menyelamatkan mereka :(

Ummu Ammar said...

Nadiah,
Betul, senario yang sungguh membimbangkan. Jati diri sebagai umat Islam terlalu rapuh yg menyebabkan kruntuhan moral berlaku..

Ummu Ammar said...

Nida..

Tanda-tanda akhir zaman..moga kita sentiasa di bawah lindungan hidayahNya. Insya Allah

Ummu Ammar said...

rafaliah..

Betul tu. Semoga Allah melindungi kita..:))

Ummu Ammar said...

yatiechomeyl..

Dugaan Allah untuk menguji keimanan umat Islam dalam melaksanakan suruhan dan meninggalkan laranganNya..

Lenggang Kangkung..
Teramat sedih melihat saudara seIslam kita hanyut dalam keseronokan duniawi..

Ummu Ammar said...

Hamba Allah,

Betul tu. Semoga Allah memberi mereka hidayah untuk kembali ke pangkal jalan dan semoga kita sentiasa tetap pada jalan yang lurus..Insya Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...