Dia ingin
menghadiahkan sesuatu buat guru kesayangannya, namun dia sedar untuk memberi dia tidak punya apa. Di saat
rakan-rakan menghulurkan hadiah bersama ucapan Selamat Hari Guru, dia merasa
ralat jika tidak mengabadikan sesuatu buat gurunya. Sebatang pensil
kepunyaannya yang lusuh dan sudah separuh digunakan dihulurkan sebagai hadiah bersama
ucapan terima kasih yang penuh ikhlas. Guru menyambut dengan linangan airmata. Terharu
dengan pemberian murid yang cukup dikenali kebaikan hati budi nya biarpun hidup dalam kesempitan.
Biarpun kecil tapi cukup berharga. Dan pensil itu masih menjadi simpanan guru sehingga
saat ini..Catatan pengalaman
ini adalah benar. Kisah dari rakan saya sendiri. Sebagai guru, biarpun tidak mengharapkan apa-apa pemberian di hari guru, hargailah setiap pemberian dari anak didik kita dengan senyum mesra kerana ia adalah hadiah dari hati yang penuh keikhlasan..
Selamat Hari guru buat semua insan yang bergelar pendidik. Di mana jua anda berkhidmat, di ceruk-ceruk kampung mahupun di bandar-bandar besar, curahkanlah bakti penuh dedikasi dan ikhlas, moga segala kesabaran, pengorbanan dan tunjuk ajarmu dinilai di sisi Allah sebagai satu ibadah. Insya Allah
6 comments:
Selamat Hari guru Ummu Ammar
Semoga anak-anak didikmu akan dapat memberi syafaat di alam sana nanti.
selamat hari guru kak...mga sentiasa diberkati Allah sokmo
Assalamualaikum,
Tersentuh hati baca kisah anak ini.
Makbonda,
Selamat Hari Guru untuk makbonda jua. Maaf lambat ucapan ini berbalas. :))
Bonda Irfan,
Terima kasih atas ucapanmu. Insya Allah. Amin.
i amsterdam,
Betul, sungguh menyentuh perasaan.
Agak menyentuh hati jua, pagi 16 Mei yang baru berlalu..ketika saya sampai di hadapan pintu bilik guru, sebiji tembikai berkecai, hadiah seorang pelajar utk dihadiahkan pada guru kelasnya. Barangkali, terlepas dari tangan lalu jatuh. Sedih lihat ekspresi wajahnya kala itu.
Post a Comment