4-5 Mei yang lepas, peluang menjejakkan kaki ke negeri indah yang terkenal dengan jolokan Tanah Serendah Sekebun Bunga ini, mencatatkan memori tersendiri. Walau sudah beberapa kali ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini, hati sentiasa tertawan untuk ke sana.
Walaupun cuaca agak panas namun hati kami dingin dengan suasana Jumaat yang tenang di Kota Bharu, penduduk yang ramah tamah, keenakan menjamah Chim Chum dan panorama yang memukau. Semoga kita bertemu lagi...
Sawah padi di Paser Putih
Balai Islam Negeri Kelantan
Pasar Besar Siti Khadijah
Dataran Rehal
Chim Chum yang enak
5 comments:
chim chum tu apa, kak? steambot ke?
Nadiah,
Kalau tak silap, makanan Thai ala Steambot..kita boleh bakar daging@seafood kt tengah tu..atau rebus kat tepi dia..sedap..:)) Balik Kelate nanti, kena pergi rasa tu..:))
Assalamualaikum UA,
Alhamdulillah, sedapnya dan rindunye pada makanan2 itu dan negeri itu dan orang2 kt negeri itu...tp saya belom / macam tak tahu je chim chum tu..kalo yong tau fu saya tahu la....agak2 tanya mak saya pun dia tak tahu ni...hihi :) hrp tahun depan balik buleh merasa...
Hamba Allah,
Maaf sebab mencuit rasa rindu orang yang jauh di perantauan terhadap kampung halaman..:)
Chim chum ni rasanya baru lagi kut operasinya.. Saya dapat tahu pun dari info rakan-rakan saya di Kota Bharu..tu yang pergi mencuba tu..
Balik Malaysia nanti boleh la cuba ye..
Assalamualaikum UA,
Tak apa, rindu ini masih boleh ditahan, semoga sabar masih jadi milik saya...amin ;)
Selamat hari guru...untuk saya juga sebagai pendidik
Post a Comment